Saturday, 31 May 2014

Sudah 18 Ani Berseri...


Dalam tak sedar masa berlalu pantas...kini usia perkahwinanku sudah 18 tahun. Anak2 sudah remaja dan semestinya usiaku dan dia semakin sedikit yang tinggal.  Hu..hu melankolik.
Aduhai suami...rasanya baru saja kita sama2 mengorek duit tabungan pada akhir bulan terutama pada tiga bulan pertama kita membeli kereta...Proton Iswara Aeroback. Sudah habis gaya dan kaya rasanya.

Masihku ingat lagi masa kereta itu kita bawa ke kampung. Ada sedara maramu yang berkata...o..dia pinjam kereta orang agaknya!!. Alahai...begitulah nilai kita pada mata orang. Sob..sob.

Nasib baiklah masa tu kita menumpang di rumah mak. Maka lepaslah bahagian sewa rumah. Namun tak selamanya kita akan selesa menumpang meski di rumah ibu bapa sendiri. Akhirnya kita berpindah ke rumah sewa. RM300 sebulan. Jerit perih kita tanggung...biar tak makan namun sewa rumah mesti langsai. Justeru, tabungan ASB kian menipis dari bulan ke bulan. Aduh...
Meskipun gaji tinggal beberapa sen sahaja namun aku nekad untuk membeli rumah sendiri walau cik abe tidak setuju. Aku mampu beli rumah teres lot tengah sajer. Bayaran RM330 sebulan selama 20 tahun. Akhirnya pindahlah kami sekeluarga ke rumah sendiri walaupun lebih sempit daripada rumah sewa. Ruang terhad ini memaksa aku menjual set sofa untuk membeli set yang lebih kecil. Kasihan aku kan... Nak tau berapa baki gajiku selepas potong rumah. Lebih kurang RM300.00 sahaja untuk pelbagai komitmen... tapi hidup mesti diteruskan. Setelah 18 tahun hidup kami mulai selesa sikit. Alhamdulillah kerana aku punya keluarga yang bahagia...anak2 yang budiman dan bijak pula.

Syukur Ya Allah!! Terima kasih.

Friday, 16 May 2014

Terima Kasih Cikgu

Terima kasih cikgu2 ku dan cikgu anak-anakku. Aku sangat menghormati guru kerana besar jasa bakti mereka. Ramai yang sombong menyatakan sudah tugas guru mengajar dan mendidik...jadi memang wajar lah. Sudah kerja mereka.
Betul...memang betul. Guru dibayar gaji tapi kebanyakan guru dengan murid bagai sudah melekat dalam hati. Sangat rapat. Murid lemah dalam pelajaran guru susah hati. Murid miskin guru bantu tak kisah jatuh duit seringgit dua sehari beri duit belanja. Murid tak hadir ke sekolah guru risau. Justeru ..guru oh guru.
 Setiap tahun haku memang beriya2 nak beli hadiah kepada cikgu anak-anak. Tapi kan..anak kat sekolah menengah tak mahu lagi sediakan hadiah kepada guru mereka. Agaknya mengapa wahai abang dan kakak. Agaknya mereka malu sebab pemberian tak seberapa. He...umi kalau nak ikutkan nak beli kereta api tanda hormat dan hargai cikgu anak2 umi. Tapi apakan daya tangan tak sampai.
Macam2 idea untuk raikan guru pada Hari Guru. Cikgu2 sekolah bukan harapkan apa-apa daripada murid2nya. Kejayaan murid dalam hidup yang didoakan selalu. Amin.
 Adik dan gifts nya. Beg saja cantik...isinya tak der apanya sangat.
Kawan aku buat ni untuk beri kepada cikgu. Sedap jugak kan. Kena pulak musim panas cam gini.

Apapun terima kasih cikguku yang garang dan tak garang. Tanpa tunjuk ajarmu...siapatah daku...

Guru Pencetus Kreativiti
Penjana inovasi.

Wednesday, 14 May 2014

Motivasi Sekolah ke Anak

Hari ni aku berpeluang menghadiri Majlis Motivasi dan Penyerahan Buku Sarana Ibu Bapa sekolah si bongsuku. Penceramah jemputan iaitu Penasihat Agama YAB Menteri Besar tidak dapat menghadirkan diri. Mungkin banyak hal yang perlu diuruskan memandangkan Terengganu baru mengalami peralihan kuasa Menteri Besar. Semalam MB baharu mengangkat sumpah. Kawasan aku berlaku kekecohan juga kerana YBnya mengikut jejak bekas MB keluar parti. Ramai penduduk buat bantahan. Yalah tentu mereka kecewa dengan tindakan orang yang dipilih. Entahlah...
 Tuan Guru Besar yang berwawasan bercerita tentang kecemerlangan SK ULU LUBAI, SARAWAK kepada murid dan guru untuk menaikkan semangat mereka. Hai...berapa kerat saja ibu bapa yang hadir. Kecewa sungguh akan sikap ibu bapa.
 Pengacara Majlis terdiri daripada murid cilik Tahun 3 dan 5. Bagus sangat. Satu pendedahan untuk membentuk keyakinan diri murid. Dengarnya GB yang beriya2 mahukan murid yang jadi emcee.
 Hai cikgu...cantik baju. Uniform ker...
Aksi bakal pengacara teve...he.

Friday, 9 May 2014

Jualan Murah Yang Jahat

Benci....marah dan gerammm...
Sudah beberapa kali hajatku untuk mengunjungi kedai kain yang agak popular tuh.

$$$$$$$$$$$$$$$$$ bersambung kerana mata rasa berat.

Memandangkan aku ada kelapangan pada petang itu..maka aku pun masuklah ke kedai itu. Kebetulannya ada sales. Teruja sangatlah aku...

Terus terbeliak biji mataku dengan harga yang dipaparkan. Aduhhhh...untungkah aku atau rugi??