Assalamualaikum,
Terengganu Terus Mengungguli UPSR
Terengganu Terus Mengungguli UPSR
Kerajaan negeri Terengganu hari ni membeli iklan di surat khabar Utusan Malaysia (sisipan) untuk menzahirkan rasa bangga dan penghargaan kepada semua murid yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2011. Tahniah anak-anak yang bijak bestari. Kepada anak-anak yang gagal, masih lagi ada ruang dan peluang untuk memperbaiki kelpaan dahulu. Teruskan usaha ya sayang.
"Terus di Puncak, Tahun ke-11 Berturut-turut"
Itulah pernyataannya. Kerajaan negeri turut mamanjatkan kesyukuran dan terima kasih kepada semua warga pendidik, ibu bapa, murid serta semua pihak yang menyumbang kepada pencapaian cemerlang ini.
Timekasih lah diucapkan kepada kerajaan Terengganu yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Said (TAS). Pada aku memang terserlah kesungguhan kerajaan Teganung kita nih nak mengangkat prestasi dlm pelajaran anak-anak. Mana tidoknya, sudah masuk 4 tahun e-book diberikan kepada semer....aku ulang untuk semer murid Tahun 4 dan 5. Dengan adanya e-book, murid boleh buat pilihan sama ada nak guna buku teks biasa ataupun secara maya. Oh, bertuahnya anak-anak Teganung hari ini. Nak pulak, kalo di sesetengah skolah tu ada akses intenet tanpa wayar, bayang2kan anak-anak kita sentiasa boleh capai maklumat pada bila-bila masa ajer. Oh yeh, setau aku yang murid2 dak leh surf benda-benda lucah yer.........sebab dah ada sekatannya.
Lebih daripada tuh, guru2 Tahun 6 jugak dibekalkan lektop setiap orang. Fuyoo...best tu. Walaupon tidak dinafikan ramai guru sudah ada lektop sendiri, tapi keperihatinan kerajaan amat dihargai. Sekureng-kurengnya, cikgu bolehlah asingkan urusan pribadi dan urusan kerja ye. Baguhh.....kalo diberi netbuk lagi best kan. Dok gitu cikgu??
Pada aku, sewajarnya lah kerajaan berasa begitu terhutang budi kepada semua pihak terlibat, khususnya warga pendidik. Aku peratikan, guru2 sekolah khasnya yg mengajor Tahun 6 sesangat komited kpd murid-murid. Aku dah ada contohnya iaitu Abang. Pada awalnya, dia agak lemah dalam Matematik, tetapi apabila berada di Tahun 6, guru2 amat mberi fokus dan motivasi kepadanya utk berjaya. Kelas tambahan ada pada pagi petang, cuti tak cuti.... benarlah setiap usaha murni ada ganjarannya. Pada saat2 akhir dia boleh menguasai MT dengan baik. Berderailah air mata ibu ini kerana terlalu bersyukur dan bterimakasih kpd guru2nya. Rezaknya??Alhamdulillah dia 5A. Hingga kini dia tetap skor A dlm Matematik. Doa ibu ini agar dia selalu dipermudahkan utk belajar. Amin. Taun ni dia akan ambik PMR pulak.
Begitu jugok utk anak-anak yang lain. Walopun komitmen guru pada tahap maxima, tapi harapnya kita sebagai mak bapak tidak lepas tangan sajer kpd pihak sekolah. Awasi anak2 agar tidak lekakan pelajaran. Tekankan jugak tentang solat dan mengaji Quran utk belens. Ayat-ayat Qurankan dapat menajamkan otak.
Bukanlah bermaksud nak mengajr orang, sekadar kongsi perasaan dan pendapat untuk menperingati diri sendiri. Lain padang lain belalang kan?
Akhirnya, aku dedikasikan ucapan terima kasih kepada semua guru, kerajaan ( negeri khasnya ) PIBG dan anak-anak sekolah yang terus sepakat usaha dan kerjasama utk memacu prestasi pelajaran. Kepada anak-anak sekolah, teruskan kecemerlangan pada tahap selanjutnya pulak ( tidak berhenti sekadar UPSR sahaja...) agar pihak sekolah boleh terus berbangga dengan produk mereka walau di mana sajer.
Semoga Terengganu terus mengungguli UPSR, PMR dan semuanya yea...
Semoga Terengganu terus mengungguli UPSR, PMR dan semuanya yea...
2 comments:
to kak..adk2 sy blh e-book wat maen game jer..belajor nyer x. adoyaii
Post a Comment