Sunday 12 June 2016

Jahit Baju Tak Raya

Memang nostalgik sangat mesin jahit mudah alih nii. Kubeli masa abang Tahun 3 maknanya hampir sebelas tahun lepas. Motip beli bukannya nak ambik upah jahit tapi sebab nak jahit baju raya anak-anak yang masih kecik... berjimat lagi... hehe... memang best apabila tengok anak pakai baju jahitan sendiri. Bangga dan syok sendiri. Anak pulak tak tau kot suka ke tidak dengan hasil keras tangan yang indah nian di hatiku itu. Ngeh ngeh... Oh ya, rege mesin ni RM600 tahun 2005. Banyak jasa ni walau itulah tahun terakhir jahit baju raya anak sendiri. Memang sudah diniat dengan nekad, apabila abang Tahun 4 aku sudah mahu bersara. Sebenarnya alkisah sebaliknya akan kejadian terpaksa jahit baju raya sendiri adalah kerana aku suomi isteri melengah-lengahkan membeli kain untuk buat baju Melayu. Bahananya... malam raya duk menggatih dan menghogeh mesin. Orang lain sibuk bergumbira ketika anak bulan nampak, aku?? Serik... serik ooo.

Sebenarnya kain ni sudah dipotong beberapa bulan lepas. Saja asah semula talent nan hebat dan yang utamanya boleh jimat belanja. Yalah pasal duit muit ni kena kedekut tahap gaban. Muah haha... dua pasang sudah selamat diperlusuhkan oleh anak dara tu secara giat di asrama. Tinggal selai ni yang tertangguh2 nak siapkan. Tapi tak per lah kan... apa kata dipakai pada hari raya nan mulia nanti. Ok kak?...

Disember 2015 lepas rupanya operasi memotong kain yang dilaksanakan dengan jayanya oleh tuan punya baju. Memang berbakat besar dia... dengan tunjuk ajar yang tak cukup kredit tu kakak sudah boleh menggunting baju kurung. Nanti-nanti ambik kelas secara formal ye. Model di atas tu macam biasa, tak ending drama kalau tak ada dia mengenterprem.




Masih stedi lagi aku menjahit rupanya. Masih ada gaya tukang propesiotnal tu....muahahaha tapi tak dan jugak nak siapkan sebab tak ada kain reja untuk dibuat pinggang. Mungkin aku sudah buang... ingat-ingat lupa ni almaklum sudah lama terperap buat semak dalam rumah tangga. Tak pe anak ooo, kita matching dengan kain perca yang lain. Alaah siapa yang tahu kan kalau dari luar nampak pro jerrr... ahter.

No comments: