Sunday, 15 July 2012

Durian Basong Paling Sedap!!!

Hah, buah king nis kian melambak di pasaran. Di tepi jalan, bawah pokok, muka jalan... hatta di kampung terpencil pon ada gerai jual buah durian. Yalah, buah raja katakan, di ceruk manapon orang akan selongkar asal dapat makan yang terbesttt. Aku pun tak terkecuali. Musim ni saja dah banyak aku kerobek isi buat tempoyak 2013 gara2 isi tak berapa ummp.

Kat Terengganu, buah king yang paling sedap ada di kampung Basong. Orang panggil durian Basong. Kelmarin lepas hantar kakak ke kelas tambahan, aku, AK dan adik memulakan travel-durian. Ala-ala jalan2 cari makan tuh lah.

Kat luar simpang ke kampung tuh, aku beli RM20 untuk 7 biji. buah sebesar kepala adik. Masuk dan masuk.... eh, tak der orang menjual pon?!.. Oh, hari ni kan hari Sabtu, so para penjual dan peraih bawak hasil2 dagangan ke Pasar Minggu Kuala Berang. Tapi jangan putus asa... teruskan perjalanan. Ha, ada satu gerai. RM20 untuk tiga biji sebesar kepala adik jugak. Beli bang, jangan tak beli.....


beginilah rupa dan isi durian Basong tuh.

Balik rumah tak sabau2 nak cekah buah durian. Masya-Allah... sedapnya, lemak manis berkrim.... nyum, nyum. Tapi mengapa durian kat situ sedap sangat eh?

Pada pendapat aku lah, mungkin faktor geografinya yang terletak di kawasan sejuk, pinggir bukit yang memungkinkan pokoknya subur dan tumbuh selesa di situ. kot nyer lah. Oh yea, letaknya on the way ke Tasik Kenyir.



Monday, 2 July 2012

Kamera Canon Eos 600d



DLSR oh dlsr...

dah jadi igauan semua orang untuk memiliki kamera dlsr, sama ada yang ada keperluan atau sekadar memenuhi selera seperti aku. Sebenarnya,aku tak der kriteria apapon untuk pilih yang bagaimana. 

Pun begitu ada gaks aku gugel2 cari info dalam tenet. Sesuatu yang mesti aku lakukan sebelum keluarkan wang untuk beli bebarang.... yalah kan, duit bukannya mudah. So, kita perlu bijak menguruskannya. Dok gitu eh? rasanya aku dah terpilih yang sesuai dengan keperluan meskipon bukan model terkini....

 yeah, jom tangkap gambar!!

imej2 mangsa fokus anak-anak....


 lantana taik ayam
 plumeria... kalau tak salah
tak tau... he.




Rajin Nampak!!!

taraa... inilah famili baruku. inilah hutang yang aku buat...:-)

Wah...basuh kereta baharu nampak!  Yalah kan, kete putih...cepat ketara kotornya.
cuci bersih2 ye bang, biar seanggun drebarnya... he.



Hadiah untuk Keluarga

Memandang kereta aku telah meningkat usianya sebagaimana aku, maka banyaklah penyakit kudis dan kurap menyinggah. Jadiknya, sementara masih hangat di pasaran... makanya aku trade in kan untuk dapatkan yang baru. Dapat hutang sebenarnya... tapi kan, orang macam aku, tak hutang maka tak ada kemudahan lah kan.


semua kereta yang ada dalam show room cantik molek di mataku, cuma duit jer tarak.

Akhirnya, aku menjadi peminat kepada pak cik Public Bank. Argh... nak buat camanakan? dah sampai masa aku perlu berbuat demikian. Sang Kancil peiharaanku perlu digantikan dengan spesies lain yang lebih bertenaga. Ini kerana keluarga dan tuntutan hidup aku telah berubah. 

Tiga minggu aku berurusan dengan jurujual keturunan cina yang cantik jelita dan kacak itu. Akhirnya, semalam keretaku sampai di pangkuan. Aku anggap kereta ini adalah hadiah kepada diri sendiri dan keluarga. Yalah kan, sungguh pon aku yang tak selesa membayar, tapi kegembiraannya beramai2 kan.... wahai abang, kakak dan adik kesayangan umi, terimalah hadiah daripada umi ini.... dan berhemahlah dikau semua dalam berbelanja selepas ini kerana umi dah berjaya membuat hutang dengan cemerlang!!! yeaa...

hmm, ini kereta orang....


Final Piala Eropah 2012

ha.ha...
malam niss aku berjaga malam tengok bola. Sebenarnya aku bukan peminat bola pon... tapi kena ambik tau jugak perkembangan dan kegilaan semasa. Tak derlah jadi katak bawah tempurung. kan?

Justeru, aku pilih Sepanyol. Ngaper? ssesaja nak sakitkan hati AK yang prefer Itali. he...

Datuk Shabery Chik pun pilih Sepanyol. tiki...taka katanya.