Sunday, 29 June 2014

Alahai Kisah Ambo...

Aku amat tetsentuh apabila mendengar lagu dikir "Kisah Diri Ambo" oleh Halim Yazid. Ada sedikit sebanyak persamaan dari aspek kemiskinan dan himpitan hidup.
Keluarga aku memang huru-hara masa kecil2 dulu. Ayah ke mana... adik beradik ke mana. Ibu dan ayah berpisah hidup dek kerana jodoh tiada? Faktornya kerana kurang ilmu tentang tanggungjawab kepada keluarga. Beranak pinak sudah fitrah tapi anak isteri diabaikan. Sikap berpeleseran masih seperti bujang-bujangan dulu. Akhirnya cerai... anggaplah tiada jodoh. Habis cerita. Ibu terpaksa membawa anak2nya yang masih kecil yakni aku dan adik. Nasib baik ibu memilih kami. Mungkin kerana simpati kepada kami yang masih kecil... adik berumur dua tahun dan aku lima tahun. Lebih kuranglah. Ish..ish..

Namun setiap yang berlaku ada tersurat dan tersiratnya. Ayah kahwin lagi dan macam biasa beranak pinak. Tapi dalam seramai2 anaknya tiada seorangpun yang habis sekolah. Tak ada kesedaran tentang kepentingan pelajaran.

Berbeza dengan sikap ibu yang bersusah payah menyekolahkan aku dua beradik. Sanggup ikat perut hinggakan keperluan sekolah seperti yuran peperiksaan dilangsaikan. Masa zaman aku dulu nak ambik periksa awam kena bayar tak macam sekarang semuanya percuma. Tak salah aku yuran STPM seratus lebih. Ramai jugak yang terpaksa cikgu kelas yang dulu bayarkan. Syukur dan terima kasih ibu kerana tidak pernah membantutkan laluan persekolahanku.

Bersambung....

Assalamualaikum Ramadan


Tuesday, 17 June 2014

Upin Ipin@ Ajil

Karnival apatah berlangsung dalam suasana low profile hingga orang sekeliling tak berapa sedar. Hari2 aku lalu tempat ini untuk pergi kerja tapi tak ada hati nak singgahpun sebab keberlangsungannya tidak dipromosi. Kalau tak dengar atau aku ketinggalan bas tak tahulah pulak.
Tadi dapat cerita dari teman tentang kehadiran Upin Ipin ke tapak pesta Festival Ajil.... oh itu namanya. Aku pun mengajak adik untuk ke situ. Yalah bukan senang nak senang. Bukan senang nak jumpa mat ipin dan ipin kalau bukan dalam teve kan.

 Mula2 adik malu malu. Orang pun tak ramai lagi. Memang tak ramai pon...
 Ada geng... dalam malu2 menari chicken dance dengan jayanya.
 Selesa sikit nampaknya peminat upin ipin. Dah besar rupanya cucu opah. He.. Bagus jugak kan penganjur beri peluang kepada anak cucu cicit bergumbira. Tang dikir karut tu haku tak berkenan. Tapi tetap ada peminat kan? asal tidak melampau dan mengganggu penduduk sudah. Berehhh boh.
 Dapat hadiah.... cd. Suker la tue. Orang2 kampung ni tak berapa agresif. Sifat malu tebal sangat. Nanti kena kawal sifat malu tu... kena bertempat deh adik cayang.

Karnival Ajil lah... salah lagi. Kepada anak2 peminat kartun cilik UI tu mehla datang malam ni.

Sunday, 15 June 2014

Kasihan Kawanku Ini

Apabila sampai ke rumah selepas menghantar bebudak tu ke asrama masing2, wasapku pun berasap2. Maklumlah aku tidak melanggan internet mobile sebab nak berjimat cermat. Lagipun tak ada sapernya nak mewasap aku secara kencang. Guna wifi kat rumah sudah mencukupi... itupun membayarnya selalu melepasi due date. He.

Rakanku itu menghantar gegambar rumahnya yang berserakan serta bertaburan kerana kena geledah dek seseorang atau beberapa orang. Boleh tahan jugak barang yang hilang. Jiran sebelah tak mendengar apapun malam itu. Ya la... walaupun berjaga tapi tengok bola Piala Donia bukannya bertugas berkawal menjaga kawasan seperti Rukun Terangga. Hmmm... bagus ah ada RT di kawasan kita kan.
Masuk ikut tingkap belakang. Rasanya gambar ni okaylah kan. Maklumlah bilik tidur ni penuh rahasia.

Mereka sekeluarga ke bandar Kuantan untuk shopping raya sambil2 makan hangin. Ye la... cuti sekolah sudah nak tamat. Raya pun sudah menunggu giliran untuk muncul selepas Ramadan.

Alhamdulillah, lengkaplah keperluan anak-anak. Tetapi nak jadi lebih sendunya... dalam kalut2 tu baru terperasan yang satu beg plastik yang berisi baju anak pula tertinggal kat pasar raya agaknya. Katanya dalam RM400 jugak le. Aduhai...

Apapun diharapkan dia bersabar... dan sabar. Semoga Allah berikan yang lebih besar lagi rahmat-Nya. Amin.

Wednesday, 11 June 2014

Legoland dari Kejauhan...hu

Tajuk dah menggambarkan keseluruhan ceriperi kan. Ceri peri tu apa cikgu? Istilah yang mungkin ada tak ada dalam Kamus Dewan. Maksudnya ialah gabungan cerita dan peri. Pernah dengar lagu Burung Tiong ketika masih budak2.
Okay...tarik nafas dan buka mulut. Nyanyi....

Aku burung burung tiong berPERI
Riang di dalam sangkarku ini
Suaraku seperti manusia
Menegur dan memanggil siapa....
Aku burung burung tiong
Sungguh pandai berPERI...

Stop...stop jadi cikgu muzik pulak. Harap faham akan maksud ceriperi tu. He..he.

Lari tajuk nampak. Sudahlah tajuk pun sekadar di pinggiran, banyak merapu merapan pula.

Masih banyak jentera dipaksa bekerja di tengah panas terik ni. Maknanya banyak lagi yang nak dibuat di sini. Kot nak buat hotel pun munasarawak jugak kan.
 Ni hotel Legoland. Tak masuk dari pintu depan sebab parking kereta jauh sangat. Giler nak menapak dengan matahari terpacak atas kepala. Lagipon bukan aku nak masuk pun. Tiket mahal... kalau masuk mahu dekat seribu ranap pitih haqu. Lebih baik aku gunakan duit tu untuk melawat JPO yang dekat ajer dari sini.
Orang lain makan isi... kita tengok kulit pun jadi-jadianlah.
 Biarpun panas suhu dekat2 takat didih... masih ada manusia yang memanaskan punggung main gelungsur. He... dengki sebenarnya.
Uuhh cantiknya. Awan gemawan berpintal menandakan cuaca cukup terik. Sesuai untuk para nelayan turun ke laut mencari rezeki.
Walau sekadar pinggiran namun seronok dapat bergambar kat cap dagang. Lain kali kita masuk kalau ada ofer atau tunggu abang dan kakak kerja dan belanja mak ayah. Terima kasih.