Thursday 22 January 2015

Red Velvet Memang Sedap

Akak tak boleh tulis resepi penuh sebab ambik resepi dari macam2 sumber. Cari yang paling simper. Tak ikut sepenuhnya sebab nak cepat...baking sebab tensyen kerja banyak. Jadinya sangat tidak bertatatertib....

Pukul 100g mentega dengan 2 cawan gula kastor. Pukul betul2 hingga putih.
Ayak 3 cawan tepung naik sendiri bersama 1 sudu teh soda bikarbonat dan setengah cawan koko van hoten lah.
Ni dua cawan susu segar campur dua sudu besar pewarna merah. Macam nak bancuh serap lah. Jangan tinggal merata nanti habis diteguk anak2...hihi. Setelah mentega dan gula sebati ...masukkan telur persatu sebanyak 3 biji. Kendian masukkan tepung sedikit berselang dengan sirap tu. Buat hingga habis. Sementara tu bancuh satu sudu soda dengan 2 sudu makan cuka. Masukkan bancuhan tak tahu motip tu ke dalam bancuhan. Kacau2... sementara tu panaskan oven selama 15 minit 160 darjah c api atas bawah. Gitu...
Dalam resepi suruh bakar selama 45 minit. Tapi akak bantai 1jam lebih sebab kita yang kenal cik  oven kita kan. Ataupun perati2 kan saja dengan mata tengok sudah masak ke belum. Wah perasan terer ko...
Apabila kek masak...sejukkan kemudian di belah di tengah2 jadi 2 lapisan. Akak potong dua sebab loyangnya memanjang segi 4 tepat. Satu versi akak buat krim meleleh ikut respi krim meleleh yang diberi orang. Sebelah lagi versi biasa. Bagus...boleh rasa kedua2 versi. Tapi akak suka versi krim seketul terletak bukannya yang tangkap leleh. Lain orang lain tekak.
Seketul cream cheese dimix bersama setengah tin susu manis. Bubuh setengah cawan whipping krim. Mix hingga ringan. Sedap bangat ni. Apabila kek sejuk, sila sapukan night krim ni sesuka hati pada wajah kek. Simpan dalam peti sejuk barang sejam dua.

Bagi akak...masa nak makan tu biarkan ke suhu bilik dulu...uuuuhh sedapnya kek ni. Serius. Pagi esoknya kupotong2 kek ini dan bawa ke tempat kerja. Saja2 nak tengok respon kengkawan yang memang suka makan. Reaksi? memang deboom la.

Tapi hai...buat kek ni agak lumayan la modalnya. Pon begitu, berbaloi2 sedap walaupun rupa paras yang aku mekap tak chantiq... tapi puteh memanglah Qu Puteh ...hihi.

No comments: