Sunday, 8 January 2012

Pakaian Terpakai, ke mana hendakku nyahkan?

Pernah tak korang berhadapan dengan pakaian terpakai yang menimbun-nimbun. Bukan yang buruk punyalah. Kalau yang buruk, senang jer...bakar api or buangkan dalam tong sampah. Tak rasa bersalah pon. Maksud aku, pakaian yang masih elok (sangat elok) tapi kita dah tak mahu pakai. Ini mungkin kerana dah jemu ataupun tak muat atau tak sedap dipakai. 

Pagi2 mesti aku ambik masa duk membelek2 baju mana yg nak dipakai...yang ni sudah kerap dipakai rasernya. Yang ni..yang tu...arggggh, mahu 10 minit buang masa. tension sunggoh. Ujung2nya, ah ambiklah yang mana2 pon. Esok pun mengulang lagi drama tuh. Tak sukerrrnya. Hasilnya, kedai kain baju kerap dikunjungi untuk memuaskan hati ( part nih orang jantan tak suker..masam muka, konon lama menunggu aku pilih..nyampeh!).

Setiap kali aku update gerobok, pasti aku akan menyahkan banyak pakaian. Kalo tak nyah, makanya goboks aku kelihatan teruk sekali. Janganlah korang cuba bayangkan. Nanti migrain kepala. Sudah diasingkan , berfikir2 pulak , tapi sayang pada siapa kanku beri?? 2X...nyanyi ikut lagu Elikets yeah. 

Tak tergamaks lah pulak nak diberikan kpd orang. Nanti apa pula katanya? Maklumlah sekarang ni susah nak dicari orang susah yang sudi menerimanya. Masing2 dah senang, kalo tak cayer tengok piring astro kat atas bumbung tuh!..silap2 orang terasa hati.

Aku rasa altenatif yang ada, bungkus pakaian tersebut elok2 dalam plastik dan buang...eh, letakkan dalam tong sampah. Opps NANTI ..jangan kata aku melampau ke membazir dulu!! Meh kita thixs pozitif. Bukan ke kat tempat pelupusan sampah ada insan lain yang mencari rezeki atas ketidakkeperluan orang. lain Cari besi buruk, botol dan sepertinya.  Alangkah terujanya andai terjumpa kasut sekolah, beg, baju kurung dll di dalam bungkusan yang 'dikirim' seseorang walaupun dengan cara yang tidak budiman.

Selesai. Setuju dok dengan idea aku tuh?? apapun, niat yang baik semoga dapat hasil yang baik2 jugak. Sebenornya aku tulis nih untuk menghilangkan rasa berdosa tatkala kerja itu yang kubuat........he he.

No comments: