Sunday 3 May 2015

Meng eye letkan Langsir

Tajuk bunyi macam aneh. Seram pun mungkin. Hari ni mood kurang agaknya. Serba yang dibuat ada jer tak kena. Pegang jatuh... tersandung... terluka...dan macam2 lagi. Tapi kan... dalam serba tak kena tu akak jahit langsir yu... eye let. Chewaahh...
 Mula2 mintak tolong tukang jahit baju aka sis  jahitkan langsir bahagian lurus dan tape mengetape tu. Sebab sis kata nak belajar buat eyelet. Pulax? Ngeh ngeh sudah ada anak murid akak ni yer.
 Pas tu tengok aksi artistik pelakon tambahan.
 Ni mesti ada ya puan tuan. Cincin2 tu la bikin mata langsir terbuka sokmo. Ha... ukur betul2 nanti senget benget pulak. Kalau tak berapa mahir tu ( ngeh2)... sila beli tape yang dah berlubang. Akak dulu pon guna tape itu buat kali firstnya. Kini kiranya nak advance sikit la. Mengada2...
 Bahagian sukar dan sulit akak ada pembantu peribadi. Terima kasih laling. Kalau laling tak ada memang tak siap2 langsir ni sebab lalingkan air lebih sabar, tenang dan kreatip berbanding aku yang made in fire... hihi alasan.
Sebelum pasangkan kat pintu, kenalah gosokkan jugak supaya terserlah kejelitaan dan kemenjadian kraftangan kita tu. Dan yang paling penting jahitan kita yang tak semengah tu dapat disembunyikan. Mula2 tu sistematik lah... semua bahagian kain tak dapat lari dari kepanasan sterikaku hitu. Tapi helaian kedua ketiga keempat tu... sori le... mengelat aku.

Sebenarnya dua aktiviti yang akak suka buat tapi akan mendownkan perasaan pada hari nan ceria iaitu; Pertamanya... menjahit. Keduanya pulak membuat biskut raya. Sudah tahu ngaper nak dibuat juga eee... sebabnya upah jahit langsir amat mahal bagiku. Bukan susah sangat pun cuma jahit lurusss memanjang. Adeii... sedap mulut. Jahit lurus yang nampak senang tu lah sebenarnya menjerut hati dik oii.

Tapi janganlah pulak teman2 dan adik2 ingatkan akak nak buat tutorial buat langsir eyelet. Maklum diingat buat langsir jenis ni sebenarnya senang jugaklah tapi memandangkan kerja kreatip-tip ni berlangsung empat lima tahun sekali, makanya tension mencanaklah... sabor... sabor.
Taraaa... tunggu laling panjat tangga tuk gantungkan. Bukan tidak mampu kubuat sendiri, tapi beri penghormatan kepada beliau untuk merasmikan. Hehe.


Ginilah gayanya...


No comments: