Friday 3 July 2015

Nasi Dagang Terengganu yang Sedap

Aku memang bercita2 taici nak masak nasi dagang yang sedap amat. Kalau nak banyak boleh jer ditempah... tapi kalau nak makan tiga mulut tu kenalah buat sendiri. Nak beli kat bazar?? ... ho tak mahulah sebab susaaaahh nak jumpa nasi dagang yang benar-benar umppp.
Keinginan bertambah pabila ada rakan yang baik hati memberikan rempah gulai nasi dagang. Makanya pada hari Jumaat yang mulia ini aku berjaya merealisasikan cita2ku.
 Bismillahirrahmanirrahimm...
Nasi
5 pot rice cooker beras nasi dagang rendam selama 8 jam.
2 cawan santan cair atau bubuh saja air kosong
2 cawan santan pekat
3 ulas bawang merah dimayang halus
Halia dimayang
1 sk halba
Gula
Garam

Cara:
1. Kukus beras selama 10 minit. Angkat dan pindahkan nasi ke dalam besen dan siram dengan santan cair. Kukus semula lebih kurang 30 minit.
2. Pastikan nasi telah masak. Tidak mengapa kalau nampak keras sikit. Pindahkan ke dalam bekas lain.
3. Taburkan bawang, halia dan halba.
4. Arong dengan santan pekat hingga nasi menyerap santan dan jadi berkilat.

 Masukkan 11/2 sudu kfc garam halus dan gula diratakan dalam santan pekat yang sebanyak 2 cawan ini.
 Tutup nasi dengan daun pisang selepas diarong kali kedua dengan santan pekat.
 Kuah gulai: 1 ekor ikan aye direbus dengan garam dan 3 keping asam keping.
1 labu bawang besar saiz besar dikisar
3 ulas bawang merah dikisar
Sehiris halia dikisar
1 senduk kecil cili boh
1 peket rempah nasi dagang/rempah gulai cap rose
Sehiris lengkuas diketuk
Beberapa tangkai cili hidup
Secubit belacan
3/4 keping manisan saiz sederhana
11/2 kotak santan.

Cara
1. Tumis cili boh hingga garing. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan santan, lengkuas, manisan, belacan, gula dan perasa.
3. Masukkan separuh air rebusan ikan. Tambah air hingga penuh periuk. Reneh hingga kuah surut.
4. Masukkan ikan dan tambah lagi air. Reneh hingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan cili hidup.
*** masa memasak mungkin menjangkau 5 jam atau lebih.
 Acar : 2 biji mentimun
1 labu bawang besar saiz kecil
1-2 biji cili besar
11/2 sb gula
1 sk garam halus
Cuka.
***nak cantik tambah karot.


No comments: