Saturday 23 May 2015

Liburan di Semarak Bayu Resort

Tempat ni memang best untuk berehat2 dan refresh minda setelah penattt bekerja. Dari aspek bintang tak tahulah nak beri berapa butirnya tapi yang pasti bintang-bintang di langit sangat jelas dari sini.

Resortnya dinamakan mengikut daerah di Terengganu. Sudah 2 kali aku termenginap di Hulu Terengganu. Bangunannya agak uzur tapi masih sesuai. Yang penting pantainya landai sangat best bermandi manda bersama anak-anak. Mak dan bapak anak pon sama naiknya. Insya-Allah selamat.
 Pandangan indah dari bilik. Bilik seaview berharga RM80. Ternyata berbaloi2... kalau nak saksikan matahari jatuh boleh dilihat dari rumahku. Huhu.
 Bercanda di pasiran pantai. Aman damai...
Nun di seberang adalah Pulau Kapas. 15 minit jer dari jeti Marang kalau nak ke sana. Jomm...

Sunday 3 May 2015

Meng eye letkan Langsir

Tajuk bunyi macam aneh. Seram pun mungkin. Hari ni mood kurang agaknya. Serba yang dibuat ada jer tak kena. Pegang jatuh... tersandung... terluka...dan macam2 lagi. Tapi kan... dalam serba tak kena tu akak jahit langsir yu... eye let. Chewaahh...
 Mula2 mintak tolong tukang jahit baju aka sis  jahitkan langsir bahagian lurus dan tape mengetape tu. Sebab sis kata nak belajar buat eyelet. Pulax? Ngeh ngeh sudah ada anak murid akak ni yer.
 Pas tu tengok aksi artistik pelakon tambahan.
 Ni mesti ada ya puan tuan. Cincin2 tu la bikin mata langsir terbuka sokmo. Ha... ukur betul2 nanti senget benget pulak. Kalau tak berapa mahir tu ( ngeh2)... sila beli tape yang dah berlubang. Akak dulu pon guna tape itu buat kali firstnya. Kini kiranya nak advance sikit la. Mengada2...
 Bahagian sukar dan sulit akak ada pembantu peribadi. Terima kasih laling. Kalau laling tak ada memang tak siap2 langsir ni sebab lalingkan air lebih sabar, tenang dan kreatip berbanding aku yang made in fire... hihi alasan.
Sebelum pasangkan kat pintu, kenalah gosokkan jugak supaya terserlah kejelitaan dan kemenjadian kraftangan kita tu. Dan yang paling penting jahitan kita yang tak semengah tu dapat disembunyikan. Mula2 tu sistematik lah... semua bahagian kain tak dapat lari dari kepanasan sterikaku hitu. Tapi helaian kedua ketiga keempat tu... sori le... mengelat aku.

Sebenarnya dua aktiviti yang akak suka buat tapi akan mendownkan perasaan pada hari nan ceria iaitu; Pertamanya... menjahit. Keduanya pulak membuat biskut raya. Sudah tahu ngaper nak dibuat juga eee... sebabnya upah jahit langsir amat mahal bagiku. Bukan susah sangat pun cuma jahit lurusss memanjang. Adeii... sedap mulut. Jahit lurus yang nampak senang tu lah sebenarnya menjerut hati dik oii.

Tapi janganlah pulak teman2 dan adik2 ingatkan akak nak buat tutorial buat langsir eyelet. Maklum diingat buat langsir jenis ni sebenarnya senang jugaklah tapi memandangkan kerja kreatip-tip ni berlangsung empat lima tahun sekali, makanya tension mencanaklah... sabor... sabor.
Taraaa... tunggu laling panjat tangga tuk gantungkan. Bukan tidak mampu kubuat sendiri, tapi beri penghormatan kepada beliau untuk merasmikan. Hehe.


Ginilah gayanya...


Sekitar Bandaraya Kuching Sarawak Part 2

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kami disambut oleh pemandu van yang kami tempah melalui internet. Memang mudah... tapi kena berhati2 lah kan.
Menyusur kamek di Water Front.
 Kedai Kek Lapis Mira antara yang popular. Sedap.
Mestilah lapor diri kat sini kalau datang Kuching. Dulu aku datang pon kucing2 ni duduk di sini. Bagus tak reti merayau2...
 Gambar snap dari atas bot. Konon nak naik krus tapi sekali tambang mahal RM60 hinggit terus masing2 ligat jer cari altenatif. Akhirnya naik bot penambang ni RM8 seorang. Krus jugak namanya... Hornbill River Cruise. Cukuplah kan...
Cantik sangat viewnya tatkala senja menjelang. Sinikan waktunya lebih awal.


Berambeh Sarawak Part 1

Perancangan nak berambeh ni berlaku dalam sebulan ni. Tapi tiket beli agak terlewat sikit sebab melibatkan ramai geng seangkatan. Maksudnya beli tiket apabila peserta membayar. Jadinya yang awal tu kiranya menopup yang kendian. Yalah... sudah slogan Jata Negara bersekutu bertambah mutu. Justeru berat sama dipikul...
Ada yang baru pertama kali naik flight dan ada yang sudah ke sekian kali. Namun keterujaannya sama jer. Selagi belum masa terbang, selagi itu tak berhenti2 ke kedai dan pasar raya membeli kelengkapan. Bukan apa segala set mestilah baharu semuanya barulah komplit dan damai perasaan ini. Hihi.

Malam terakhirnya aku yang menguruskan tiket ni berkali-kali mengira jumlah boding pas. Almaklum pertama kali menguruskan penumpang selain keluarga. Naya kalau2 ada yang tertinggal.

Esoknya seawal 5.30 pagi sudah sampai rakanku yang ingin menumpang ke airport. Nasib baik cik abe sudi pergi lewat ke tempat kerja demi menghantar aku. Terima kasih laling. Empat hari lagi kita jumpa.