Wednesday 6 March 2013

Bertudung ke Tidak

Pada masa kini semakin ramai wanita yang bertudung, lebih2 lagi jika di negeri Pantai Timur. Alhamdulillah, syukur kerana ramai yang sedar akan kewajipan itu. Namun ada juga yang sinis... alahh.. tak semua yang bertudung tu baikkan? kata mereka yang tidak bertudung. Betullah tu... tak semua yang bertudung tu baik dan begitu juga sebaliknya. Pokok pangkal kebaikan tu datang dari hati dan keinsafan masing-masing, bukannya terletak pada tudung. Tapi sekurang2nya selesai sudah bahagian tudung itu, yang tidak tu bagaimana? 

Baru-baru ni aku terbaca kisahnya ada seseorang yang kata dia tidak kisah jika dapat menantu yang tidak bertudung walhal dia tu sentiasa bertudung labuh hitam dan berjubah hitam. Nampak macam pelik, tapi sangat berhemah. Lambat laun sudah tentu si menantu akan menjadi segan dan bertudung juga akhirnya. Insya-Allah.

Begitu juga halnya kita. Lebih2 lagi jika ada suaminya yang jadi ketua atau pemimpin. Sebagai ketua sudah tentu macam2 perkara dilaksanakan demi kebajikan anak buah. Terima kasih. Kekadang tu pabila bercakap gunakan ayat2 suci al-Quran atau sekurang-kurangnya terjemahan maksud. Baguslah. Ini menunjukkan bahawa mereka pun tahu sedikit sebanyak hukum hakam agama kita sebenarnya. Tetapi sayang jugak, kewibawaan suami bercakap berdalil al-Quran dan hadis menjadi tidak berapa laku kerana jari orang ramai boleh saja tertunjuk ke arah kepala isteri yang belum ditutup. Orang akan kurang hormatlah kepada suami tercinta. Kasihan suami tu...

Nampak macam remeh temeh, tapi bagi orang-orang kampung macam aku ni selalu berkata, alangkah baiknya jika si isteri peliharakan maruah suami tercinta. Pada firasat aku, mereka ini akan lebih manis, jelita dan berjati diri. Tengok Datuk Siti Nurhaliza yang nampak sangat manis dan muda ketika bertudung penuh berbanding sebelumnya. Mesti ramai yang setuju dengan aku kan. 

Sori....



No comments: