Sunday 25 December 2016

Aduhai Salah Siput Lagi

Haduhai... seminggu dua ni line internet amatlah perlahan. Masa ni jugaklah idea akak nak membelog menurun-nurun sebagaimana hujan yang turun di bumi Darul Iman ini. Sakit sudah jari jemari yang mulus tulus pada suatu masa dahuluu ini menekan keypad henset tu. Bimbang jugak tu maklumlah hujung jari kita ni penuh dengan saraf-saraf halus. Ye dok tu?...

                         Image result for gambar siput
macam biasa... asal lambat siput, begitu jugaklah asal siput lambat. Aduh kesian kau wahai siput. Masa kecik-kecik sedapnya makan siput sedut gulai dengan daun kaduk. Menu tu Mok Teh Melah yang terer. Churp...churp keluar isi.

Bulan ni genaplah setaun akak melanggan wifi Yes Zoom ni. Kali pertama guna Streamyx... laju. Bak kata orang barang dihajat barang mendapat. Tapi pabila pindah rumah ni, line streamyx tak coverage la pulak walhal sekilometer je pun dari rumah dulu. Masa buat permohonan tu, tak pula orang Telekom kata apa-apanya. Tapi beberapa lama kemudian, dapat penggilan telefon menyatakan bahawa tak boleh langgan streamyx sebab tak berbaloi-baloi nok pasang tiang untuk akak seorang. Diorang cadangkan agar akak buat pakatan dengan jejiran untuk buat permohonan jugak. Memang tak la eh...

Kali kedua pakai Yes yang modem putih tu. Lajulah juga. Tapi beberapa bulan sebelum kontrak tamat ( dua tahun la), modemnya pulak rosak. Pergi dekat kiosk, tak dapat nak selamatkan sebab memang rosak... kalau nak tukar baru kena bayar dalam lima hatus gitu sebab waranti setahun dah tamat. Huhu...

So, guna tenet tak guna bayar tetap bayar sehingga bulan februari iaitu selagi tak habis kontrak. Cheese cake.

Kali ketiga, Yes guna huddle senang nak pindah randah, buh dalam poket je untuk berwifi di sana sini sinun. Tapi cukup setahun lembab la pulak,

Haha... konon banyak idea sangat, Cerita pasal siput je pun.

No comments: