Wednesday 7 December 2016

Jalan-jalan Makan makan

Hai... assalamualaikum lama tak menjenguk alam maya ini. Bukan tak sayang tapi bukan juga sebab sibuk. Orang biasa macam akak ni kalau sibuk pun dalam skala kecik je. haha.

Selama 3 hari berkelana di Kuala Lumpur ni gigihlah akak menapak dan meLRT. Kak kagum dengan orang KL yang kuat dan sihat kerana sinikan banyak guna kaki... terutamanya bila guna pengangkutan awam. Wah... celegas gel lutox dinas ni.

Hasil pengaruhan grup telegram Kaki Makan maka tak lepaskan peluang untuk makan di Kampung Baru ni. Sedap banget kabornya.

 ni toke yang sudi biayai segala projek. Terima kasih aboh.
 naik lrt masjid Jamek ke Kg Baru. Kalau motivasi kurang tak sampainya kami ke sini. Pakai redah je bukan tau pun. Gamble untung sabut timbul. Hehe memang untung pun.
 Tom yam sifud. 3 bintang sebab pernah makan yang lagi sedapp.
 Kerabu sotong. Sedap.
 Somtam... 4 star.
Pulut mangga... berjuta bintang ni. Sedap lemak manis terasa. Setaraf dengan yang akak pernah makan di Perlis dan Padang Besar. huh... bisa terhingat2 ni.

Siakap 3 Rasa. 4 bintang.

Sori kualiti gambar agak kureng... sudahlah pakai tepon murah tak jelas pulak sebab gigil2 tangan tak tahan tengok makanan. haha...

Oder semua yang di atas tambah dua nasi goreng kampung dan sup perut yang ditapaukan takut2 lapor pulak malam malam nanti... jumlahnya RM117.00. Berbaloi-baloikan. Patut lah kedai baru bukak sudah penuh kastemer.

Sekian sesi makan makan malam ini. hihi.

1 comment:

Umi said...

9 Julai 2019...
Datang lg ke Kg Baru dengan harapan nak mkn di sini lagi. Hampeh...sbb kedai tutup!
Tapi kali ni tanpa Aboh.