Friday 21 August 2015

Tanam Pokok Mati lah Pulak

Suka akak tengok pokok-pokok rimba kat rumah yang menghijau dek kerana cukup air hujan. Kalau musim panas, mahu jugak berjam akak memberi pokok2 ni minum sekali sehari. Kejamnya...

Justeru tak payah menyiram pada musim sekarang ni... maka mood berkebun pun rajin lah sangat. Menggebu2. Tapi memang akak tak boleh nak tambah apa2 pokok pun. Kalau nak sangat pokok baharu, kena korbankan jugak pokok yang sedia ada. Maksudnya masuk satu buang satu. Sebab... kawasan sudah padat dengan penduduk pokok. Almaklum tanah sekangkang, serba ada. Di situlah kebun buah2an...di situ jugak... alaahh lupa pulak yang ** Tun Jeanne Abdullah panggil kat Sri Perdana tuuu... dan di situ jugak rumput rampai dan kemuncup nak menumpang.

Baru ni sempat jugak menderma dua pokok kemboja jepun dan sepasu buluh rumput kepada rakan aboh yang menyinggah kat rumah. Suka sangat lah dia... apatah dapat dengan pasu2 sekali. Hah hah..ha...

Hari ni datang idea baharu... nak tanam batang pokok mati kat dalam pasu. Memang kami suomi esteri tak boleh duduk diam kalau turun je tanah. Ade je buah fikiran yang nak menyakitkan pinggang yang kian veteran ni. Hahaha... lagi.

Nampak cantik. Tambah pokok orkid lagi cantik kann... kalaulah si orkid tu boleh berkata2 tentulah aku dimarahinya kerana baru beberapa minggu lepas dipindahkan ke tempat baharu. Hari ni hijrah lagiii... begitulah nasib kau bertuankan haku. Mak janji tak pindahkan kau lagi sekiranya kau tumbuh subur dan berbunga selaluu... hokey.


Tumpang interframe eteks. Tak cukup pulut tambah nasi dagang... tak cukup kawasan lepak atas beranda pulak. Hihi... akak suka sangat kombinasi tempayan buruk dan pasu cacat ni. Nampak unik dan imej kampung tradisional.

** edible garden

No comments: