Sunday, 15 January 2012

Menu Pilihanku

Pabila bersembang2 dengan kengkawan, masuk ajer topik makanan, mulalah masing-masing keluarkan resepi yang belum, pernah dan yang bercita-cita nak buat pada suatu hari nanti. Di sini aku nak stokkan mana-mana resepi yang akan kujadikan realiti. Bestnya kalau ada makanan yg best2....

Ikan Siakap Stim Istimewa ( resepi AK )

800g ikan siakap disiang dan dibelah dua
10 ulas bawang merah digoreng
2 - 3 inci halia muda ( boleh lebih tuk buang hangin)
1 tin cendawan butang dibelah or dihiris
lada besar
sekeping asam masin
1/2 lebih botol kecil sos tiram

Cecara :



ikan disiang dan dibelah dua cam gini. 
Hubby potongkan kepala dan ekor sebab tak muat periuk kukusan aku.


Letakkan sos tiram dalam setengah botol kecil......kurang lebey.
Perap selama 15 minit.
taburkan halia mayang, bawang goreng, cendawan butang dan aneka bagai yang dikehendaki. Kukus sehingga masak. Then, makan panaas2. 
Kalo aku tak makan nasi dah.......

Sori, tak der gambar ikan masak kerana lapau sangat. Terus ngap....hmmmm.

p/s :D Yesss, hari ni hb rajin ke dapur masakkan kami sekeluarga ikan stim. Sebenarnya menu ni atas permintaan kakak.


___________________________________________________________________________________
Sushi ( resepi Roslina Yusof 15/1/12)

Bahan-bahan:
beras pulut Jasmine + beras biasa ( sama banyak )
Garam + cuka
Nori seaweed

Inti
Sosej rebus
telur goreng dadar
mentimun Jepun
fillet ketam direbus
kacang panjang direbus

Sos
minyak bijan, cuka dan kicap
Cara-cara:
1. Masakkan beras dengan lebih air sedikit daripada biasa, dan masukkan garam. 
2. Lepas masak, nasi yang panas2 dicurahkan cuka dalam 2 - 3 sudu.
3. Letakkan inti, dan gulung dengan tikar gulung sushi ( ada di kedai 2 ringgit)

_________________________________________________________________________________


Puding Gula Hangus  versi hodoh rupa
( resepi tak tahu asal usul, kakak yang beria2 cari nak mencuba)

3 sudu gula pasir
7 biji telur ayam
1/2 tin panjang susu manis
1 penutup esen vanila

Cecara:
 
 Hanguskan gula dan masukkan sedikit air. 
Jangan terlampou hangus, nanti jadiknya puding sepahit hempedu.


 Pukul telur, masukkan esen dan tapis. Pas tu masukkan susu dan kacau rata.
  Kukus selama 1/2 jam. ..
Terbalikkan...plup. Gini jadinye puding kita yer kak? Berkedut2..
Lembik sangat ke resepi ni. Aku rasa perlu tambah tepung kastad sikit kot. 
tapi rasanya besta. Len kali nak try pulaks ah.

No comments: