Friday, 20 April 2012

Celoteh Seorang Teman yang Pergi

Aku kenal dia nih semasa aku menghadiri kursus2. Selalu jumpa menyebabkan dia baik denganku. Pada suatu hari, aku bertemu dia lagi. Peliknya....

dia beritahu bahawa dia sengaja turun ke kawasan rumah aku untuk turn kereta. Padahal banyak lagi kawasan yang lapang. Tapi, beria2 sungguh dia memuji tentang pagar rumah aku yang didakwanya sangat cantik dan kreatif... penuh mulut dia memuji2 hinggakan aku naik heran tersangat.... apa yang cantiknya?? biasak jer... naik malu lah pulak. Kot2 dia tersalah rumah? tapi takkan lah sebab dia kenal rumah aku. ayo yo kawan!!

Cerita tu habis di situ, tak der lah  aku naik kembang kuncup dek pujiannya itu. Aku anggap dia terlebih2 bergurau sebab lama tak jumpa aku yang baik ning.... he.



bila berkisah tentang pagar,maka
mengingatkan aku kepadanya. 


Dalam seminggu lebih kemudian, aku dengar satu berita mengejutkan, menyebabkan aku terkedu.

Ya Allah, dia telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya semasa pulang daripada menghantar anaknya ke sekolah asrama. Innalillahi wainna ilaihirajiuun... ku hadiahkan al-Fatihah buatmu teman.

Berjumpa tak selalu, tapi pabila berjumpa umpama kenal seribu tahun.




Bersahabat Dengan Puteri Bunian

Sekarang ni televisyen selalu mengupas tentang alam mistik. Asyik2 certia hantu, pocong dan aneka hantu buatan manusia lagi. Hinggakan anak2 pon dah tak heran tentang hantu2 lagi. Aku pon tumpang sekaki untuk mensensasikan tentang makhluk halus nih. He..

Sebenarnya, isu niss sukar untuk dibuktikan. Aku pernah kenal dengan sesorang yang mendakwa didampingi puteri bunian. Akhirnya dia jadi bomoh, mengubat orang yang terkena sihir. Pabila dimasuki bunian, dia tiba2 bercakap dialek Indonesia sambil mata tertutup rapat.

Pun aku tak pernah menengok dia berbomoh pawang tuh... yang pastinya di rumahnya ada satu bilik yang bertabir, berlangsir dan bercadarkan kain kuning.... cam biasak kita tonton dalam drama melayu tuh.

Hubungan silaturahim mereka punya lah baik persahabatan sehingga sang bunian itu dibawa ke mana-mana. Ke kedai makan pun ada... mesti sediakan kerusi kosong untuknya.

Diceritakan jugak yang puteri bunian tuss siap minta resepi untuk membuat pulut kuning. Ajaibnya, bunian itu menghantar jugak pulut kuning untuk dirasai sahabatnya itu. Macam mana dia hantar tuh??? heh... gini, tanpa dimaklum...  tiber2 aje pulut kuning tu ada dalam bilik, siap atas dulang par lagik... Ironinya, aku juga sempat merasa barang secubit. Panas2 lagi... rasanya? boleh tahan tapi kurang lemak sikit. Bagus ah si bunian tu, tahu jaga kesihatannn.




Selalin tu, mereka juga saling memberi dan menerima hadiah. Pada musim durian, rakan manusia kirimkan durian. Dibalas oleh sang bunian dengan pelbagai batu permata.

Masa berlalu, kini kenalanku itu tidak lagi didampingi bunian. Apa sebabnya, aku tak tahu. Mungkin dibuang, atau mungkin si bunian dah jumpa sahabat baru yang lebih ganteng... Allahuallam.


Wednesday, 18 April 2012

Lari Ikut Mat Indon

Petang tadi aku dapat berita... tentang seseorang yang aku kenal. Dikatakan dia melarikan diri bersama mat indon. Entah kerana cinta atau terkena mentera mandrem pelbagai. Kasihan. Sepanjang yang aku kenal dia orang baik2. 

Sebenarnya dia baru kematian suami. Dalam usia muda dia hilang tempat berlindung. Dia keluar rumah sehelai sepinggang, dengan membawa segala buku akaun yang mengandungi wang kwsp, socso dan aneka macam lagi sementelah arwah suami meninggal. Aduhai anak...

Tinggallah si ibu tua yang bersedih siang malam mengenangkan sikap anak yang tiba2 berubah sikap...

Sabarlah mak cik, semoga Allah pulangkan dia walau sebagai mana pun dia.




Tuesday, 17 April 2012

Landskap : Pokok Menjalar di Dinding Rumah

Masa aku jalan2 tadi ternampak sebuah rumah yang menarik. Lokasinya di tepi jalan besar tapi kewujudannya jarang diperasankan orang. Aku sendiri kengkadang nampak kenkadang tidakk.  Ngaper pulak? ... sebabnya dari pagar, laman dan dinding rumahnya dipenuhi pokok2 nan menghijau. Orang panggil seni apa yek? lupa pulaks aku. 

Sebenarnya aku pernah terbaca tentang landskap yang menanam pokok hiasan hingga memenuhi permukaan dinding rumah. Cantik ah... mesti sejuk dan nyaman cuaca dalam rumah. Saper eks empunya badan yang kreatif itu??

Pabila melewati rumah itu, aku selalu teringin nak snap gambar... tapi memandangkan duduknya selepas lampu isyarat so tak pernah berpeluang lagi. Nanti ah, suatu hari nak jugak aku berhenti di situ. nak berkenalan sekali ah... sementara tuss, mari tengok halaman orang deh...



creeper Ficus pumila rupanya...  gambar dari tenet..

Friday, 6 April 2012

Restoran Pilihan: Hebat Nama daripada Rasa

Lama aku tak mencurah rasa di sini. Dua tiga hari niss aku agak bezi. Lagipon tak berapa nak sihat. Biasak lah cik selema datanglah mengendeng dalam cuaca hujan panas gini.

Lepas Jumaat, aku sefamili meronda cari kedai makan. Sebenarnya aku jarang makan luar... sesekali keluar tuh, pastilah cari kedai yang sodap menunya. Alih2 tertutup rapatlah pulak. Alahai.... so, carik2 lah kedai makan yang lain untuk mengisi perut. Hah... ada satu kedai yang unik dan cantik. Hmm... mesti masakannya setanding ciri2 kedai kan?

Hiasan dalaman menarik. Ala2 sentuhan bali lah sikit, aku tak reti tentang konsep2 ni sebenornya. Asal ada direntangkan kain batik jawa keranda itulah Bali?? he.. sementara tuh, mata melilau ke atas ke bawah. Ada kain rentang yang restoran ni dirasmikan oleh sorang exco. Wah-wah... ariwah tentu kesedapan melampau2 tuih.

Oder lah ikan bakar, nasi goreng dan sup. Lamanya masak berejam... tentulah sodap.

Dalam dok melangutt tuh, berteka-tekilah jugak dalam hati... mana pelanggan lain eh. Tengok parking daripada hanya kereta buruk aku kini penuh. Heran oh heran.

Ha..ha dah sampai pesanan kami. ???

Pada aku dari semua aspek markah 2/10. Memandangkan aku tak bawa telefon atau kamera, so tak dapatlah aku membuktikan apa2...