Saturday, 21 September 2013

Ho Chi Minh 1 - Pasar Malam

Hotel Thanh Lien dan Pasar Malam kat Ben Than Market

 Aku sampai dalam kul 5.00 Malaysia. Sini kul 4.00 petang. Aku dibawa mendaftar ke hotel ni. Jarak ke pasar Ben Than lebih kurang 5-7 minit dengan menapak. Hotelnya bersih dan cantik. 2 bintang. Sebenarnya aku datang dengan agensi, tapi memandangkan hanya kami 3 orang saja yang konfim, maka agensi hanya meet and greet kat LCCT jer. Terpaksa kami redah sahaja segala prosedur airport sendiri. Mujurlah aku ni jenis hati batu dan encik suami seperti detektif yang sentiasa peka. Bagaimanapun, sampai di HCM, kami disambut oleh guide orang Malaysia yang menetap di Vietnam sebab aweksnya orang sini. Lega...
selesa... Cepat2 solat Zuhur dan Asar. Sapa2 yang menginap di sini, kiblatnya ialah menghala ke arah pintu lif. Bilik aku 601. Jangan haraplah ada anak panah penunjuk kiblat tuh. Boleh dikatakan orang Malaysia bersilih ganti masuk keluar dari hotel ni. Ramai orang kita suka menginap kat Saigon Pink dan sederetnya sebab dekat sangat kat Ben Than dan Kedai Basiroh yang popular tuh. Bagi hantu soping tentu senang hati sebab keluar hotel terus nampak pasar.
memandangkan hari sudah petang, maka kami dibawa melawat ke tempat menarik dan bersejarah di sekitar bandar. Tak sempat nak hafal nama, yang penting, gambar...gambar. Oh yea, jalan2 kat HCM ni ada baiknya henbeg puan-puan disilangkan sebagainya model supaya lebih selamat. Masa dalam flight balik, aku dapat berita yang grup dari Kelantan kena ragut, sedangkan mangsa tak sedar langsung. Alih2 tengok henbeg dan kamera ribu-ribuannya dah lesap dari leher. Duit, ic dsb lenyap. Kasihan... Justeru berhati2 selalu secara sedar atau pengsan...
ni patung tuan punya nama bandar Ho Chi Minh. Katanya mayatnya tidak dikebumikan seperti manusia biasa, tetapi diawetkan dan diletakkan di dalam keranda kaca untuk tatapan manusia. Ada yang kata ada di Rusia...ada maklumat lain di Hanoi. Logiknya kat Hanoilah sebab ibu negara, buat apa nak letak nun di Rusia.  Namun tak kuasa nak menyiasat.
Bangunan Opera warisan penjajah Perancis rasanya. Binaan bangunan di sini sangat halus dan cantik. Hari semakin gelap.
Malam turun ke pasar malam yang ada setiap malam. Sangat aku suka ke tempat begini. Macam2 barangan dijual seperti seluar jean, telekung, tudung ala Fareeda, beg dan macam..macam...macam lagi. Kena tawar sampai penjual terkejut veruk gitu. Kalau deme tak bagi, jangan susah hati... malam esok datang lagi. Yang penting ronda2 dulu sambil tawar-tawar...

Oh ya, tak perlu tukar duit ke USD pun sebab di sini mereka terima ringgit Malaysia jugak selain dong. Aku tukar dong sebanyak 2 jota aja untuk beli2 air dan buah. Waw! 2 jota tu... tapi bersamaan RM320.00 sajer. Peniaga kat sini juga boleh berbahasa Melayu sikit2, selebihnya cakap Inggeris lintang pukang. Bagi aku senang nak paham sebab tahap penguasaan setaraf. He. 

Satu perkara lain, boleh dikatakan 70 peratus kat pasar malam ni orang Malaysia. Makanya, jangan heran kalau terjumpa sedara kat sini ye. Ada jugak yang menyombong kat sini sepertinya tiap2 minggu depa datang sini ....

Wednesday, 18 September 2013

Pra-Saigon

Setelah lama menunggu, akhirnya aku sampai jugak ke Vietnam. Ho Chi Minh City semestinya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari KL. Sebenarnya aku tak berapa suka naik flight lama-lama. Rasa nak terjun main2 atas awan.
 pagi2 lagi dah terpacak kat airport Sultan Mahmud. Matching secara tak sengaja.
 Melangut kat LCCT beberapa jam.
 Adik asal nampak pramugari mesti nak oder. Semua yang kopeh2 jadi 6 hinggit.
 Selamat tinggal Malaysiaku tercinta. Berpisah kita sementara waktu. 
Doakan aku selamat pergi dan kembali. Selamat Hari Malaysia 16 September!
Ni dia bandar HCM City. Here we come!

Tuesday, 10 September 2013

Rumah Jiran Dipecah Masuk

Masa balik tengah hari semalam, aku naik pelik rumah sebab jiran sebelah sudah ditandangi. Biasanya aktiviti tu berlaku pada petang. What? Tiba2 aku dapat mesej drp jiran yang mengatakan bahawa rumahnya dipecah masuk. Segera aku ke situ.

Mujur tak banyak barangan yang diambil. 

Alahai... senangnya orang cari duit kat rumah orang saja, bukannya kat tempat kerja. Nak tinggal rumah pon tak senang hati. Harap2 kejadian ni tak berlaku lagi. 

Sunday, 8 September 2013

Nak Kurus,? No Nasi

Kisah A
Kelmarin masa pergi kat Nissan Servis, aku ditegur oleh seseorang. Sumpah kalau dia tak menyapa nescaya aku tak kenal. Sebabnya, dulu badan bertampal lemak sepersis aku... tapi kini alahai selim melim seperti anak dara! Waw.

Makan ubat ke? tanyaku tanpa berlengah2 lagi. Dulu makan gak, tapi lama-lama tak boleh dh sebab rasa nak muntah.
Pas tuh? rupanya dia tak makan nasi langsung selama dua tiga tahun. Hanya makan biskut, buah, kerepek dan sayur saja. Hasilnya dia turun berat daripada 86 kg ke 50kg saja. Alahai seksanya nak kurus.

Kisah B
Dan aku pun teringat akan seorang rakan ku, diapun sama masalah obes. Tapi lama tak jumpa, tiba2 aku terserempak ngan dia yang slim seperti model. Kurus dan tirus saja mukanya tak seperti dulu yang lebar saiznya dari atas ke bawah. Rahsianya? tak makan nasi juga beberapa tahun. 

Dua tiga tahun kendian , terserempak lagi. Kali ni aku kenal sebab dia kembali sebagaimana mula2 aku kenal. Melebar. Hmm... aik? semakin sihat nih! sapaku. Tak larat dah nak tahan makan, katanya sambil tersenyum manis.

Kisah C
Banyaklah aku punya kisah. Sejak awal ku kenal dia ni, memang dia gemuk. Macam2 ubat kurus dimakan. Akhirnya berkat kesungguhan dan kesabaran yang amat tinggi.... dia kurus jugak. Cantiklah. Makanya asyik berkebaya ketat-ketat sajalah. Sudah hilang tudung labuhnya dulu. Masa berlalu, terserempak pulak dekat satu majlis... Tapi badannnya sudah kembali ke zaman mudanya....tembam dan nampak macam sembab pulak. Tak tanya kenapa....

Kesimpulannya,
Makanya encik2 dan puan2... kalau nak kurus jangan makan nasi ye. Makan aje kayu ke... daun kering ke... ha.

Friday, 6 September 2013

Cup Cake MERDEKA


Salam MERDEKA! biarpun lambat.

Biasanya pada hari merdeka, aku paksa anak2 mengadap teve. Motipnya? adalah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang sambutan Merdeka. Manalah tahu... kotnya kluar dalam peperiksaan. Heh... berpikiran jauh betul aku kan. Tapi kali ni, aku tukar acara pulaks. Pagi2 lagi aku bersiap untuk pergi belajar buat kek cawan. Meski musim cup cake dah reda, tapi aku kena pegi jugak. 

Sebenornya aku bukan nak belajar sangat sebab dah teror. alahh...kek bakul lagikan aku reti, ni apatah lagi kek cawann... huh, semeset. Tapi kan, aku saja2 temankan anak daraku. Biar dia terbuka sikit mindanya bahawa rezeki Allah itu banyak cabangnya. Lagipon, konpim dia suka main dengan krim berwarna warni. Dok gitu kak??
          
Makanya, hari tu kami pulang dengan banyak kek yang dibuat oleh cikgu. Nampaknya cikgu yang tambah pandai. Esoknya suruh anak2 bawak ke asrama. Sapa nak makan kalau tinggal kat rumah.

Kali lain aku masukkan gambar sebagai bukti dan eviden. Ha.