Wednesday 14 May 2014

Motivasi Sekolah ke Anak

Hari ni aku berpeluang menghadiri Majlis Motivasi dan Penyerahan Buku Sarana Ibu Bapa sekolah si bongsuku. Penceramah jemputan iaitu Penasihat Agama YAB Menteri Besar tidak dapat menghadirkan diri. Mungkin banyak hal yang perlu diuruskan memandangkan Terengganu baru mengalami peralihan kuasa Menteri Besar. Semalam MB baharu mengangkat sumpah. Kawasan aku berlaku kekecohan juga kerana YBnya mengikut jejak bekas MB keluar parti. Ramai penduduk buat bantahan. Yalah tentu mereka kecewa dengan tindakan orang yang dipilih. Entahlah...
 Tuan Guru Besar yang berwawasan bercerita tentang kecemerlangan SK ULU LUBAI, SARAWAK kepada murid dan guru untuk menaikkan semangat mereka. Hai...berapa kerat saja ibu bapa yang hadir. Kecewa sungguh akan sikap ibu bapa.
 Pengacara Majlis terdiri daripada murid cilik Tahun 3 dan 5. Bagus sangat. Satu pendedahan untuk membentuk keyakinan diri murid. Dengarnya GB yang beriya2 mahukan murid yang jadi emcee.
 Hai cikgu...cantik baju. Uniform ker...
Aksi bakal pengacara teve...he.

No comments: