Monday, 9 January 2012

Cinta Lara Sang Arnabku

Aku belikan arnab untuk kakak setelah aku dapati pelajaran dia menten bagus. So, suatu hari tuh aku jalan2 kat Ekspo Peladang kat Gong Badak, alaa... dekat stadium yang atapnya runtuh tuuu. RM15 hinggit satu. Aku nkkan sepasang tapi budak kecik penjual tu cakap, kita tak kenal lagi jantan ke tiner masa umur besar nih. Oh yea?? So, aku tawakallah beli 2 ekor, harap2 sepasang.

Bela2 punya bela tak pulak menunjukkan ciri2 mengandung ke, kembong perut ke dsb. Alih2 matilah kawannya seekor. Si kakak tu punyalah hurt feeling, aku tau dia menangis kot belakang aku. Yalah, dah curahkan sepenuh kasih sayang........meninggalkan dia pulak. Kesian kakak.

Aku po war2 kan pada kengkawang andai ada orang yang hendak menjual anak arnab. Nak kata nak mintak, kot dilebel tahi hidung masin pulaks. Lastnya, jiran aku tell me that kakaknya ada bela arnab, nanti dia cuba tanya.

Adapun pada suatu hari yang cerah, datanglah jiran aku ni dengan 2 ekor arnab. Hitam putih. Hmmm, lagi jelita arnab aku weh, putih melepak bak buih syampu....... katanya, ikut ah nak wi (bayar) berapa2 pon. ????
Berapa hinggit nak bayo nih. Kalu dulu agak kecil RM15, yang ni dah besar, macam nampak dah redi nak menikah ajer, RM20 lah sekor. Halalkan yang terlebih dan terkurang yer. Gulp.. Makanya kakak memiliki 3 ekor arnab lah. Satu jantan dua bini. Suker..

Pada suatu pagi yang gelap gelimun, kakak menjerit2......umiii, umiii......macam cemas jer. 
Naper???? sahutku bengang2 kerana panggilannya ala2 999 mencemaskan aku yang sedang bezi bersiap2 nak pergi kerja. Memang masa bersiap2 pakai tudung, aku mesti dalam keadaan tenang dan stabil. Yalah, pakai tudung mana boleh senget benget, kan tak jelita pulaks.

Rupa2nya arnab bini no. 1nya beranak sebanyak 6 ekor. Eii, geli ah aku macam anak tikus ader, macam babi pun ader... sori kak, umi beritahu yang benar nih. Memandangkan kami dah lewat nak pergi, maka si arnab dan baby aku tinggalkan dengan harapan mereka selamat.

Baliknya, ...........
semua baby arnab dah tinggalkan tuannya. Umiiiii.....kakak melankolik lagi. Menariknya yang aku tidak tahu, kakak telah menyimpan seekor mayat baby nih dalam botol untuk ditunjukkan kepada abang yg dok di asrama. Selepas abang balik ke rumah beberapa minggu kemudian, barulah aku tahu cerita. Kakak2........
Werkkkk, busuuukkknya!! aku dengar budak 3 orang tu menjerit.

Bestnya,
Esoknya madunya pulak yang beranak. 5 ekor. Terubat luka.. Malangnya 4 dah mati dan sekor tengah lembik kelaparan sebab maknya tak reti menyusukan. Aku pon tak reti tentang selok2 animals planet nih. Tiba2 kakak bersuara, umi, kakak bca dalam intenet, kalo ibunya tak nak menyusu, maka kita boleh tolong susukan dengan susu tepung. Apa lagi, kami anak beranak cepat2 menyuapkan susu kpd anak arnab yang tak berdaya lagi itu. Sedihlah pulak. Seketika kemudian, si baby nampak aktif. Syukur. 
Wala bagaimana pon sayangnya kita, akhirnya dia pergi jua. Entahkan kebuluran atau entahkan elergi dengan susu tepung adik.

Tak per lah kak, beranak lagi lah tu. Kan isterinya 2?? dan aku nampak kakak tersenyum girang. Manis anak dara aku nih.

No comments: