Friday, 26 December 2014

Ya Allah Selamatkan Mereka

Sekembali ke tanah air tercinta, aku masih bingung bingang lagi dengan cuaca. Dengan jet lag lagi asyik nak tido jer... rupa-rupanya Malaysiaku terutamanya di Pantai Timur dilanda banjir nan luar biasa. Ramai mangsa dipindahkan, malahan pusat pemindahan pun masih dinaiki air. Subhanallah... kasihanilah kami hamba-Mu yang tidak berdaya ini. Selamatkan mereka yang kini berdepan dengan ujian-Mu.

Dalam wasap grup, ramai teman-teman yang sukarela menjadi jurulapor. Bagus dan terima kasih...kita boleh tahu info tentang jalan-jalan yang boleh dilalui dan tidak. Tetapi yang sedihnya pabila ada yang cekap sangat menyebarkan berita tentang mangsa, rintihan mangsa malahan ada yang dikhabarkan mati lemas. Walhal kemudiannya ada pulak wasap penafian. Aduhai... berpada-padalah memberi laporan/ menyebar berita terutama yang melibatkan perhal kematian. Kesian mangsa, dengan gambar wajah, suami dan anak-anak tersebar entah kepada siapa-siapa. Cuba bayangkan kalau terjadi kepada diri sendiri???


Saturday, 13 December 2014

Umrah : Magiknya Kuasa Allah

Ketika menempah tiket flight ke Kuala Lumpur untuk ke Tanah Suci Mekah, sengaja aku memilih penerbangan yang paling awal untuk melancarkan segala urusan kami anak beranak. Kali ni aku memilih khidmat MAS buat kali pertamanya. Sebabnya MAS mendarat di KLIA. Namun yang paling awal ialah pada jam 9.40 pagi.

Terdetik dalam hatiku... alamak lewatnya. Biasanya dengan Air Asia aku terbang awal pagi iaitu jam 8.20. Nak tak ndak aku tidak ada pilihan. Tempah sajalah.... Aku hanya berserah pada-Mu. Pasrah.

Alih2 hari , aku mendapat emel daripada MAS yang menyatakan penerbangan dijadualkan semula dengan penerbanganku diawalkan pada jam 9.00 pagi. Pihak MAS juga menghantar mesej tentang retime itu. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar keluh kesah hamba-Mu. Syukur.


Thursday, 11 December 2014

Umrah: Kelengkapan Umrah

GIGIH teramat aku nak menyenaraikan barang2 untuk menunaikan umrah. Bukan apa, senang untuk rujukanku dan anak cucu cicitku pada masa hadapan. Malahan sesiapa yang tersesat ke sini juga harap dapat manfaatnya. 

Tiada lain yang lebih penting selain kesihatan diri dan kepasrahan serta reda atas ketentuan Allah.

Keperluan Umum
1. Passport yang tempoh sahnya ada lagi 6 bulan
2. Visa....memang sesak napas. Kalau pergi lepas musim haji... aduhai 2...3 hari nak berangkat baru tau. 
3. Duit riyal Arab Saudi
4. beg besar, sedang dan sandang serta buku doa disediakan oleh agensi (hendaklah diikat reben ke apa2 untuk bezakan dengan jemaah lain... ikut kreatip)

Keperluan Peribadi Wanita
jubah - 3 helai
telekung solat tanpa kain - 2 helai
tudung syria - 2 helai
selendang pashmina - 2 helai
tuala mandi
tuala muka
baju kelawar - 1
seluar panjang - 2 helai
seluar dalam - 7 helai
baju dalam - 5 helai
kasut lembut
anak tudung berdagu -1
anak tudung biasa - 2
tuala wanita/ pantyliner
Lelaki
baju Melayu - 1 pasang
t-shirt - 1
slack - 1
kopiah
selipar tawaf


Lagi
berus gigi
ubat gigi
sikat
bedak, syampu, mandian
sabun basuh - 2 ketul
bekas air minum
botol spray wuduk - 1
maggi....hehe
sudu plastik
bekas kecil untuk rendam megi
hanger - 6
stoking wuduk - 2
sarung lengan - 2
anak tudung - 3
sunglass
lip balm
keronsang kecil
pin
jarum dan benang
tisu 
sejadah
gula2 angin
pen dan buku nota
telefon dan charger
kamera dan charger
adopter

Ubat-ubatan
panadol
ubat sakit gigi
plaster
minyak angin
pil chi kit 
facemask
ubat selsema

bersambung....

Heheh... nampak macam remeh temeh. Nanti balik aku up to datekan yang mana perlu dan yang tidak. insya-Allah. mudah-mudahan aku dijemput ke rumah Allah itu.


Wednesday, 10 December 2014

Umrah : Bermula Hasratku... Semoga Direstui

Bismillahirrahmanirrahim... apa yang aku tuliskan untuk label Umrah ini bukan untuk riak. Mintak dijauhkan sifat yang menjadi larangan Allah dan Rasul itu. Ini adalah sekadar luahan hati tentang kesyukuran, keluh kesah serta suka duka sepanjang terdetik niat untuk menunaikan fardu ini. 

Apa yang membuka pintu hatiku untuk menjadi tetamu Allah? tak pasti tapi aku perasan sejak aku berkira-kira duit kutu yang aku sertai boleh lepas satu kepala... maka aku terdetik, mengapa tidak aku ke Mekah sahaja untuk menunaikan umrah. Subhanallah. Syukur kerana dibukakan pintu hatiku ini walhal banyak tempat yang ingin kukunjugi jika ada rezeki. Hmm...

Justeru aku nekad untuk ke pejabat travel dan tours untuk mendaftar. Setelah meneliti beberapa syarikat, aku memilih Andalusia. Aku yakin dengan kredibiliti syarikat ini. Pengerusi eksekutifnya ialah Datuk Hj Daud Che Ngah iaitu bekas Pengurus Besar Haji... sudah tentu beliau mahir dengan selok belok tentang kebajikan dan permasalahan para tetamu Allah. 


     Sebenarnya semasa aku sedang berpraktikal di Besut, pagi-pagi aku sering mendengar suaranya bercerita tentang kisah2 di tanah Mekah melalui corong radio. Sambil-sambil bersiap siaga aku memang tidak miss mendengar celotehnya. Masa tu beliau belum dapat datuk lagi. DJ panggil beliau, Ustaz Daud.

Rupa2nya aku ada jodoh dengan beliau?? hah jodoh? ya jodoh pergi menunaikan umrah bersama syarikatnya. Insya-Allah.

Pagi 1 Julai 2014, aku turun rumah bertujuan ke pejabat Andalusia yang terletak di bangunan baru, Paya Keladi. Assalamualaikum .

 Abah mendaftar. Alhamdulillah... berjaya mendaftar meski tarikh yang diingini tidak ada kekosongan lagi. Namun, menurut pegawai bertugas, namaku akan diletak bawah standby untuk berlepas awal kalau ada penolakan oleh jemaah lain. 

Lagi satu, aku nak terbang dengan MAS Airlines atau Saudi Arabia Airlines tapi tak dapat jugak. Semua sudah penuh. Tapi masih bersyukur... reda dengan ketentuan-Nya.

Keluar dari pejabat dengan air mata menitik dalam hati. terharu dan syukur sangat2. Legaa..

Wednesday, 26 November 2014

Sirih Pulang ke Gagang

Tahniah buat abang, anak sulungku kerana  telah tamat pperiksaan SPMnya  kelmarin. Berakhir sudah fasa abang sebagai pelajar sekolah hendaknya. Semoga mendapat keputusan cemerlang, 9A semestinya...

Petang kelmarin mengambil dia dari asrama. Nampak asrama, nampak dewan periksa.... terasa sayu pulak... hehehe melankolia melebihkan tuan punya badan. Walhal awal tahun depan tugas kami suami isteri belum abis lagi. Kakak kan masih belajar di sini.

Masih budak yang selalu tak serius... masih ada barang yang tertinggal. Kawan campak dari tingkap.

sentuhan kecundang dari rakan-rakan

Kalau aku yang tak pernah mengutip ilmu di sini  terasa sayu, apatah lagi empunya badan yang bersuka duka di dalamnya. Ke sana sini bersama kengkawan, bergaduh bergelak ketawa...bergosip. Ishhh...

Sempena percutian panjang ni, aku sudah siapkan sedikit tentatif buat abang. Wah sistematik ke diktatik ni??... alah.... Banyak lagi ruang untuk dia boleh isi sendiri dengan perkara yang berfaedah.