Monday, 5 October 2015

Jerebu Oo

Jerebu sudah menjadi santapan tahunan kepada nusantara Melayu. Masa belajar dulu kala... ingatkan udara kelabu tu kabus. Almaklum kali pertama berlaku. Masih ku ingat lagi... masa kat belajar kat institut, semua penuntut wajib berjoging keliling laluan pada masa Pendidikan Jasmani. Biasanya kewajipan itu amat tidak disukai oleh sebilangan penuntut termasuk akak.

Yalah kan... selepas berlari2 tu jadi berpeluh berkeringat. Berminyak-minyak... abis bedak kat muka oi. Kan sudah tak cun lagi mak cun. Lepas tu kena tukar pakaian formal pulak. Leceh lagi melecehkan. Tak tahulah ada ke tidak lagi acara joging2 tu. Waktu tu bukan nak kira tentang nak menyihatkan badan dan minda sangat. Yang penting wajah menten ayu....LOL...hahah

Berbalik kepada jerubu tu... masa tu jerebu sangat2 lah tebal. Penglihatan seperti kurang kuasa. Objek lebih dari 5 meter sudah hilang. Wowwww... suka sangat tak sedar bahaya ke apa. Apa lagi masing2nya tercegat saja membatukan diri. Nak ambik kesempatan lah kononnya... dan memang misi berjayalah hari tu. Gagaga...

I
Pengumuman penting... semua sekolah di Semenanjung diarahkan ditutup kecuali negeri Cik Siti Wan Kembe demi kesihatan murid. Bagus sangat. Sukalah tue...
Walaupun bercuti, para ibu bapa kena ambil langkah proaktif dengan melakukan pemantauan serta hadkan aktiviti luar rumah anak2. Yalah budak2... kalau perlu pakai topeng muka. Topeng ultraman atau watak2 kartun tu pon boleh jugak....

Saturday, 3 October 2015

Rumah Kita Gaya Hidup Kita, Rasional Rumah Bersepah...

Sehari dua ni akak ada mood nak beresihkan rumah. Alaa... sekadar menyapu dan lipat kain jer pun. Lagiannya rumah ni tak ramai ahli... kiranya pembuat sepah tu kecil saja peratusnya.

Kebetulannya kelmarin ada saudara yang datang. Apalagi memuji2 lah dia. BerSIHHhnya rumahh. Ehemmm hem. Dan memang tak dinafikanlah.... hihi.

Tapi kan perlukah rumah kita menjadi terlalu teratur setiap masa. Pada akulah.... hmm dengar ya nak keluarkan teori yang berpaksikan pada keberatan tulang ni dan jugak dalam konteks aku; Rumah bukan galeri hiasan atau pameran untuk dipandang cantik sahaja... (Ramai yang mencebik dan tak setuju ni... jangan mare neh)
Biarkan anak2 gembira di dalam rumah. Bersepah dan berkecah adalah normal. Gambar di atas tak ada motip. Sekadar hiasan.

Rumah adalah kehidupan yang memberi kebebasan kepada ahlinya bernafas dan bergerak bagi menjana idea dan kreativiti. Cuba bayangkan perasaan ketika kita mengunjungi rak jualan kaca di pasar raya. Pecah dikira bayar tuuu.... huh! Memang tahan nafas sentiasakan.

Cuba bayangkan juga perasaan anda ketika berkunjung ke rumah teman2 yang rumah mereka ibarat dalam majalah tu. Seronok? Hmm tentunya selepas menghayati kecantikan dan keindahan susun atur dan hiasannya, maka kita terasa nak cepat2 beredar apatah lagi kalau membawa anak2 kecil... tentu berjela2 peraturan dan denda akan kita bentangkan sebelum turun dari kereta. Betul tak??

Yeaaay... rumusannya kita bolehlah bermalas-malasan saja demi kelangsungan sifat malas kita tu ek. Hehe...ingat kita tak mahu hidup dalam tempat pelupusan sampah, kan? Okay... katakan ruang tamu tu wajib sentiasa bersedia untuk menerima tetamu pada bila2 masa. Tapi ruang keluarga dan dapur tu logiknya kalau bersepah saja kerana memang di situ tempat aktiviti keluarga.

Hihi... apa yang aku nak luahkan sebenarnya ni ek. Apapun kepada surirumah yang boleh mendisiplinkan ahli rumah agar sentiasa memastikan rumah tangga sentiasa bersih dan teratur adalah yang terbaik. Cayalah.

Friday, 2 October 2015

Mi Rebus Terengganu Sekali...

Mi ke mee?? Aisehh mana ejaan yang betul ek... menurut teman2 yang jadi cikgu tu ejaannya mi. Rujuk kamus pun mi jugak. Mee tu dalam bahasa Inggeris ye. Hehe kena biasakan yang betul. Bukan apa senanglah nak menjawab kalau anak-anak cuba mengetest emaknya wei...

Hari tak ada mood nak masak hebat2... hmm...bila masa akak masa hebat tuuu. Rasa nak masak yang simper tapi senestinya yang berkhasiat dan lazat. Meh tengok resepi Mi Rebus Ganu ni.


Hidangan 3 orang yang makan banyak.
Mi kuning
Seketul daging korban (hahaha...ala yang banyak peti sejuk tu musim ni )
5 ulas bawang putih diketuk
Lada hitam diketuk jugak
2 pohon sayur sawi yang lebat
3 biji telur ayam
1 kiub ayam
Cili
Limau nipis

Cara dan kaedah
1. Tumis bawang putih hingga perang.
2. Masukkan lada hitam dan daging
3. Renih hingga empuk.
4. Tambah air secukupnya. Bila mendidih bubuh telur satu demi satu. Kecilkan api supaya telur tidak pecah.
5. Masukkan kiub ayam, batang sawi.
6. Apabila mendidih masukkan mi, daun sawi dan cili.
7. Perasakan dengan garam dan gula.



Taraa... sedap weh. Akak terlebih rajin hari ni. Buat lada jeruk. Lada tu bukan tanam pun... biji2 lada kering yang dibuang tu sudah membalas jasa akak yang rajin menyiram. Murah rezeki.

Cara buat lada jeruk:
1. Lada hijau segar dibasuh dan dipotong serta dikeringkan (akak lapkan dengan tisu dapur jer...)
2. Bubuh dalam bekas kering.
3. Bubuh cuka, gula dan garam.
4. Simpan beberapa jam di luar.
5. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
Enak dimakan dengan mi goreng...mi rebus. Megi lagi laa....





Tuesday, 29 September 2015

Akhirnya Hajatku Tercapai

Lama sudah aku mengusha2 mixer nih. Kalau yang berkenan tu regenya waduhai lah... tak sesuai langsung dengan akak yang membaking sekali sekala je ni. Nak kata hari raya terhidang kek tersedap buatan tangan sendiri tu teramatlah tidaknya. Malu aa sebabnya tak semengah akan kejadiannya. Intro melalut.

Selama ni buat kek tu pakai hand mixer cap ayam yang dibeli berbelas2 tahun dahulu. Itu pun mampu beli sebab bayar ansur RM10 sebulan. Harga 120.00. Hihi... baguskan peniaga yang berbaik hati membantu rakan2 membeli barang idaman hati.

Memang kalau kat kampung2 biasanya ada seorang toke (biasanya wanita gigih yang kukagumi)... kalau ada saper2 yang nak beli apa-apa jer seperti perabot rumah... barang ekektrik ke... cakap ajer nanti dia akan tolong belikan. Bayarannya secara bulanan dengan harga jual yang mampu milik. Hatta emas pon boleh a.

Dan memang nak mengaku... akak pon sempat beli almari dan seutas rantai emas dengan skim ini. Memang berbaloi2. Hihi.

Hari ni aboh boleh kutu... sikit jer pon. Maka aku sebagai isteri yang tidak menuntut lebih dengan rendah hati mintak sebahagian kecil untuk belikan aku stand mixer yang paling murah ni. Konon sebagai kenangan kutu beliau. Kutu akak yang lebih banyak daripada dia tak pula kubelikan kenangan. Satu satu ditarik... habis, tanpa beri kesempatan untuk aboh mengeceknya langsung.

 Nilah dia hasil kelicikanku mengecek. Harga di kotak RM159... dapat RM140. Kalau beli online RM139. Ingat ada diskaun lebih. Hampeh.
 Tak sabau nak buat cake yang lazat lagi menjadi. Wahhh... anak manja tu kata; takkan nak buat kek red velvet sokmo. Aik... ikut suka ai la kan. Lagipun kek rv tu senang cover kelazatannya dengan cream cheese tu.
 Mixer tu boleh ditanggalkan jadi penanggal pada bila2 masa. Jadinya awaslah terutama masa wat kerja malam2 sorang-sorang pulak tuuu.
Ciri 5 kelajuan. Tukar gear saja. Segak juga berbaju hijau walaupun i like merahhh. Ni saja kaler yang ada weh.

Hingga saat ini aku konpius nak buat kek apa yang lazat berkrim... lembab dan senanggg sangat. Bestnya tengok orang yang pandai dan rajin buat kek yang sedap dan cantik. Jelezz.

Friday, 18 September 2015

Jampi Serapah Malam Minggu... haha

Assalamualaikum salam sejahtera kepada seluruh umat Muhammad saw. Rindunya nak mencoret sesuatu tapi hado tak ada idea meski macam2 benda berlaku tapi tak semuanya sesuai. Tak lama lagi nak sambut raya haji pulak. Oh ya salam takziah kepada mangsa2 kren terbalik di Tanah Suci Mekah. Sesungguhnya ajal maut tak tercepat atau terlambat walau sesaat. Semoga roh mereka dirahmati Allah. Matinya di tempat idaman semua muslimin. Dengarnya Raja Arab Saudi perintahkan agar keluarga mangsa diberi wang 1 juta Riyal. Hmmm...

Hari ni due date bayar kereta. Jarang benarlah aku melunaskan hutang hingga ke saat akhir. Ini tak boleh jadi... sibuk ke tak mesti mengadap mesin cash deposit tu. Kalau sudah melepasi tarikh akhir tu semestinya aku mesti membayar 2 bulan sekaligus. Jika tidak dikira ada tunggakan. Susah o kalau2 berhajat nak buat pinjaman ke apa...hihi. Ada hati nak tambah hutang nampak.

Justeru, malam semalam aku dan semestinya segerombolan ke bandor semata2nya. Nasib baiklah mesin tu tak banyak songeh... biasanya beberapa kalilah kena tukar not yang direjek. Tak kira lagi dengan notis mesra rakyat out of servis tu.

 Singgah Mydin kejap untuk penuhkan ruang parking. Sambil2 tu bolehlah budak yang tak berapa budak tu main buai laju-laju sampai negeri China.
 Cantik juga view dari sini. Tulisan doa rakyat Ganu jelas. Amin.
Macam biasa kenderaan tak pernah putus macam air dicincang gitu. Wah wah... Nampak hebat dan cekap je pemandu2 ni. Alaa kalau aku kat situ pun hebat gak la kan. Hahaha...

Selamat bercuti anak2 sekolah dan cikgu2nya.