Sunday, 22 January 2012

Maybank2u, banyak kemudahannya



 



Maybank2u

Pernah gunakan servis on line ini?? 

Selepas membayar bil guna M2U ni, tetiber rasa nak mengulas tentang kebaikannya sebagai perkongsian. Pada pendapat aku, semua pemegang akaun yang aktif perlu mendaftar dengan Maybank2u. Seingat aku, aku mendaftar pada tahun 2006. Pada mulanya, aku cuma guna untuk bayar bil2 sahaja. Tak berani nak bayar kereta lagi.......kot2 duitnyer pergi ke lain. Seram oii. 

Apabila beres ajer, so aku mula beranikan diri untuk membayar ansuran kereta. Tawakal lah buat pertama kali. Alhamdulillah selamat sejahtera. Makanya, semenjak hari itu... segala urusan membayar aku online kan. Sangat senang dan efisen. Tak perlu lagi aku atau AK beratur di pejabat pos tuk selesaikan bayarannya. Jimat masa, tenaga dan minyak kereta.

Cumanya, pengguna perlulah sangat super berhati2 dan xtra waspada selalu. Almaklumlah, pabila melibatkan wang....ada macam-macam cara orang nak mengeksploitasi memperdayakan mangsa yang sedikit cuai, aku ulang sedikit CUAI. Minta dijauhkan kita daripada jadi mangsa orang-orang jahat ini.


Antara perkhidmatan yang disediakan berguna bagi aku:
  • bayar segala macam bil utiliti
  • bayar ansuran kereta
  • pernah aku bayar zakat
  • transfer duit ( selalunya tolong orang nak hantar duit kat anak )
  • menyimpan di ASB
  • beli tudung
  • beli topup
  • beli tiket
  • pindah duit AK ke aku...yang ni best! he...he.

berhati-hati tahap maxima ketika berurusan melibatkan wang. Kerana wang kita hilang sedara,  hilang kawan dan hilang ingatan. Malah ada yang sanggup berbunuhan demi kau ......oh duit.

Tapi Awas, Jangan!!!
  • Jangan buka web guna link yer ( sesangat bahaya tuh)
  • Jangan layan bila ada orang call minta nombor akaun kononnya dari bank or kata kita menang sesuatu..)
  • Jangan bukak emel yang mengatakan akaun bank kita digantung/ dikemaskini........then 
  • mintak kita masukkan  username and pasword untuk aktifkan semula.
  •  
     
    itulah kisahnya Maybank2u.com

No comments: