Saturday, 7 January 2012

Kedai Rakyat 1 Malaysia, Guud

KR1M - Kedai Rakyat 1 Malaysia

Murah, murahhh.........

Sejak diperkenalkan KR1M pada tahun lepas, aku tertanya2 bagus ke dok barang-barang yg dijual di situ? Yalah, barang murah biasanya kualiti berada di tahap terendah....oh, prejudis membawa kudis dosa. Tak pulak aku terlintas nak mencuba walaupun dah ternampak dijual di Mydin Mall, KT. Tu lah aku, mentaliti kelas ketiga....pinjam ayat bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Belum kenal dah mengata buruk. Ya ampunn.

Makanya aku, ditakdirkan untuk berkenalan dengan bebarang di KRIM pada suatu hari. Lantasnya aku membeli bihun, gandum, susu pekat, koktel dan susu cair. Memang murah.

Jadinya, menu yang aku sediakan dgn barangan di atas ialah jejemput dan koktel buah2an.

KOKTAIL BUAH-BUAHAN Kedai Rakyat 1 Malaysia

2 tin koktel 1 Malaysia
2 tin susu cair 1 Malaysia
1/2 tin susu pekat manis jenama sama
1 baldi Nata de Coco cap MyRasa ( mydin punya nih.. murah gaks)
1 plastik kecil ais

Caranya:
Campurkan semua bahan dgn berhati2 supaya tidak tertumpah. Apabila hendak dimakan, bubuhkan air batu hendaknya. Mulakan dgn Bismillah....syrupppp.

Yang aku suker :D
  • Rasanya sedap tak ingat jenama haper guna tadinya. Lain kali kanku pastekan gambarnya.
  • Regenya murah,  barang kualiti setanding. 
So, kengkawan semua silalah beli barang di KR1M untuk menjimatkan kos hidup. Timerkasih PM atas ilham nan praktikal tuh. Harapnya banyak lagi  idea bernas dilaksanakan utk membantu kami rakyat marhaen  yang miskin seperti aku niss. Duit yang dijimatkan tuh???, bolehlah aku beli kain sutera Ganu..he..he..he. tak ke berkembang ekonomi negara.........cehhh (penting diri sendirilah puloks ).

Kat mana lagi di Terengganu yang ada kedai rakyat 1 malaysia nih?

    No comments: