Assalamualaikum...
Proses ubahsuai rumahku sudah ke peringkat mewarna aka menconteng dinding. Mengapa jahat mulut aku berkata demikian? Hihi... sebab kami suomi isteri yang mengerjakan dinding suci murni tu jadi huru hara dan berbelak2.
Asalnya nak cat di bingkai dalam tingkap saja sebab bila pasal grill nanti susah nak kalerkan. Tapi serius best sangat main dengan berus, roller dan cat yang warena wareni tu. Akhirnya setin demi setin kecil berjaya ku habiskan waima ke dinding atau ke lantai. Huwaaa...
Kata pakar cat, kalau nak tengok warna asli dan kesesuaian cat pada dinding... kena beli tin kecik dan tes dulu. Maka, sesi calitan nak uji kaler merah ni... sesuai ke idok. Alahh bos... kalau sikit sangat mana nak nampak sangatt.
Akhirnya jadi sebesar ni medan uji kajinya. Hehe sudah hampir 100 peratus tu... tes apanya kan. Kira jadiklah. Begitu jugak dengan cik kuning bersinar tu. Daripada secolek jadi setampang. Teruskan sebab tak boleh nak berenti ni... menitik-nitik air lio. Hehe.
Gigih lelaki misali ni menghayunkan tangan meski kaki dah menggeletar lama berdiri atas tangga tak berapa boleh diharap ni. Sabor boh... sikit lagi tuu. Macam biasa... akak bahagian ajk motivasi. Sengih.
Melarat2 ke luar rumah pulak. Konon sudah tak larat nak upah tukang ajer bahagian luarnya. Kan dah kukatakan... teruja weh macam budak2 main water colour tu. Sekarang tak ade nya test2 lagi. Tahu-tahunya cat dan cat hingga ke titisan akhir. Cantik gak kaler ni. Ingatkan boleh jimat sikit apabila jadi tukang cat sendiri ni, tapi awal2 lagi sang lelaki ini dah caj. Huhu.
Tu pokok buluhku yang hampir meninggal gara-gara terabai sejak merenovasi ni. Malas nak melepak depan rumah dengan beg2 simen, batu bata... pasir dan sebagaimana kedai hardware. Kesian... sekarang mak janji tak kan abaikan ko lagi ye. Tumbuhlah daun lebat2 untuk menaungi orang dalam rumah. Terima kasih.
Macam iklan sabun fab. Boleh jer main nyorok2 cekodok kat sini. Suka sangat warna ni... ceria, bertenaga dan berinspirasi. Cewahhh jadi pakar psikologi pulak akak.
Tuesday, 17 March 2015
Friday, 6 March 2015
Kedai Makan Herba @ Bypass Pasir Putih
Kalau ke Kota Bharu selalunya akak singgah kat sini. Kalau dulu segala masakan dan minuman spesialnya ialah segalanya herba. Nasi goreng pon rasa herba sama ada memang ada herba atau minda sudah tersetting....
Gambar terbaharu... sudah ada kemajuan. Nampaknya masakan panas ala Thailand sudah dominan. Ahaks... mungkin satu penambahbaikan atau lidah-lidah tradisional sudah semakin pupus.
Nah aneka sup pada papan tanda. Minta sup perut tak adalah pulak. Alasan biasa lagi terbiasa... sudah habis. Nyahhh...
Gambar-gambar jenis herba dan khasiatnya masih ada. Maknanya masih relevan lagi dengan nama restorannya. Sesuailah untuk para pencinta dan pengkaji ubat-ubatan datang ke sini kerana selain kedai makan, ada jugak pusat jualan aneka herba kering dan juga anak-anak pokok. Macam pusat sehenti lah. Memang bagus.
Tapi anak bongsu ku jadi keliru dengan khasiat yang tertera... umi... kalau minum air pegaga tu, kita jadi lelah ke baik lelah?? Soalnya jujur dan polos.
Eh eh...ya lah. ZOOMMM...
Minuman ni istimewa ke?? Rasanya minuman hijau ni lah yang sempeselnya kan?.
Taraa...air pegaga. Tapi sudah tak berapa umppp. Tapi pabila ingatkah khasiat awet muda tu... habiskan habiskan... nyanyi ala2 frozen tu.
Tertanya2 jugak perbezaan rasa ni mungkin sebab tukang masak sudah bertukar atau empunya kedai sudah bertukar... atau satu lagi andaian tukang masak selsema hari tu. Jadi, segala-galanya BERTUKARR. Wakasau wakasau gabannnn...

Friday, 27 February 2015
Mencari Muzik di Bumi Kelantan
Sudah dua tiga menjak anak bujangku meroyan nak beli gitar. Haper??? Awak nak jadi ahli musik.... hok alah dialog tu lagi. Belilah wahai anak sementelah lah dia nak guna duit sendiri. Kalau dia nak beli i-phone tu aku tak setujulah sebab tak ada keperluan selain nak bergaya dan menunjuk2... riak.
Almaklum orang dah kerja sementara jadi waiter kat kedai roti tempayan... nanti result keluar, kalau bagus masuk u, kalau tak jadilah toke roti tempayan ye. Berdebar jugak aku menunggu 3 Mac di mana keputusan SPM diumumkan. Oh ye... aku dah mohon cuti.
Hari ni aku berempat ke Kota Bharu. Di samping pergi kenduri sedara... maka aku merewang2 ke pasar raya2 untuk mencari gitar. Misi pertama KB Mall. Kuciwa.
Misi kedua ke Billion...
Langkah bergaya ala model terompah kayu gitu...
Budak ni tiba2 jadi ultraman nak habis bateri.
Hahhh... huhhh... jantung abang berdegup kencang. Dup dup debuk.
Taraaaa.... sini rupanya kau lepak. Apalak duk kat kedai buku?? Nanti Kamus Dewan marah...
Aku menyanyi...kau petik gitaarrr senandungkan rindu...
Gigih berlatih macam esok nak buat show. Di ambang Wati.... bersama gitar kapok...kau kurindu...woooh woohhh...Awie...

Friday, 20 February 2015
Penatnya Kemas Rumah
Tajuk macam best dan rajin bunyinya. Rumah aku.... aihh tah layak ke tak nak dipanggil baiti jannati. Maluuu... kain baju tak pernah habis berlipat malah menambah timbun setiap hari. Debu sawang suka pulak menempek meski rumahku jauhhh dari jalan. Alahai... sibuk benar ye aku suomi isteri. Sibuk sangat tu tidak akan tetapi balik kerja sudah tak bermaya masing2nya
Memandangkan hari ni cuti Gong Xi Fa Chai... maka aku menggagahkan seluruh rohani jasmani untuk mengemas!!!Yezzz MENGEMAS!! Walau camanapon gunung gunung kain ni mesti kulipat habis. Soal cantik atau tidak lipatan sudah aku tak kesah. Almaklum masa muda aku amat cerewet soal saiz lipatan. Mesti nak sama besar jerr....
Nilah tempat aku melonggok kain yang diangkat dari ampaian. Sofa buruk tu terpaksa pindah dari ruang tamu. Motip? Nak beli sofa baharu ke?? Ehh idaklah. Kan sudah clear. Maka visi dan misi doktor ku hari ini tercapai. Tahniah untuk diriku. Atas rak teve bukan objektif hari ni hokay.
Ni ada sket lagi. Lu lepak sini dulu ye.
Kiranya okey jugaklah kan sentuhanku menukar ruang keluarga yang bersepah tu menjadi ruang tamu seadanya. TINGGG!! Bertukarrr.
Ni sebenornya akan kemenjadian aku terpaksa mengerah kederat. Sebab nak pecahkan dinding ni untuk besarkan sikittt ruang tamu. Tulah sebab asbabnya....hehe bukannya ikhlas sangat. Oh ye... langsir tu memang satu set ngan sliding tu, tapi apabila aku naik jemu... maka ku gantungnya saja dengan langsir corak-corak. Kira mecing. Idea kekreatifanku menghias memang bad...
Kiranya hari ni aku bersedia untuk terima tetamu yang datanglah. Kalau selama ini aku berat sikit kalau ada yang tiba2 menerjah, sebab takut tak sempat sembunyikan kain baju tu... hehe. Sila masuk....

Saturday, 14 February 2015
Kerabu Mi Segera Mudah
4 bungkus mi ruski perasa tom yam
3 bungkus perencahnya
Seketul daging direbus dan dihiris nipis
1/4 biji kobis kecil dihiris nipis
1 biji tomato dihiris nipis
1 biji karot kecil dihiris halus
1/2 labu bawang besar dimayang halus
Cara
1. Rebus daging. Tuskan. Simpan air untuk dibubuh dalam kerabu.
2. Celur mi dan tus. Sejukkan.
3. Gaul sayur mayur bersama rempah2 perasa tu.
4. Masukkan mi yang telah sejuk. Gaul sebati.
Subscribe to:
Posts (Atom)