Sunday 16 August 2015

Apabila Kena Tahan di Wad

Bukan akak yang dimasukkan ke wad... tapi ibuku. Sebabnya kaki beliau membengkak tau tau sebab asbab. Doktor pun tak kata apa selain jangkitan kuman. Rupa-rupanya kena sejenis bisul gitu. Oo... Akibatnya ibu dihantar ke hospital besar untuk rawatan lanjut aka mencuci.

Sejujurnya aku tak ada pengalaman dengan hospital selain kerana bersalin. Keluarga terdekat tak ada. Alhamdulillah. Justerunya aku naif. Lupa nak ambik GL ... gurantee letter ... betul ke eja eh? Kiranya dapatlah untuk tempatkan ibu ke wad yang lebih baik. Tapi bagi aku duduk wad kelas tiga pun selesa. Ada rakan-rakan lagi. Dan fikiran ibu pun begitu. Hmmm.


Ada wad khas untuk para ibu dan anak. Baguslah. Justeru kena produktiflah wahai ibu2 muda sekalian ye. Masa akak giat belajar renang dulu... bangunan tambahan hospital ni sedang dibina. Wahhh sekarang sudah tersergam dan menyergam.

Aku semacam suka je kalau ibu lelama di spital tu. Yalah ada misi yang baik, makan pun standard orang sakit. Maklum ye... ibu aku kalau datang rumah petang Jumaat... kul 10 esoknya sudah menggesa nak balik rumah. Gitu macam tak best lepak kat rumah. Huhu.

Apapun selamat berehat wahai ibuku tersayang. Jangan dirisaukan apa yang ditinggalkan di rumah. Kami gilir2 jenguk ya.

No comments: