Friday 16 May 2014

Terima Kasih Cikgu

Terima kasih cikgu2 ku dan cikgu anak-anakku. Aku sangat menghormati guru kerana besar jasa bakti mereka. Ramai yang sombong menyatakan sudah tugas guru mengajar dan mendidik...jadi memang wajar lah. Sudah kerja mereka.
Betul...memang betul. Guru dibayar gaji tapi kebanyakan guru dengan murid bagai sudah melekat dalam hati. Sangat rapat. Murid lemah dalam pelajaran guru susah hati. Murid miskin guru bantu tak kisah jatuh duit seringgit dua sehari beri duit belanja. Murid tak hadir ke sekolah guru risau. Justeru ..guru oh guru.
 Setiap tahun haku memang beriya2 nak beli hadiah kepada cikgu anak-anak. Tapi kan..anak kat sekolah menengah tak mahu lagi sediakan hadiah kepada guru mereka. Agaknya mengapa wahai abang dan kakak. Agaknya mereka malu sebab pemberian tak seberapa. He...umi kalau nak ikutkan nak beli kereta api tanda hormat dan hargai cikgu anak2 umi. Tapi apakan daya tangan tak sampai.
Macam2 idea untuk raikan guru pada Hari Guru. Cikgu2 sekolah bukan harapkan apa-apa daripada murid2nya. Kejayaan murid dalam hidup yang didoakan selalu. Amin.
 Adik dan gifts nya. Beg saja cantik...isinya tak der apanya sangat.
Kawan aku buat ni untuk beri kepada cikgu. Sedap jugak kan. Kena pulak musim panas cam gini.

Apapun terima kasih cikguku yang garang dan tak garang. Tanpa tunjuk ajarmu...siapatah daku...

Guru Pencetus Kreativiti
Penjana inovasi.

No comments: