Friday 9 December 2016

Selamat Pengantin Baharu Sop

Walaupun doh lepas... tapi che ngah baru sempat nak abadikan ucapan klise ni. Selamat Pengantin Baharu buat Yusof dan Jannah. Pasangan sepadan... semoga saling menerima pasangan seadanya dan berbahagia hingga ke syurga. Amin.

Pada 3 Disember 2016 lepas, majlis sambut menantu diadakan. Semua kaum kerabat dan jiran2 membantu. Sayu sangat apabila tuan rumah tidak dapat bersama-sama langsung kerana berada di hospital. Sakit apa?... sebagaimana yang akak pernah ceritakan beliau sakit leukimia. tis... tis.

 majlis di sana
 di sini... serba sederhana. Nasib baik cuaca terang. Risau jugak berkenduri musim bah ni. Alhamdulillah.
 cinta selepas kahwin. Semoga kekal bahagia.
Ni hadiah istimewa mewa dari Che Ngah. Buku masak. Kedekut. Bukan dekutlah tapi akak sendiri ada buku tu sebagai rujukan. Penting sangat. hehe. Sebenarnya tak minat nak beri hadiah pinggan mangkuk bagai tu. Ambik pengalaman sendiri.

No comments: