Thursday, 19 January 2012

Kerawit Nak Jadi Ular??

Kerawit Nak Jadi Ular?


Aku tertarik  nak mengupas tentang tajuk nih selepas kudengar komen2 kengkawan tentang ragam di tempat kerja mereka. Tempat aku pon tak kurang wujud orang2 yang pelik sikapnyer , Macam2 idea direncanakan semata2 nak ........... Oh Tuhan! sebenarnya aku ada cecerita lucu bila teringat tentangnya... senyum sinis nih. Tapi aku tidak berhajat nak mengajak korang mengutuknyess sama2...

Berbalik pada teman aku ni, dia sungguh menyampah tahap gaban pada golongan pekerja buruh di tempat kerjanya. Buruh?? agak2 lah teman, janganlah dilayan sangat... Kan ko tu pendidikannya lebih  tinggi daripada diorang? pegawai vs buruh, takkan cara berfikir sama kot??
Whatever pun, sepatutnya kita sebagai pencari rezeki kena sedar diri dan tahu batas2 di tempat kerja. Kita kena sedar tujuan kita ke tempat kerja tuh untuk cari rezeki nak suap mulut anak2. Tak payah lah mana2 pihak nak tunjuk lagak. Tak dernya sesiapa yang heran.  Bukan nak mengata, tapi masing-masingkan ada peranan sendiri. So, jalankan tugas tuh dengan ikhlas untuk dapatkan berkaat..

Orang bawahan tetap mesti patuh dan hormat akan pegawai atasan waima mereka kengkawan baik kita. Tak payah le ada unsur kipas mengipas, bodek dan seangkatan dengannya. Kita perlu ingat, berbuat baik dibalas baik....tidak pada kita mungkin kepada anak, cucu dan menantu. Tak itu yang kita doakan siang malam??

Kalo diperatikan, orang yang ikhlas dalam pekerjaan selalu kita nampak ada barokahnya. Tuhan permudahkan urusan hidupnya, anak2nya menjadi orang berguna, kehidupan senang, keluarga aman dan sepertinyer. Dok gitu eh?

Pesanku kepada temanku itu, jagalah tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan,. Tak perlulah dilayan sangat, itu kan asam garam dalam kehidupan.....kan tak menjadi kudis gatal pon kan. Buat tambah dosa ader...

kan dah naik gaji, senyum...senyumlah eh....:-)

Allah Maha Mengetahui....



 alang2 tu baca ah rtikel ni dehh..



Usus disumbat cacing



 
MESKIPUN saiz cacing kerawit kecil, kemampuannya untuk menjejaskan 
kesihatan tidak boleh dipandang ringan.



“Cacing kerawit misalnya, paling kerap menyebabkan kekurangan darah kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus.
Justeru, masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap lebih serius berupaya menyebabkan kegagalan jantung," katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan, jangkitan cacing gelang (ascaris lumbricoides) adalah yang paling kerap berlaku iaitu membabitkan 1.22 bilion jangkitan, cacing cemeti (triciuris trichiura) 795 juta jangkitan manakala cacing kerawit (amcylostoma duodenale, necator americanus dan ancylostoma ceylanicum) 740 juta jangkitan.
Daripada jumlah itu, 400 juta kes membabitkan kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cergas, lemah daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran.
Serangan cacing di dalam usus ini juga antara penyebab utama sakit abdomen akut di kalangan kanak-kanak di kawasan endemik di negara tropika.


NORHAYATI MOKTAR...infeksi usus dan cacing amat berkait rapat.


“Kajian status pemakanan di kalangan kanak-kanak berumur satu hingga tujuh tahun mendapati pengambilan zat besi adalah rendah dan ia berkait dengan jangkitan cacing,” tambah Norhayati.
Di samping itu, cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, bukan sahaja terjadi pada kanak-kanak sekolah malah jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.
“Ia turut berkait rapat dengan masalah buta malam sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami infeksi parasit usus,” maklum Norhayati.
KEADAAN cacing gelang yang menyumbat saluran usus seorang pesakit.


Norhayati berkata, larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.
“Sudah sampai masanya kita mengubah tanggapan bahawa cacing adalah masalah kecil.
“Tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh menyebabkan maut jika terjadi masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera,” tegas Norhayati.
0


No comments: