Friday, 5 May 2017

Nikmatnya Mi Tarik

Jalan-jalan kat tempat orang ni memang banyak sangat yang perlu diambil kesempatan. Sebab bukan selalu kita pergikan. Memang che tempah hotel di Sungai Besi agar tidak jauh dari Pesta Orkid yang sedang berlangsung di UPM tu.

Antara yang membawa che ke Sungai Besi... Mi Tarik Warisan Asli. Jom masuk.


nyum-nyum memang terbaik... sedap... harus datang lagi ni.



boleh tengok cara mi tarik ditarik2 melalui tingkap ini. 
Memang nampak muka China ori penariknya. Muslim.

Hidup Sihat Cergas Pada Usia Senja dengan JRM






Masa terlalu cepatnya pergi, seakan baru semalam muda remaja. Kini sedar-sedar umur sudah merangkak senja nan merah. Tua? ada orang wanita terutamanya berasa sensitip dan sentap pabila dikata tua. Hmmm... tua tu kan pasti justeru tak ada apa yang perlu dinafikan. Che okay je berada di ambang wati ni. Yang penting kita sihat, cergas ceria. Berlapang dada dan bersyukur selalu dengan apa yang kita lalui dan apa yang kita ada sekarang. Insya-Allah kita jadi tak kisah dengan istilahTUA. Petua, ketua tu pon kan asalnya perkataan tua.


                                               Image result for jamu ratu malaya
haa ni lah produknya. Nampak tak glamor tapi khasiatnya win tersurat dan tersirat....

Okay dalam relaks-relaks pun kita kena bersedia. Che dari tak guna jus kesihatan ni sudah mula cenderung ambil makanan tambahan. Bukan untuk cantik atau awet muda... ( kalau pakej apa salahnya, kan) tak bukan untuk sentiasa sihat untuk meneruskan kehidupan tanpa menyusahkan sesiapa sama ada di rumah ataupun di tempat kerja. Haha... tipu jugak, sebenarnya che amalkan minum jus kolagen seperti Sarigard, Diamond Collagen cumanya tak berapa kekal sebab tak rasa kesan langsung pada che. Mungkin tak serasi, Sekarang che guna Jamu Ratu Malaya. Klasik kan namanya. 

Suka kita aduhai Bonda.


Thursday, 9 February 2017

Pos LeLaju ooo

Kalau beli barang melalui intenet, biasanya perkhidmatan pos laju-laju ni akan digunakan. Laju ker?? Rasanya tak pernah che dapat  barang terus daripada dik posmen biasanya dapat memo jer suruh ambik kat Pejabat Pos. Jauh pulak pejabat pos yang direturn barang. Atau paling cekappon, posmen tinggalkan saja parcel kat kedai emas... wakil dia la kot. Dekatlah dan tersangat-sangat senang nak ambik.

Maksudnya sesiapa saja yang tergamak boleh ambik barang kita sebab diletakkan saja di lantai di depan kedai. Kalau nak ambik, silakan saja tak perlu pengenalan apa-apa, sain-sain pon tak yah walaupon tandatangan kita cantik berseni sesuai sain autograf. Haha...

Situasi 1,

Suko Ambo Ke Demo di Jabat Pos


Balik kerja buka peti surat ada macam-macam bil dan surat-surat chenta. Macam biasa memo suruh ambik barang. Masa hantar tadi jam 9.45 pagi. Huhu masa tu kerja kerja. Kalau awak kena kerja... akak pun kena kerja jugak kalau tidak tak mampu nak ode-oder online nih. Tis-tis-tis.

Kebetulan abam suami balik terus ajak pergi tuntut barang. Kaunternya tertutup cermin sliding (kelas la tu)... kena tekan loceng ting ting. Tapi tak ada respons. Kerani pos suruh tekan banyak kali. Yalah kalau ikutkan hati tercabut punat loceng tu che nok tekan tapi kena jaga aruah jugakkan. Ok... masuklah seorang ambil memo. Aduhhh ada orang ropanya atas kerusi tepi kaunter. TIDURR!! alahai kerja memang terjamin gaji masyuk, so apa susah wei.  Tapi diberitahun posmen pos lajunya belum sampai di tempat kerjanya. Aduhai kena datang lagi la. Grrr.

Che lebih suka kalau peniaga guna Gdex aje... lagilah penghantarya sudah kenal rumah walau buat alamat tempat kerja ke alamat rumah ke akan sampai dengan selamat. Kalau masa kerja akan dihantar ke sekolah walaupon guna adres rumah, begitulah sebaliknya. Sebab?? mat despatch tu kenal sejak Go Shop ada. Ala tolong beli ke kawan-kawan je pun.





Sunday, 25 December 2016

Aduhai Salah Siput Lagi

Haduhai... seminggu dua ni line internet amatlah perlahan. Masa ni jugaklah idea akak nak membelog menurun-nurun sebagaimana hujan yang turun di bumi Darul Iman ini. Sakit sudah jari jemari yang mulus tulus pada suatu masa dahuluu ini menekan keypad henset tu. Bimbang jugak tu maklumlah hujung jari kita ni penuh dengan saraf-saraf halus. Ye dok tu?...

                         Image result for gambar siput
macam biasa... asal lambat siput, begitu jugaklah asal siput lambat. Aduh kesian kau wahai siput. Masa kecik-kecik sedapnya makan siput sedut gulai dengan daun kaduk. Menu tu Mok Teh Melah yang terer. Churp...churp keluar isi.

Bulan ni genaplah setaun akak melanggan wifi Yes Zoom ni. Kali pertama guna Streamyx... laju. Bak kata orang barang dihajat barang mendapat. Tapi pabila pindah rumah ni, line streamyx tak coverage la pulak walhal sekilometer je pun dari rumah dulu. Masa buat permohonan tu, tak pula orang Telekom kata apa-apanya. Tapi beberapa lama kemudian, dapat penggilan telefon menyatakan bahawa tak boleh langgan streamyx sebab tak berbaloi-baloi nok pasang tiang untuk akak seorang. Diorang cadangkan agar akak buat pakatan dengan jejiran untuk buat permohonan jugak. Memang tak la eh...

Kali kedua pakai Yes yang modem putih tu. Lajulah juga. Tapi beberapa bulan sebelum kontrak tamat ( dua tahun la), modemnya pulak rosak. Pergi dekat kiosk, tak dapat nak selamatkan sebab memang rosak... kalau nak tukar baru kena bayar dalam lima hatus gitu sebab waranti setahun dah tamat. Huhu...

So, guna tenet tak guna bayar tetap bayar sehingga bulan februari iaitu selagi tak habis kontrak. Cheese cake.

Kali ketiga, Yes guna huddle senang nak pindah randah, buh dalam poket je untuk berwifi di sana sini sinun. Tapi cukup setahun lembab la pulak,

Haha... konon banyak idea sangat, Cerita pasal siput je pun.