Wednesday, 4 January 2012

Bestnya ke Medan

Medan - Danau Toba...horass


Kali ni langkahku menyeberang lautan sedikit. Kali pertama keluar negara. Selama ni duk dalam negara jer. Maklumlah tiada kaitan tuk ke mana-mana...

Sebenarnya percutian ini diuruskan agen yang dilantik oleh koperasi guru. Tapi erkk.. peserta terdiri drp 3 kategori:
i.    kategori pertama atas tajaan koperasi sebagai penghargaan kepada ahlinya yang    
      meminjam dengan jumlah tertentu....( bagusnya, pandai ambik hati ahli. Semoga terus 
      mencurah rezekinya....tapi itu faedah khabarnya sedikit tinggi ah berbanding bank,    
      camana tu??)
ii.   kumpulan peserta yang menumpang pakej dengan bayaran.
iii.  kumpulan yang menempah tiket flight sendiri dan hanya menumpang pakej di sana sajer..

Aku grup yang mana? semua tu possible bagi seorang aku yang kerja ngan kerajaan. Makanya aku pon pergilah ke Medan. Kalau tak salah ingatan, Medan adalah kota ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surbaya. Itu kata Pak Ali Imran, turis gad.
 
Airpotnya atau dipanggil bandara ( bandar udara ) nya sangatlah simpel. Namanya Airport Polonia. Suker ye ibukk.Dah tukar wangnya ke belum ni..betulkan naawaitu dulu,aku ke sini untuk kenal2 tempat orang aje, bukannya nak memborong aper yang ada. Ingat tu wahai che dai, gaji lambert lagi deh.

Istana Maimon, Kesultanan Melayu Deli

Pertamanya kitorang dibawa ke Istana Maimon. Sejarah masa sistem beraja Melayu  Deli masih berdolat di Indon.  Kini Indonesiakan dah jadi republik. Makanya keturunan raja hanya ada di pinggiran. Kata Pak Ali sesetengahnya melarat hingga malu nak mengaku keturunan raja!
Apa yang ada??
seni bina dan hiasan dalaman masih berkonsep asal. Ni, mozek motif Islam disusun dari lantai hingga ke siling. Very kreatif.  Setiap pelawat mesti terpegun hasil seni orang dahulu kala. Oh luper, masuk ke sini pree ajer, tapi diminta sumbangan ihsan untuk mementenenkan istana ini. Betul la gitu kan?

Institusi Pendidikan



Sekolah kerajaan. Kelihatannya seperti sekolah jaman dulu eh.... bukan mengata, tapi hakikat yang harus diakui. So, syukurlah kita yang jadi warnanegara Malaysia tercinta. Mak2 kita sekolahnya lebih kureng gini kan? cu tanya eh.

Sekolah swasta. Kos pembelajarannya tinggi. Nih untuk orang kaya-raya sajer..nama pon skolah swasta kan. Mana ada subsidinya. Yang di bawah nih Hospital Universiti. Dari jauh dah kenampakan, oren lagi. Di universiti ini terdapat ramai studen Malaysia.



Banner Ucapan Kreatif
Banyak board ucapan yang aku nampak dalam bentuk begini. Sama ada untuk perkahwinan, selamat dan kematian. Tulisan menggunakan bunga2 drp kertas. Menarik! 


Beli kerepek industri tempatan

Inilah gaya2 jutawan rupiah berbelanja. hah beli...jangan dok beli. Pelbagai kerepek tempatan dijual di kedai Cina nih. Ada ting-ting, tung-tung, ping-ping dan aneka nama yang lucu. Aku tak beli apa per pon sebab kureng berkenan ah. Dia orang ni menyerang hingga tak sempat cina kedai tu nak layan. Sebenarnya tak der pilihan, bas ni berenti kat sini jer. Ingatkan banyak kedai jual kekerepek ni, rupanya satu jer... haaa ada komisen eee. Tapi tak per ah, memamng mereka ni banyak rupiahnya pakkk, juta-jutang nih. Masa ni 1000 rupiah bersanaan 36 sen kiter.

Danau Toba, Parapat

Pagi2 lagi kami chek out ke Pulau Samosir. Alaa di situlah pulau orang Batak Mereka meniaga pelbagai barangan kraftangan kategori etnik kreatif seperti keycen, kain sulam yang diperbuat daripada urat kayu, t-shirt, alat muzik tradisinal mereka ah dll. Nak ke sinun kena naik bot selama 1 jam dengan perjalanan yang sederhana lajunya. Makanya, dapatlah kami menikmati view yg cecantik...oh, Danau Toba.





Panorama Danau Toba yang mengasyikkan. 
Ada gaks cerita dongengnya. Tapi malas ah nak citer. Lain kali lah deh...
   
Nih dua orang remaja Batak. Mereka menyanyi tuk menghiburkan?? pelancong. Boleh lah tahan suaranya. Macam2 lagu didendangkan. Banyaknya lagu Batak la.. dahnyer orang batak kan?  Lagu Cari Jodoh pon ado. Lepas tuh, kutip sumbangan pada yang terhibur atau pon tidak. Bagus survival mereka. Buat aper aje untuk cari rezeki. Siap jual CD nyanyian original mereka lagi, tiga hinggit satu.
Kuburan Raja Batak. Pada zaman dahulu kalanya, orang Batakdikatakan makan orang. Ceritanya begini, jika ada yang melakukan jenayah ditangkap, maka mereka akan dipancung. So, darahnya ditadah untuk diberi minum kpd raja. Lepas tu, dipersilakan pembesar2 mengambil mana2 bahagian daging manusia itu utk dimakan. Then, jika ada lagi, maka sesiapa yg menonton acara tuh bolehlah makan apa2 yang adernya. Gi mana?? ada brani...... sekarang ni tak ader yang makan orang lagi lah kot..

Pisang Goreng  Mentega

Pisang gorengnya meskipun namanya seruper je ngan Malaysia tapi rasanya aduh mak best, ranguppp. Regernya ngan minum kopi dalam 50 ribu. Rasanya nak meniaga pisang goreng gini kat Malaysia bila pencen nanti. Guaner Cg Azam, kata nak jadi suplier pisang.. jadik??

 Amboi dapnya sampai tak muat mulut. Kontrol sikit, kan terkoyak pulak...

Persinggahan Terakhir Hari Ini



Gud bye Medan. Kami dah kangen sama anak-anak. Bila kita jumper lagi yer.

Horass kaum Batak di Pulau Somasir!!

No comments: