Friday 7 February 2014

Penatnya...

Dah bersawang debu berkepuk rasanya muka buku blog picisan ini. Macam2 yang berlaku namun tak ada kesempatan untuk mengabadikan di ruang peribadi ini. Hari minggu ni aku curi masa untuk menjenguk. Oh rindunya aku.

Ikutkan kerja tak habis2. Kerja...kerja. hari Jumaat buat kerja rumah. Oh teruknya rumah aku tidak terurus macam tuan rumah tak ada perasaan. Kain baju menimbun tidak berlipat. Tahi cicak berak sesuka hati di tepi2 tingkap. Debu jangan cakaplah berlapis2. Mnengokkan beban tu aku dah rasa letih.

Justeru, kalau teman2 nak menyinggah rasa sedikit terganggu lah. Ya lah, malu jugak dengan ketidak terurusan sebegitu. Ya Allah pemalas sangatkah aku?? Tidaaaakkkk. No way, aku bukan malas.
Aku sangat kagum dan tabik hormat kepada teman2 yang rajin mengemas. Dalam rumah teraturrr sangat. Yang aneh bin ajaibnya ddebu habuk pun takut nak menyinggah. Takut kena halau. Bukan sahaja lantai berkilat macam minyak, malah siling, kipas, pasu dan segala yang diletak kat atas pun BERESIHHH... ke mereka ni membela??? hua hua... dengkilah tuh.
Cantik...cantik. Berseh!!
Ini memang rumah orang yang tinggal di kampung. Bukan muzium or galeri ye...memang iri hati kan ?

No comments: