Saturday, 16 August 2014

Lawatan Tak Belajar @Kota Bharu

Lepas balik dari berlatih sukan, aboh pelawa kami kalau nak ke mana-mana. Kalau tidak, dia nak mesin rumput. Memang banyak bunga rumput@ kemuncup di laman hatta nak lalu pon kena angkat kain tinggi tinggi.

Teringat minyak wangiku dah habis. Sudah dua tiga hari rasa bau badan hangit hapak...ops.. melampau la tu. Seperti orang mengantuk teramat disorong bantal dan tilam....yesss!! ke Kota Bharulah. Sebenarnya bukan terdesak sangat pasal minyak wangi tu...sebab kalau tak sembur pon badan okey jer. Zaman dolu kala tak adanya sembur spray ni...pakai bedak talkum cuticura jer. He..he...saja jenis suka menjarah, mana reti tolak ofer baik. So...

Adik cepat mandi. Terpisat2lah kawan tu yang sedang syok tengok tv cerita kartun2 nya. Kalau diberi pilihan sama ada nak ikut ke tidak, nescaya dan percaya serta neraca...sohih dia pilih duk kat rumah melangut depan teve. Gitulah...sejak dua menjak ni hidup kami macam in prompt to... sesuka hati ajer.
Macam biasa faveret aku KB Mall. Motip? sebab senang jumpa dan segalanya ado.
 Mula2 ambim gambar lot2 kedai ni supaya tak buang masa cari situ sini dan sana. Almaklum walo asal Kelate tapi tak besar serta menua kat sini. Jadinya aku sama jer ngan aboh....jalan2 sesat buah langsat. Tapi tak ada problem lah, harung saja. Memang sesuai darah aku dan aboh, satu jenis pakai redah satu lagi boleh ikut plus skima. Jalan oke.
 Penat dik? Beli baju kerja aboh barang dua helai. Bosan jugak asyik pakai baju sama...kan aboh? Setuju la dia. Umi belanja. Pssst: beli yang diskon 50 peratus.
 Ronda2 makan langsat...pusing keliling dua tiga kali nak keluar. Ada ke Cik GPS ni suruh aku masuk jalan sehala.

 Ni hadiah untuk diri sendiri. Hajat dari rumah nak cari Lancome, tapi tak ada orang kat kaunter. Apalagi tes dan berlegar2. Macam tak berapa berkenan dan masih lagi kaunter kosong...terus ke kanter ni. Acu terai tes macam jenis2....menang suka bau ni.

Kalau dulu CK pakai kongsi dua orang, tak kisah ah bau wanita ke bau lelaki... kali ni hadiahkan satu untuk aboh jugak. Hadiah sebab terima kasih sebab tak berkira duit ngan keluarga. Aku lar tukang reka idea nak perabis gajinya yang sudah tinggal tak seberapa lepas potong itu ini begitu begini. Jangan salah paham...untuk keluarga bahagia. He..he..ha..ha.

Sebelum balik singgah ke Wakaf Che Yeh alang2 dah dekat. 4 kilometer jer dari bandar KB. Sampai kat situ hujan pulak turun tapi misi rayau tetap on the way. Lengang dan lenggang sawi ajer. Aik...mengapa tak ada orang, takkan tak balik masjid lagi....ke WCY tak beroperasi hari Jumaat?...tak tau aku akan kaedahnya. Akhirnya balik. Kul 11.00 sampai rumahku syorgaku. Alhamdulillah.

.

Friday, 15 August 2014

Sarapan Pagi Jumaat

Hai...selamat hari Jumaat. Ingat karang pergi solat Jumaat tu. Macam biasa pagi cuti begini mesti rileks2 lebih sikit. Layan badan bermalas-malasan. Ye la...memang malas pun.

Encik Aboh dah keluar...bukan cari makanan untuk kita orang pon, ada latihan bola katanya. Bila rasa lapar, tengok sudah ada air teh sejug atas meja. Bagus, suomi misali. Pas tu makan je apa yang ada. Of course lah kuie2 raya yang tak sedap tu...
contoh...
 Kacang bersalut. Hmm sedap. Tapi aku makan yang dalam bekas, kacang aku kehek (buang) dalam pinggan tu... kerna aku tak berapa suka kacang. Tiba2 datang si awang tu terus makan kacang....ha..ha... lain kali tanya dulu jangan main sambar jer. Tapi tak per lah bekas emak kan... dalam kelat dan keterpaksaan dia telan. Macam tak biasa.

Tahun lepas sedap tart ni...kali ni kureng sangat. Nyesal.

Tiba2 dengar enjin kereta masuk. Ehhh aboh sudah balik rupanya. Kejapnya masa.

Jeng..jeng, aboh menjinjing plastik rok rak.Hmmm nasi lemak. Tima kacih darling. Apa lagi nyum nyum sambil tersenyum.

Monday, 11 August 2014

Selamat Pengantin Baharu Yaya dan Bashir


Kedua2nya kukenal masa mereka masih kecil lagi. Comel dan cerdik budaknya. Sudah besar panjang sekarang. Semoga bahagia membawa ke syurga.

Ke Kebun Tok

Belakang rumah arwah tok ada pokok buah_buahan yang terbiar. Tak adalah besar sangat tapi ada macam2 pokok buah. Duku langsat dokong cempedak rambutan dan sebagainya. Yang paling banyak dan sentiasa relevan ialah salak kampung yang sedap sangat. Manis dan ada sikit2 masam. Aroma dan jusnya....alahai sedap sangat.
Nostalgik sungguh. Reban@gok ayam masih ada meski ayamnya dilepas freehair ajer. Tengok tu...buah rambai. Kulitnya sangat sedap dimasak sayur lemak kolok. Tis..tis air liurku menitis. He...
 Duku...duku...
 Salak kampung tapi super sedap berbanding salak madu tu.

 Adik merayau2 sambil menderma darah kepada nyamuk yang mengamuk giler cucuk jarum. Maklum jarang manusia datang menyerah. Ngginggg....ngginggg....
Salak lagi.

Tak tersnap gambar dah. Kebanyakan pokok jadi tinggi melangut kerana banyak sangat. Kan udah belajar tentang persaingan benda hidup masa subjek Sains dulu kan. Gitu lah.

Tapi....sedih sebab tok dah pergi meninggalkan kami. Dahulu, kalau musim buah salak terutamanya mesti tok akan agih kepada anak cucunya dan mesti disimpankan untuk kami jugak. Meski kami tak datangpun .  Walau buruk sekalipon takkan diberi kepada orang lain. Hu..hu. tok...rindu.
Al-Fatihah untuk tok. Semoga tok berada bersama orang2 yang beriman... semestinya di samping tokki jugak. Amin.

La...Kena Potong Rupanya

Lepas raya baru ni adalah minggu sibuk bagiku. Apa taknya terus kena kursus seminggu. Sedang taim tulah segala2 tarikh bil mula meluput satu persatu. Astro la elektrik la. Dan yang pentingnya line tenet jugak. Balik kursus terus ke Semarak Resort sebab ada kem.

Balik kem...peranti zoom mula berkelip. Tak boleh akses internet doh. Takkan lebih 2 hari dah kena potong. Berkira bebenor... Astro yang super rigid tu pun ada mesej notis suruh bayor jugak2. Ini baru 2 hari...due date 6 hb, 8 hb dah potong. Aik...teruk sangat.
Nak tukarlah. Menci tak ada perikemanusiaan!!