Friday, 20 January 2012

Selamat Pengantin Baru

Cuti Sempena Gong Xi Fa Choi..hoye.

Sempena cuti raya cina ni ramai yang ambil kesempatan untuk mendirikan rumah dan tangganya sekali. So, hari nih aku sekeluorga pergi makan gulai or ngellang (panggilan) or kenduri di Felda Kerteh 3. Pukul 11.00 aku bertolak naik highway baru. Wahh, bestnya hiway ni meskipon tak berapa nak siap lagi. Thanks kerajaan atas prasarana yang disediakan..


Jauhlah pulaks rasanya perjalanan kali ni.



bebudak ni apalagi, bagai duk atas buai. Terkulai cam ayam patah tengkuk.. bangun weh, tengok tek panaurama indah kat luar tuh.



ni ha tuan rumah, duk bersedia terima salaman berkias tetamu...senyum saje. Suker nya dapat menantu baru. Berapa ekor tumbangnya mak kiah oiii...,

" hmmm 3 ekor lembu dan seekor kerbo.." jawab mak kiah dengan dada kembang kempis. Amboi...

Apapun tahniah lah sebab mampu buat lauk-pauk yang gah, gitulah kan ...taklah kita tetamu undangan nih makan nasi tak cukup lauk. Guud. Terima sih lah jugak sebab tapaukan aku gulai kawah yang sungguh sedap. . rasanya antara yang sodap yang pernah aku makan kat ngellang kot..he..he.







Memandangkan pengantin lelaki belum sapai, makanya tak dapatlah aku menyenap gambarnya. Malas ah nak tunggu sebab bukan rapat sangat....pengantin pompuan pon sibuk dicolek lagi.

Whatever, selamat pengantin baru. Semoga kasih sayang kekal selamanya selagi hayat dikandung badan...

No comments: