Friday 21 August 2015

Teman Baharu yang Budiman

Alkisahnya minggu lepas kena kena menghadiri kursus di luar daerah. Bukan luar negara ya. Alahai kerja kuli2 cam aku ni ada hati ke nak dibawa kursus luar negeri. Negera lagi lah. Ngeh2....

Tiba2 rakan bagitau ada sorang minah ni nak tumpang. Aikk... abad ke 21 ni masih ada lagi aktiviti tumpang-menumpang nak pergi kursus yang dikira dekat tu?...tapi boleh jer. Boleh gok aku sembang2 ketika pergi dan balik tu. Kiranya 7.15 pagi mesti... wajib ada kat sini. Kalau tak... kira tinggal. Waduh zalim bangat aku ye. Hihi.

Esoknya apabila aku sampai dia sudah ada. Manis orangnya berjubah dress. Serta merta aku jatuh hati. Haha.

Gambar yang dikirim Jihah. Pokok aracis di rumahnya. Menang secocok ni sebab dia suami isteri juga suka bertaman astakona nih. Bagus.

Sepanjang tiga hari berulang alik... kukenal sedikit sebanyak tentang dia. Baik... bagus... budiman. Hmm. Memang indah aturan Ilahi menemukan akak dengan rakan baharu itu. Meskipun sekejap saja semoga silaturahim berkekalan hendaknya...


No comments: