Friday 7 February 2014

Jalan-jalan Dungun

Hari ni kami meronda ke bandar Dungun pulak. Hajat hati nak makan2 kalau ada port yang baik. Sebenarnya aku jarang sangat ke sini....persepsi negatifku tiada apa yg menarik di sini. Jangan mare ye orang Dungun. Biasalah kan, tak kenal tak cinta. Dah kenal meroyan pulak.

Tapi bila datang, segalanya berubah. Bandar Dungun sedang membangun menjadi bandar tersusun. Deretan kedai dan pejabat kerajaan sepanjang jalan. Sedikit sebanyak seperti bandar Ho Chi Minh. Wah! Nampaknya daerah Dungun ditadbir oleh mereka yang cekap dan berwawasan. Cukuplah aku bercerita tentang geografi dan sahsiah. Meh tengok gambar berbicara pulak.
Kuala sungai yang sangat cantik pemandangannya. Siap ada bot-bot nelayan parking lagi. di bawah jambatan. Ramai penggemar joran mencuba nasib. nak terai jugaklah suatu hari nanti. Sedang syok meneroka.... tiba2 aku terpandang payung2 besar..tempat yg menjadi kegemarannku yakni pasar malam. Yesss.

yang dua orang nih bukan nak membeli haper pun, buat2 sibuk jer.
 Paling berani burger dan ais blen.
best pasar malam kat sini. Pelbagai makanan tradisional ada. Wajik ( sedap), tepung pelita, onde-onde, krimpuf. Putu piring yang telah bertahun kucari akhirnya berjumpa di sini. Walau pernah kurasa yang lebih sedap tapi putu piring di sini tidak mengecewakan.  Sedap...terasa manis intinya. Dan yang paling penting, semua kuih yang berinti kelapa dibuat daripada kelapa muda. memang ori. Memei aku suka, tak kisah kalau harga mahal sikit asalkan rasa sedap macam dolu-dolu. Yalah, apatah ertinya kalan murah tapi tak sedap, kan? Kat sini jugak ada sate daginggg. Bestnya. Tapi tak sempat beli. Ingat nak beli masa balik tapi hampehhh...dah habis. Waaaa.

Justeru, kalau ada bini saper-saper yang mengindam nak makan kuih tradisional tu datang-datanglah cuba nasib kat sining.

No comments: