Wednesday, 29 February 2012

Tahun Melompat

Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Cepatlah ayuh  cepat
Mari kita pergi mengundi...

1.  Mengundi tahun nis?
2.  Orang yang lahir tahun lompat lambat tua, sebab umur 
     menginjak 4 tahun sekali.
 


Seorang Wanita Bertubuh Ramping

Dulu ketika aku menghadiri kursus, aku terpandangkan seorang wanita. Raut wajahnya cantik. Fizikalnya terlalu kurus kering. Kerempeng. Sesuai untuk jadi model antarabangsa dengan bodi sebegitu. Tahulah kan, semakin tiada isi semakin sesuai dengan kerjaya model. Pada mata normal kita buruk tapi itu yang didambakan oleh para pereka fesyen.

Hah, ada mau badan slim begini?
sebenarnya nis ialah wanita yang mengidap penyakit anorexia yang sentiasa berasakan diri mereka gemuk.


Adakah wanita itu mengamalkan diet yang kejam untuk mendapatkan bodi itus?? kagum jugak aku sungguhpun aku tak berkenan dengan stail kurus melidi itu. Namun pabila aku peratikan, dia makan secukupnya malah lebih banyak daripada aku. Ke mana perginya zat dan khasiat sehingga tidak menjadi darah daging untuknya...

Aku pon membuat pelbagai andaian untuk memuaskan hati. Pada firasat akus;
 
i.   wanita itu makan hati dalam hidupnya. Ada sesuatu yang terpendam di lubuk jiwa  
     yang tidak dilepaskan.... 

ii.  sakit tibi, kencing manis dan macam2

iii. sakit anorexia yang akan memuntahkan semula makanan yang dimakan.

Allahuallam....

Tuesday, 28 February 2012

Meskipun Langit Menangis...

Hari nis aku ke SMK Jenangor untuk menyaksikan Sukan Olahraga Daerah. Sesekali refres pasal alam persekolahan syok gaks. View sekolah niss sangat cantik, berlatar belakangkan bukit. Tuu... ader nampak.

Setiap kali ada acara sukan begini, pasti ramai orang kampung datang memberi sokongan termasuklah ai. Bukan aper, inilah hiburan tahunan akus di sini setelah penat bersawah bendang dan huma.... menanam padi untuk korang makan. he, he. 


Sesampainya akus, langit menangis dengan lebat. Nescaya, basah kejun apa yang ada di padang. Oh ya, luper nak kabo yang di Kg Jenagor ni lah terletaknya Empangan Tasik Kenyir. Kenal?

 
dia nih selalu muncul dalam hidupku.

 ala comelnya...  lady bug dari mana nih?
kirik kanan kirik...
 inilah barisan kita yang ikhlas berjuang, 
siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi...


Patriotik: 
Meskipun basah kuyup, namun mereka masih di situ.
hujan yang turun bagaikan air mata ( lagu sudir sebab masih mud dia..)

Monday, 27 February 2012

Sudirman, Tiada Galang Ganti

Sudirman oh Sudir, ...... suaranya bukanlah luar biasa, tapi kehadirannya umpama besi berani.

Aku terdetik untuk menulis pasal arwah lagi. Sebagai insan yang membesar dengan lagu2 nya, aku memang mengkaguminya. Seorang yang sanggup meninggalkan karier profesional demi cinta pada seni. Pada aku, beliau menyanyi dengan jiwa, penuh cinta dan penghayatan.

Memandangkan bulan nis, genap 20 tahun kepergiannya...... ada stesen tv yang mengambil peluang untuk mengenang kembali kehebatannya. Bagus...  dapatlah aku dengar merefresh zaman remaja. Amboi...

Tapi alangkah, aku kecewa dengan dendangan semula artis2 baru khasnya. Nyanyian tak sampai ke jiwa pendengar........hanya sekadar lontaran suara tanpa makna. Tak feeling........sepatutnya diorang berasa bangga dengan penghargaan dan kepercayaan untuk mendendangkan semula lagu2 seorang penyanyi besar yang hebattt!! Justeru, sampaikan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab. Oh...

Sudirman, sekali beliau bukak mulut menyanyi.... semua orang sudah terpukau. Terus dibuai perasaan hingga ke akhirnya. Terasa puas!....... 

 
Lirik lagu tulisan tangan arwah Sudir.

Al-Fatihah untuk arwah. Semoga damailah engkau di sana. Sesungguhnya setiap yang hidup akan mati...

Saturday, 25 February 2012

Siapa Gerangan Tetamu Itu

Siapakah gerangan tetamu yang datang melawat blog marhain aku ini. Memanglah blog aku tidak ramai yang sudi datang, tetapi pabila ada yang  datang dari negara2 luar., aku  rasa ajaib lah. Ada dari Rusia, USA dan Kenya. Latvia pon ado. Kalau tak tengok peta, aku tak tau wujudnya negara  itu.

 macam2 nama negara yang pelik di telingaku.


Mungkin kerana nama yang aku guna;  Che Dai ala2 orang rusia or kenya yang menyumbang pengunjung sesat dari negara luar tuh. Kelakar. Tau ke demer apa yang aku tulis. Entah2 lepas terbuka jer blog akus,  deme tus terus menyosall, tak pun telan pil tidur!... he, he...

Sehingga kini, ai dah semakin seronokkk menulis blog. Tak der orang baca?? aku baca... hmmm... Syok sendiri.