Tuesday, 3 January 2012

Jalan-jalan ke Sabah...

Sabah, Negeri di Bawah Bayu

Jalan-jalan? Korang suker tak.... aku suker kalo ada duit lebih. Kalo doknya, aku duk di rumah ajer menikmati titisan air hujan dan menggenyeh pacat sepanjang bulan 12. Kenal pacat? Kat laman moh aku adalah pacat untuk digentel kalaupon tidak banyak. Kalo nasib baik sedar2 ada hewan nih bertempek kat mana-mana. Kat betis ke, kat celah jari ke, kat situuu ke....

Pada cuti sekolah baru2 ni (19 Nov 2011), aku sekelurga ada rezeki utk pegi Negeri Bawah Bayu.. Kali pertama aku ke sinun.Lama doh book tket ngan Air Asiah. Sebenornya aku ada adik yang dok kat sana. Kerja. So, kesempatan utk g ke sana dgn jimat kos. Teruja sangat bah.


Di sinun, aku dibawa oleh turis gad (adik aku dan famili......) ke sana sinin hingga kaki akak ni macam hilang sendinya.. Jangan mare yer dik! Yalah, datang jauh-jauh takkan nak duk kat rumah ajer kan? bagus, bagus! Mujurlah kat sini cuacanya okay sokmo. Alhamdulillah, barokah.

Memulernya ke........

Researh Developement Centre, Sipilok

WOW! terpegun aku. Di sini ada pokok2 hutan yang mungkin beratus2 tahun usianya. Kalu tak salah agaklah, aku malas pulak nak buat reseach. Nantilah, kalo aku rajin aku cari data yg betol lah. Baru ilmiah sket kan..Di sini, pengunjung diminta tidak berbuat bising, sebabnya nak plihara habitat hutan yg sunyi. Kalo nasib baik ada orang utan bergayutan kat pokok. Tapi, aku idoklah ada nasib tuh hari ni...

tepian tasik. Abang! Abang tengok ah sining.........


Jambatan gantung besi yg dibina sepanjang atas pokok. Tujuannya tuk menyenangkan aku jalan2 atas pokok tanpa perlunya bergayut cam org utan. Korang nampak dok menara ijau tuh? ha, kita leh menapak ke atas menaiki anak tangga. Beratus2 gak ah rasenya. Dari atas menara tu, boleh nampak pokok2 gambar di bawah. Aku ni gayatlah sgt, tapi terai gaks ah sebab tak tau boleh mari lagi ke dok..lagipun kerajaan dah kuarkan bajet besar nak sediakan semer ni, rugi kalo tak menghayatinya sendiri weh...




Tips of the Borneo, Kudat 
Tips of the Borneo ni ada kat hujung pulau Borneo. Ala.... yang macam telinga kucing kat peta Sabah tuuu. ha, ingat? kalo tak dapat bayangkan lagi, gi ambik peta kejap. 
Bebudaknya suker sangat ah. Lepas bergurau, bergaduh. Tenshen mak bapak...dua orang kat depan tu anak2 sedaraku yang comei lote. Nak naik kereta aku jugak, bersesak2 tapi nak jugak sama2. Ikut ko lah budak eiii.

Hmmm, dah sampai yer. Untuk makluman, kereta park kat luar. Nak ke situ kena jalan kaki kat jalan asfat yang panjang nih. Sambil2 tu boleh cuci mata dan minda dengan view yang indah nian..




telinga kucing Borneo ni dua keping hamparan batu rupanya. Tengok peta ingat bukit ke, hutan ke..........di sinilah juga persempadanan laut antara Malaysia dan Indonesia. Laut China Selatan - Laut Sulu. Ingat masa belajo Geografi dulu yer...


Masjid Likas 


Cantik sungguhh masjid ni. Ingat masjid negeri, tapi tanya2 deme kata Masjid Likas. Macam pernah tengok jer......dalam kelender kot.

Pasar Filipina, Kota Kinabalu 

Kalo gi Kota Kinabalu, mesti jalan2 kat Pasar Flipina. Mungkin disebabkan keramaian peniaga Filipino kat situ hingga penduduk tempatan menggelarnya begitu. Macam-macam barang dijual. Ada beg anyam, keycen, barang kulit dan kayu tas pon adaa. Yang paling meriahnya mestilah barang2 mutiara. Harganya? agak mahal berbanding kat Tamu Malam. Tamu Malam is pasar malam. Korang pon tau. he..he.

No comments: