Wednesday, 25 January 2012

Respek Orang Batak

Hari nih, aku gersang idea. Nak tulis pasal per..... tiba2 aku teringat tentang cerita puak2 ini yang pernah aku temui.

Orang kata Batak berekor, maaf ini bukan kataku tapi kata2 orang yang kudengar dari dulu2 lagi. Sori aku tak tahu. Tapi itu tak kisahlah,  sebab itu kuasa Tuhan yang mencipta pelbagai kejadian dengan segala keistimewaannya. Allahu akbar!

Yang aku nak ulas hari niss ialah tentang nilai positif yang aku dapati ada pada mereka. Haiwan yang menjadi ikon mereka ialah cicak. Falsafahnya, cicak mampu hidup di mana2 pun, terlentang, tergolek still hidup. Kalau di kuburan raja2 dan pembesar mereka diletakkan ukiran binatang ini. Hmm....


 ukiran ikonik mereka kombinasi cicak dan tetek ibu...


Satu lagi, orang Batak sangat menghormati ibu bapa. Ini jelas dilihat pada kubur yang dihias indah. Di tiles kan dari lantai hingga ke dinding. Ada pagaran dan ada kipass lagii!! Katanya, bagi membolehkan roh ibu bapa mereka terus selesa dan tidak lari ke tempat lain!! Eh, gitu pulak....... Itulah kepercayaannya, atau  mungkin sebagai tanda kasih sayang orang yang hidup kepada yang telah tiada.

Menariknya, banyak orang Batak mengabadikan mayat ibu bapa mereka di tanah mereka sendiri, sama ada di laman rumah atau pun di tanah kebun mereka. Tujuannya? supaya tanah itu kekal di tangan anak cucu mereka ( tidak dijual.kerana ibu bapa kan ada di situ?.........). Kekadang, kuburan lebih cantik berbanding rumah sendiri. Kebanyakan orang Batak beragama Kristian.

aku google2 imej tapi tak jumpa kubur yang lengkap berbumbung dan berkipas. Gambar aku punyer tak clear sebab snap dari atas bas yang bergerak.

So, apa kau orang fikirkan....

No comments: