Tuesday 10 June 2014

Penghujung Benua Asia di Tanjung Piai

Sebenarnya aku ke Johor adalah kerana Tanjung Piai. Apa yang ada kat situ eh hingga aku bersemangat jitu nak habiskan cuti bersama anak2 ke situ. Okay...meh kita buka buku Geografi kejap. Tahukan tentang benua terbesar iaitu Benua Asia. Kita pun sama benua lah.
Lepas tu...penghujung tanah besar Benua Asia terletak di Tanjung Piai, Johor. Oh ye...kalau pelancong luar beria2 nak ke situ, rugilah kalau kita rakyat Malaysia tidak berbangga dengan anugerah Allah itu. Tapi opps... tanah besar yer...bukannya dikira gugusan pulau2 semua tu.
Jom tengok apa yang ada di situ...
Mula2 keluarkan payung NISSAN ni dari plastik...maknanya tak guna lagi lah kan. Bawak sini sebab sediakan payung sebelum hujan. Tapi masa balik payung percuma ni dah jadi arwah. Patah riot dek ribut kuat. Hu..hu.. padan muka aku.
tak payah nak repair lah asbenku... nasib baik ada satu lagi simpan kat rumah. He...
 Sebelum sampai. Oh ye tadi penjaga tu tak benarkan kami masuk sevab cuaca tak elok. Setelah kupujuk2 dan kutanyakan sebab asbab dia pun terangkan. Apapun gerak hatiku kata masih sempat dan insya-Allah akan selamat. Allah selamatkan kami sekeluarga. Tapi masa ku nak sampai masih ada pengunjung yang beransur balik ke pondok.
Bila nampak glob ni maknanya anda dapat TAHNIAH!...yess! Kita dah sampai kat hujung benua dik. Suka ah sikit. Tak dengar ke umi nego dengan penjaga kaunter tadi masa nak masuk sini. Tahniah daripada siapa? daripada kerajaan Johor lah kan.
 Masa sampai memang cuaca kritikal sangat...kilat, angin kuat, ombak dan langit hitam sangat. Cepat2 tangkap gambar...gambar dan gambar sambil takut2. Bagi aku suasana kalut ni menjadikan gambar lagi nampak real. Tu pun pakai telepon ajer.
Hari yang gelap kini makin cerah...aku adikmu dan engkau abang...eh engkau kakak. Nyanyi kumpulan Hujan. Dan memang hujan turun.....cepat lariii...

No comments: