Friday, 6 January 2012

Rileks di Pantai Kelulut, Marang

 Lokasi : Marang, kira2 10 minit dari Kuala Trg

Assalamualaikum,
Hari nih Jumaat, aku cuti hujung minggu. Matahari pulak celikkan mata dengan penuh anggun menggoda. Makanya pagi2 lagi aku turun ke tanah utk meninjau tanaman aku yg aku tak kuasa melayan pabila hujan mencurah-curah. Hah, nampaknya aku perlu servis segera kerana sudah byk dedaun yg kuning dan kering. Mereka nih mesti dinyahkan segera demi tidak menyakitkan mata aku. Semangat berkobar2 niss. Pas tu, servis dalam rumah sikit2. Buang-buang ler sampah kat bawah katil tu...ohhh penatnya.

Petang plaks, gi rileks2 kat pantai. Sebelum tuh, singgah pasar malam beli satar, otak2, yong to pu, burger dll utk top up perut. Gambar makanan tradisi T-ganu tu aku tak sempat snap, sedar2 dah habis rupanya. Sedap sangat woi....Kalo mari sini terai deh..
Cantik dan indah nian pantainya. Skima.






Bebudak nih dok cari kulit kerang dan siput di celah2 sampah....

merenung masa depan? ke koya...

koya?




saper buang sampah merata2 ni. Ada gaks yang dibawa ombak. Saper pulak yg buang kat laut?? ikan duyung la tuhhh. dok belajo sivik kat sekolah ker? Harapnya janganlah antara kita yg buat cam ni deh. Kita mesti tunjukkan contoh dan ajar anak2 agar buang sampah dlm tong sampah. Sayangilah alam ciptaan Tuhan ni. Apapun Pantai Kelulut wonderful.

Rajin aboh kutik sampah. Ikhlas ke dok nih??.........

Wassalammm.

No comments: