Friday 19 August 2016

Assalamualaikum Kak Ni...

Selamat Sejahtera kepada Kak Ni... kakar ipar kesayanganku. Walaupon dia kaki cerewet tapi dia sangat rapat dengan aku. Begitu juga anak-anakku yang selalu teringat untuk pergi berkunjung ke rumahnya.

Semenjak akhir2 ni, kesihatannya menurun. Bermula dengan demam-demam dan hilang selera makan... berat badannya menyusut sehingga separuh timbangannya hilang. Huhu...

Sudah banyak klinik dijelajahi dari klinik kerajaan hingga swasta namun demam tak sembuh jua. Kesian sangat tengok dia.

Akhirnya dia tergerak hati untuk dapatkan rawatan di hospital. Malam pergi terus ditahan. Esoknya dibawa ke Hospital TAA Kuantan untuk diambil air tulang belakang sebab suspek leukimia. Ya Allah... semoga bukan dia.

Namun takdir sudah tertulis... dia disahkan barah darah tu. Subhanallah kak. Banyakkan bersabar... redha dengan ketentuan Ilahi. Justeru, dia ditahan di HTAA untuk rawatan kimoterapi di sana memandangkan di Terengganu tiada rawatan bagi kes itu.

Aku hanya mampu berdoa... setiap hari kutitipkan al-Fatihah khas untuknya di samping ahli keluargaku serta muslimin dan muslimat. Kebetulan jarak tempat kerjaku ini sangat ngam-ngam, sehabis hadiahkan Penghulu Surah itu aku akan sampai. Semoga orang lain juga bermurah hati menyelitkan namaku dalam doa mereka. Sob... sob.

Ya Allah... Kau ampunilah kami... kasihanilah kami yang tidak berdaya ini.

19 Ogos 2016
1.33 pagi.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum kak ani...
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Semoga bahagialah engkau di sana mengadap Ilahi.
Sayang kak ani.
Jumaat 7 Ramadan=2 Jun 2017.

che dai said...

30 Januari 2019
Adik kak Ani pulok menyertaimu...
Ahmad Kamal kekasihku...teman hidupku.
Al-Fatihah buat suamiku...hafizku.