Monday, 31 December 2012

ABC dan Cikgu Sekolah Rendah

Cikgu sekolah rendah hanya tahu ajar A B C.  

Satu pernyataan yang menunjukkan dangkal dan angkuhnya pemikiran manusia itu. 

Huh... sedihnya dengar guru-guru sekolah rendah yang diperlekehkan oleh seseorang yang kononnya mempunyai tinggi ilmu agama. Sebabnya pabila pengikut tegarnya yang bergelar cikgu sekolah rendah telah berpaling arah. Ggrrr.

Macamana agaknya perasaan para cikgu sekolah rendah dan cikgu yang pernah mengajar sekolah rendah sebelum beralih tempat kerja ke sekolah menengah dan ke institut perguruan.

Sebaliknya, aku sangat menyanjung guru-guru. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guruku, guru anak-anakku. Semoga Allah memberkati hidup kalian dunia dan akhirat.

Terima Kasih Guruku

Pagiku cerahku matahari bersinar
Kugendong tas merahku di pundak

Selamat pagi semua
Kunantikan dirimu
di depan kelasmu menantikan kami

Guruku tersayang guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis mengerti banyak hal
Guruku terima kasihku

Nyatanya diriku kadang buatmu marah
Namun segala maaf kau berikan

Terimakasih Guruku

Tahun Baru Tambah Usia Tambah Sabar

Masa pantas berlari, pejam celik dah sampai hujung tahun. Esok 2013. Tambah lagi satu angka pada koleksi usia. Banyak peristiwa manis sepanjang tahun ni. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi.

Sebenarnya hari ni aku sedikit kesibukan, sebabnya esok hari persekolahan bermula. Kena siapkan abang untuk ke asrama dan kena gosok baju awal2 supaya hari esok boleh dimulakan dengan ceria dan awal sampai ke destinasi. Kakak terutamanya, sangat teruja nak pergi ke sekolah menengah meskipon bukan sbp. Yalah kan, semua serba baru... dah besar, nak pakai uniform kain biru laut plus baju kurung putih pulak. Amboi...kakak nampak masak dalam tudung putih. Masak apa?? hanya aku dan dia yang tahu. keh..keh.


aku merepek pada malam tahun baharu... 

Selamat Tahun Baru 2013...
Sempurna sudah azam lama
Cipta azam baru
Moga hidup lebih berkat
Umur baru bukan muda selalu
Banyakkan  buat kebaikan

Selamat Tahun Baru
Selamat Mengundi PRU 13!

*****************
Selamat Hari Lahir, abah.
 

Friday, 28 December 2012

Cepat Suburkan Rezeki Kita

Dah nak habis tahun 2012. Haa... ada satu lagi kewajipan yang belum tertunaikan? yakni tunaikan zakat. Yalah, kalau nak dapatkan refund potongan cukai tu kenalah ambil resit zakat tahun ni kan. Kalau di Terengganu, Majlis Agama buka kaunter 7 hari seminggu bermula 16 Disember lalu. Oh, senanglah sikit nak berkunjung ke sana.

Zakat tu maksudnya bahagian kepunyaan orang lain yang Allah kurniakan melalui kita. Betul? selain itu, pengeluaran zakat umpama membubuh baja pada tanaman. Insya-Allah rezeki kita semakin subur dan bertambah2 tenang hidup kita.

Hmmm, musim2 hujan berpanjangan begini, susah dan sejuk jugak aku nak ke majlis agama. Walau bagaimanapun, kena selesai jugaklah dalam masa dua tiga hari ni. Mudah-mudahan hidup kita beroleh keberkatan selalu... Jom geng2 kita serbu...

Tuesday, 25 December 2012

Ramai Orang Baik2 Rupanya

Hari ni aku ada dua urusan penting. Satu sebelah pagi dan petang. Dua2 agak kusut. Namun alhamdulillah hari ini jugak aku berjumpa dengan dua insan yang sangat baik hati. Justeru, urusanku dipermudahkan dan selesai dengan aman tenteramnya. 

Apabila menerima kebaikan orang lain, selalunya aku sangat insaf dan memuhasabah diri agar lebih bersikap baik...he...

Terima kasih sangat kepada insan2 berkenaan. Allah jua membalasnya.


Monday, 24 December 2012

Ranking SBP PMR 2012

1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.022)  
2. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0237)  
3. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0265)  
4. Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0278)  
5. SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0302)  
6. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.0309)  
7. SBP Integrasi  Gombak (GPS 1.0375))  
8. Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0377)  
9. Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.0408)  
10. Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0434)  
11. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (GPS 1.0499)  
12. Sekolah Menengah Sains Selangor (GPS 1.0538)  
13. Sekolah Seri Puteri (GPS 1.0557)  
14. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.0575)  
15. Sekolah Menengah Sains Tapah (GPS 1.0595)  
16. Sekolah Menengah Sains Kuching (GPS 1.0707)  
17. Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah (GPS 1.0711)  
18. Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (GPS 1.075)  
19. Sekolah Menengah Sains Miri (GPS 1.0772)  
20. Sekolah Menegah Sains Johor (GPS 1.0781)  
21. Sekolah Menengah Sains Machang (GPS 1.0802)  
22. Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (GPS 1.0827)  
23. Sekolah Dato' Abdul Razak (GPS 1.0923)  
24. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (GPS 0983)  
25. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (GPS 1.0989)  
26. SBP Integrasi Sabak Bernam (GPS 1.099)  
27. Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (GPS 1.1006)  
28. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (GPS 1.1062)  
29. Sekolah Menengah Sains Pasir Putih (GPS 1.1104)  
30. Sekolah Menengah Sains Dungun (GPS 1.114)  
31. SBP Integrasi Kubang Pasu (GPS 1.1149)  
32. SM Sains Hulu Terengganu (GPS 1.1194)  
33. SM Sains Sultan Mohamad Jiwa (GPS 1.1209)   
34. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (GPS 1.1221)  
35. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (GPS 1.124)  
36. SM Sains Tuanku Syed Putra (GPS 1.1243)  
37. SBP  Integrasi Rawang (GPS 1.1296)  
38. Sekolah Menengah Sains Sabah (GPS 1.1357)  
39. SBP Integrasi Gopeng (GPS 1.1373)
40. SM Agama Persekutuan Kajang (GPS 1.1376)  
41. SM Agama Persekutuan Labu (GPS 1.1485)  
42. Sekolah Menengah Saisn Teluk Intan (GPS 1.1493)  
43. Sekolah Menengah Sains Labuan (GPS 1.1496)
44. Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (GPS 1.1581)  
45. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (GPS 1.1585)  
46. Sekolah Berasrama Penuh Tun Abdul Razak (GPS 1.171)  
47. SM Sains Sulatan Haji Ahmad Shah (GPS 1.178)  
48. SBP  Integrasi Temerloh (GPS 1.1951)  
49. SBP Integrasi  Selandar (GPS 1.1954)  
50. Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (GPS 1.2491)  
51. SBP Integrasi Batu Rakit (GPS 1.2492)  
52. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (GPS 1.25)  
53. Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (GPS 1.2549)  
54. SBP Integrasi Jempol (GPS 1.2865)