Sunday 21 August 2016

Ye dok ni...

Kelmarin ada aktiviti yang dijalankan hasil kolaborasi J3K dan Pejabat Kesihatan Daerah. Sebab kawan yang ajak... maka aku bersetuju untuk meramaikan majelis. Lagipun hari Sabtu memang free. Kalau ada aktiviti pon sekadar melewa-lewa di pasar saja. Justeru aku ada hal... maka aku titipkan oder kepada encik kamal saja lah. Beliau ok jer sebab bab2 ikan dan sayur dia sangat eksepek. Hihi...


Disebab dalam program tu ada dibuat pemeriksaan kesihatan PERCUMA maka aku pon tumpang sekaki. Kompiden jee sihat walafiat akak ni wei.

Pertama timbang dan ukur tinggi. Hmm tinggi sama jer maksudnya belum membongkok lagi. Hehe... tapi berat memang berat la sesuai namanya pon timbang berat bukannya timbang ringan. Haha... onar.

Ambik darah untuk tes betis dia. Hmm normal lagi. Bangga la... lagi tes tekanan darah. Ok... lepas ni akak pergi ke petugas baju hitam tu untuk kaunseling sikit. Ngeh2... sudah tak leh bangga doh. 151 per 80. Ooo sikit jer tinggi yang atas. Bawah nornal. Okay la ni sebab pagi ni akak sudah sangat aktif sebelum berkejar ke sini. Justeru aku disaran untuk pergi ambik ujian dua kali lagi untuk pastikan sama ada ada darah tinggi atau tidak. Hehe... tengoklah kalau ai rajin (kataku dalam hati).

Malam ni apalagi akak menggugel saja cari maklumat tentang hipertensi. Oh memang hyper lah. Tak boleh dibiarkan ni. Cari lagi cara-cara menurunkan darah tinggi secara alami. Antara yang akak berkenan sebab mudah dan murah ialah...
i. Minum jus tomato setiap... tiada langsung kesan sampingan
ii. Minum jus pegaga pon tiada kesan sampingan
iii. Bersenam 30 minit sehari... sukar ni
iv. Cat dinding dengan warna sejuk. Ni nak kena buat segera sebab dinding rumah akak gabungan merah dan kuning. Suka warna ni sebab memberi tenaga tetapi dikatakan dapat menaikkan suhu badan. Logik gak ni.
v. Berkebun dan merawat pokok... memang hobi tapi semenjak dua menjak ni agak terabai segala tanam tanaman itu sebab malas. Tapi insya-Allah mulai esok, mak akan kembali ke tanah jua untuk membelai pokok2 ituw. Hihi.
vi. Tidur cukup.

Sekian. Selamat menormalkan tekanan darah kita. Selamat malam...

No comments: