Monday 4 December 2017

Jalan-jalan Orkid Serting N.9

Skul holidaes datang lagi. Hoye hoya lah anak2 sekolah. Mak ayah biasanya sudah merancang percutian untuk menghargai anak yang bertungkus lumus memerah otak sepanjang tahun 2017 ni. Bertungkus lumus kerrr?? Haha. Tapi setahun dua ni che sudah tak merancang2 lagi. Semuanya spontan. 
Sempena abang yang sedang menuntut di Perak tu minta hantarkan lappy so terautomatiknya itulah percutian. Tak merangka terus pergi. Haha... anak2 sudah besar panjang bolehla kan.
Dari Perak teruskan jajahan ke Negeri Sembilan. Wahhh jauh melintas negeri sendiri tu. Dalam 4 jam jugaklah dari Seri Iskandar. Motip? kenal kenal N9 pulak sbb negeri ni tak pernah akak ceroboh secara mendalam, cuma lalu sipi sipi jer. Wahhh best jugak N9 rupanya...
 Cik GPS diset ke Bandar Baru Serting, Jempol sebab di situ ada pesta orkid. Haha semut sentiasa terbau gula. Ada tiga gerai jual okid. Ada yang mahal ada yang murah... tapi kalau cik catleya harga agak tinggi. Murah lagi nurseri di Terengganu tapi jenis2 lain memang murahhh. Best.
 Sangat menarik bentuk rumah tradisional di sini tapi tak sempat bergambar. Rumah ni jadi mangsa che sebab lamannya cantik hijau nan damai jer. Kebanyakan rumah di N9 mempunyai laman yang kemas dan berbunfa2. Suke.
 Cantik sangat kannn
Singgah sini beli itik salai rm41 seekor, daging salai rm30 sepengapit, ijan keli salai rm10 untuk 4 ekor. Beli jangan tak beli. Masuk Kuala Pilah dari Seremban memang banyak gerai2 yg menyalai ayam itik dsb tu. Dap errrm... terbayang2 gulai cili api.
Bajet sehari di N9:
Orkid RM80
Hotel Aurora RM208
Makan RM70
Itik RM41
Daging RM30
Keli RM10
Buah Kundang RM10
Durian Belanda RM10
Petai RM10
Hehe... jimat sehabis jimat. Bye.

No comments: