Tuesday 15 May 2012

Tupperware Untuk Cikgu

Setiap tahun, pabila menjelang 16 Mei pasti aku terfikir2 nak cari apa untuk dihadiahkan kepada guru2 anak-anakku. Meskipun jasa dan budi guru tidak ternilaikan, namun ingatan untuk mereka tetap ada walao tidak seberapa. Terima kasih cikgu!

Teringat aku pada seorang guru Bahasa Inggeris yang garang, namun sampai sekarang aku sangat berterima kasih kepadanya. Meski selalu tangan ini dihadiahkan dengan bucu pembaris kerana salah masa ujian spelling.... pon begitu, aku tidak berdendam. Jikalau bukan kerana ketegasan beliau, belum tentu aku lulus BI.

Masa berlalu, mungkin beliau telah tiada, kalau masih hidup sudah terlalu tua. Pun, semoga cikgu aman sejahtera selalu walau di mana cikgu berada. Pada aku, beliau bersikap tegas kerana komited pada pelajaran anak2 murid meski berlainan bangsa. Oh yea, luper pulaks, guruku itu berbangsa India.

Melencong lah pulaks...
tahun ni aku belikan tupperware sebagai tanda ingatan kepada guru anak2.. aku rasa mereka tentu gumbira. Ya lah, macam aku... kalu diberi tupperware walau sekecil2nya sangat aku teruja dan akan bersinar2lah mataku.. he





Apapun, aku ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru. Semoga cikgu2 semua beroleh kebahagiaan hidup dan ketenangan hati sepanjang hayat.



No comments: