Sunday, 29 January 2012

Sakit Kepala

Sakit Kepala!!!

Aku migrain lagi. Terasa bengkak2 kepala. Aduh, tak dapat digambarkan situasi menyakitkan ini. Kepala seakan dimamah2, cahaya ibarat seteru.......... Justeru, aku teringin nak cerita pasal sakit niss.


aduh, aduh tak der ke orang nak tulung picit2kan.... kesian aku weh.


Kehadirannya boleh dirasa, sedikit2 di tempat kerja....kemudian melarat2 di rumah. Cara mengubatnyer?? aku akan berkurung or tidur dalam bilik gelap sehingga hilang. Aku ibarat drakula yang gerunkan cahaya. 

Beberapa punca2 yang menyebabkan aku sakit kepala, 
( selain yang bersabitan dengan kekurangan fuluss laa... )
  • terkena cahaya silau secara mengejut, contohnya terbangun lewat ( masa muda dulu acapkali gaks, tak sengaja .he...he..)
  • membaca tulisan yang kecil tapi dipaksa jugak dek tertarik ngan isinya.
  • tercium bau pewangi yang pelik2 ( aduh..boleh serta merta naik angin ahmar niss) erg, ergg..
  • marah2
Sabar2, aku kena kontrol suhu darah takut terkena darah tinggi.
Whatever, aku stop dulu sebab nak tengok AJL 26

Saturday, 28 January 2012

Sambung Belajar Untuk Masa Hadapan

Belajar Sepanjang Hayat


Ramai orang berminat untuk sambung belajar, kan.. Ada yang melakukannya untuk menaik taraf ekonomi keluarga, ada yang belajar untuk penuhi hajat yang terkandas dek pelbagai asbab.. Untuk memotivasikan anak2 dan ader jugak yang sajer2 nak tambah tahap pelajaran........... walau aper pun sebabnya, semuanya bagus.:-)

Bebaru niss, kebetulan bersembang dengan geng2 kejiranan  terkeluar cerita yang  salah seorangnya diterima melanjutkan pelajaran. Jiran aku tuh mengadakan majlis makan2 sempena hari jadi kak longnya. Hepi bihday....semoga lulus peperiksaan STPM dengan cemerlang!! Comel.

Sebenarnya aku pun salah seorang daripada mereka yang merebut peluang itu. Walaupon dah kertu, aku masih bersemangat untuk menyambung apa yang terbantut pada suatu masa dahulu...

Setelah berhempas pulas, termuntah, termigren,  terdemam tak cukup tidor ( time periksa dan hantor assignment..... last menet kerja la niss, heh..he! ) akhirnya aku berjaya membereskannya pada tahun 2010.  Konvo lah jugak aku bersama2 AK. Luper lah, aku sambung bersama2 tapi course lelain. Syukur, alhamdulillah....



                                             
 test jubah kat OUM. He, he... :-)


                                              
graduat terpendek di dunia.... belajar rajin2 yer dik, 
besar nanti umi plaks yang terai jubah adik, he..


 operasi berterusan, alang2 sewa mahal biar segala orang menggasaknya dulu eh..


 jeng2, gaya paling cerdik lah ni yer.


                                      
sejambak bunga indah nian untuk abah, petang nya ulang guna untuk ai pulaks.
 Jimat-cermat bawa bahagia kan?
 




 

 
Gambar paling huduh aku.... 
AK sesi pagi, and ai sesi petang. So, dua kalilah aku masuk keluar dewan PWTC hari tuh. Abang dan kakak gilir2 jaga adik kat bilik sebab adik tak leh masuk........




                                    
eh, ngaper seram benor gambar aku niss?? 
AK gitu ah, bila snap gambar aku tak beretika langsung. 
tak suker ah.....


 
Justeru, kalau korang ada peluang untuk sambung study...rebutlah peluang itu. Tak rugi cuma migrain lah sikit. Biasaklah nama pun belajar peringkat tinggi.

OUM guud... Jom sambung study kat OUM!!





Program TM Sepakat Komuniti - part 1

Program TM Sepakat Komuniti 

Hari nih ai bercuti, so bolehlah ambil kesempatan ke Program TM Sepakat Komuniti yang diadakan di Dewan Sivik berhampiran rumah ai. Kebetulan kakak menyertai pertandingan Deklamasi Sajak Patriotik Sekolah Rendah. Serampang banyak mata. Guud. Ader gaks idea nak tulis kat sini setelah 2 ari aku tak buat entri.

Macam2 acara seperti pameran, ceramah, pertandingan mewarna dll. Menggubah sirih pon ado. 
Acara wajib untuk kanak2 tadika, baru meriah kan dengan kehadiran anak2 comel ini.  Masing2 dah tak sabau nak mulakan pertandingan. Cikgu! jangan ngelat eh...
 hah, boleh stat sekarang!!
 
 penampilan khas untuk  melonjakkan motivasi kakak niss! 
Harap kakak buat yang terbaik yang cayang.....
                                        
 nahh, ni gaya deklamator hebattt......he, he.. :-)
tak menang tak apa kak, asal tidak komang deh.
   

belon perasmian oleh Dato' Haji Rosol bin Wahid.

Wednesday, 25 January 2012

Respek Orang Batak

Hari nih, aku gersang idea. Nak tulis pasal per..... tiba2 aku teringat tentang cerita puak2 ini yang pernah aku temui.

Orang kata Batak berekor, maaf ini bukan kataku tapi kata2 orang yang kudengar dari dulu2 lagi. Sori aku tak tahu. Tapi itu tak kisahlah,  sebab itu kuasa Tuhan yang mencipta pelbagai kejadian dengan segala keistimewaannya. Allahu akbar!

Yang aku nak ulas hari niss ialah tentang nilai positif yang aku dapati ada pada mereka. Haiwan yang menjadi ikon mereka ialah cicak. Falsafahnya, cicak mampu hidup di mana2 pun, terlentang, tergolek still hidup. Kalau di kuburan raja2 dan pembesar mereka diletakkan ukiran binatang ini. Hmm....


 ukiran ikonik mereka kombinasi cicak dan tetek ibu...


Satu lagi, orang Batak sangat menghormati ibu bapa. Ini jelas dilihat pada kubur yang dihias indah. Di tiles kan dari lantai hingga ke dinding. Ada pagaran dan ada kipass lagii!! Katanya, bagi membolehkan roh ibu bapa mereka terus selesa dan tidak lari ke tempat lain!! Eh, gitu pulak....... Itulah kepercayaannya, atau  mungkin sebagai tanda kasih sayang orang yang hidup kepada yang telah tiada.

Menariknya, banyak orang Batak mengabadikan mayat ibu bapa mereka di tanah mereka sendiri, sama ada di laman rumah atau pun di tanah kebun mereka. Tujuannya? supaya tanah itu kekal di tangan anak cucu mereka ( tidak dijual.kerana ibu bapa kan ada di situ?.........). Kekadang, kuburan lebih cantik berbanding rumah sendiri. Kebanyakan orang Batak beragama Kristian.

aku google2 imej tapi tak jumpa kubur yang lengkap berbumbung dan berkipas. Gambar aku punyer tak clear sebab snap dari atas bas yang bergerak.

So, apa kau orang fikirkan....

Tuesday, 24 January 2012

Pemandu Wanita, Hey Ladies!!


Pemandu Wanita??? huhh..



Ramai para lelaki hensem atau tidak akan menunjukkan ibu jari ke bawah atau sekurang2nya mencebik........lembab, terhegeh2, tak cekap, main keluar jer dan aneka kutukan lagi. Itulah yang tergambar dalam kepala diorang bagi menggambarkan betapa teruknya wanita sebagai pemandu kereta, apatah lagi kalau drive lori ke bas.........

Sebenarnya aku mendapat ilham topik niss semasa denganr radio THR  gegar Permata Pantai Timur frekuansi 106.8. Ramai yang menyatakan rasa tak puas hati ngan drebar yang dianugerah jantina perempuan. Kesiann... Namun, sebagai wanita sejati.......tak pulak aku nak nafikan sekeras2nya, cuma nak nafikan selembut2nya sahaja. Bukan semua pemandu wanita tidak cekap. Dok gitu, hey ladies??

Kalau diperatikan, jika sesebuah kereta jenama apa2 ( tidak termasuk kira kereta lembu yer...) yang gaya pemanduan tak berapa nak berkenan dek lelaki tu dipandu oleh wanita. Oh, ngaper jadi gituss?? Antara aktiviti  haram nya  tukar lorong tergesa2 ke, lambat bergerak masa lampu hijau ke, lambat beri signal  ke, parking kenderaan guna 1 petak setengah kerr dan seangkatan dengannya lah yang meninggikan darah lelaki ke tahap gaban.


Sabar yee, jangan marah ye geng. Pada hakikatnya, secara keseluruhannya, pada aku pemandu wanita lebih  berhemah di jalan raya. Kalau kemalangan yang kecik2 seperti tergesek, tercalar tu biasak ah....semua pemandu akan merasainya, kan.

Yang aku maksudkan kemalangan yang melibatkan kematian, kereta putus, kepala putus, terjun sungai dan pelbagai adegan ngeri tu melibatkan biasanya...... ulang tayang biasanya pemandunya  lelaki yang kononnya cekap!! sebabnya merekalah yang suka terkejar2 dan suka test kuasa kereta. dok gitu eh?   ( aku cuba gaks search gambar berkaitan sebagai bukti tapi menakutkan, ada yang pecah situ, terburai. perut.......nyessal carik...)


kat mana sain bod ni eh....


Sebenarnya, janganlah kita dok kutuk mengutuk. Tak der faedah yang nyata pon. Kita tak dapat mengubah stail orang lain menjadi seperti kita. So, banyyakkan bersabar di jalan raya. Yang penting, kita selamat sampai ke destinasi dan menghargai nyawa pengguna2 yang lain.
 Amalkan konsep sayang-menyayang, cinta dikenang.......oh..


 
Okay? peace.....:-))

Bosan dengar ceramah nih yer... sesekali kena refresh jugak kan?


Skim Cepat Kaya or Skim Cepat Kayap

Skim Cepat Kaya or Skim Cepat Kayap

Semua orang bercita2 nak jadi kaya. Yang sedia kaya nak jadi lebih raya lagi. Korang gi mana? Sebenarnya aku pon telah lama berhajat nak jadi kaya!! ( telus nih...) Tapi problemnya macamana nyess. Nak menabung mati hidup balik dan hidup mati balik dua tiga round pon belum tentu weh. Aduh....fening!

Kerja makan gaji macam aku niss bukan lah tak senang, senang ( syukur alhamdulillah sebenarnya..), tapi tak kaya kan? Pengertian kaya pada aku adalah apabila kita boleh shopping apa2 barang tanpa perlu benda namanya bajet...then, duit kita maasih berkapuk lagi dalam henbeg. .Saper setuju?  angkat tangan kanan. Koya ngguh niss.

Makanya, dek faham akan cita2 manusia yang kuat berangan ini, wujudlah segolongan manusia yang cerdik dalam memanipulasi keadaan. Dengan lapang dada melahirkan SKIM CEPAT KAYA.........yeee.


 agaknya kereta nih hanya layak untuk anak drive ke sekolah pra. (kereta pon posing kut belakang gaks? seksi nguhh)



Aneka bagailah kaedah tercipta. Ada saham internetlah, saham hardware lah, ikan keli lah dan aper lagi eh......Sebenarnya malu nak ngaku, aku ada gaks terkena tapi tak derlah banyak. Itupun atas kempen kawan yang aku boleh percaya. Ramai jugak lah kengkawang dan kenalan tempat kerja aku yang joint. Sempatlah balik modal 3/4. Lepas tuss, senyap. 

Kesiannya ramai yang tak dapat langsung pun. Jadi cam derma pulak. Bodoh? mungkin ya. Tapi bagi aku itulah pengajaran yang mahal sebabnya aku nih jenis yang keras hati pada benda2 mengarut macam tuss. Aku tak percaya pada hasil tanpa usaha.........tapi kena jugaak.  Padan muka ai kan. he..he  :-)

Ada sorang hamba Allah yang lemah nih, joint saham hardwer katanya. Mula2 masuk 10k, bulan2 dapat 500. Bila setahun nampak okey jer, terus naik shehh. Tambah lagi 70k hasil kombinasi duit tabungan, loan peribodi dan arrahnu.....

Melabur banyak tuu, dapat RM3500 sebulan? eeii...kayo. Kalau setahun boleh dapat RM42k....setahun setengah dah balik modal, and then kutip hasil ajer lah sampai bebiler pun. Begitulah aku congak dengan perasaan iri hati yang meluap2 dan mungkin begitulah jugak empunya diri berkira2.........

Malangnya bencana menimpa
kau telah pergi buat selamanya
tak kembali........
Pada saat terakhir ku melihat sinar wajahmu

( lagu Uji Rashid niss)


bersambung...............

Monday, 23 January 2012

Tahun Baru Cina, Nostalgia Kuih Bakul

Gong Xi Gong Xi ni.......,

  cantik tanglung2 merah yang digantung sempena perayaan tahun baru Cina nih.

Selamat Tahun Baru Cina. Tahun ni tahun naga yer........kaum cina percaya membawa tuah dan rezeki yang banyak. Betul?

Setiap kali tahun baru Cina, pasti aku mengimbau kenangan pada zaman kecil2 dulu. Di mana jiran2 aku ada orang Cina yang meniaga kedai runcit, kedai kaset dan kedai gas. Aku panggil Cina perempuan itu dengan nama mek, diorang pun panggil aku dan emak aku mek juga. Kira seri lah kan..........

So, apa yang spesel bagi aku. Apalagi...  kuih bakul dan buah limau mandrin lah. Masa nak ambik kuih tuh, tanya gaks ah siapa yang buatkan? Yalah, kena ambik tahu gaks, maklumlah agama lain kan...

ini orang Melayu yang buatkan. Aku upah...........

rasanya ala-ala dodol gitu tapi lebih pejal. Aku rasalah kan bahan2 buatannya hampir sama kot...tapi yang selalu dapat tidak dibungkus dengan daun ni, dibungkus dengan plastik ajer. Yang nih mesti lebih aroma kan....

Makanya, makan lah aku kuih bakul itu. Sedap gaks ah....Terdapat satu resepi ciptaan orang yang selalu dapat kuih bakul berbakul-bakul iaitu Kuih Bakul Celup Telur. Resepinya gini ah seingat aku;

Kuih Bakul Celup Telur
Kuih bakul dihiris nipis
telur ayam dikepuk bersama sedikit garam
Lepas tuh, celupkan hirisan kuih bakul ke dalam telur dan goreng.

Bagi aku tak berapa sodap berbanding dimakan terus. Berbalik kepada kuih bakul yang dakwanya dibuat oleh orang Melayu tuh... Pada suatu hari yang cerah, tiba2 aku ternampak mek itu menjemur kuih2 bakulnya di atas tikar di belakang kedainya. Haaa....?  :-)

Kini, aku tidak lagi menerima kuih tradisi itu. Mungkin generasi pemberi itu telah tiada lagi di dunia ini....Yang aku tahu anak Cina jual kaset tu telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan gadis Melayu. Dah beranak dua tiga deme tuh.... Tetiber aku teringat, apabila suara azan berkumandang dari televisyen, biasanya ibunya akan mengalihkan ke saluran lain......berbeza pulaks dengan anaknya yang seorang itu. Dia turut azan bersama2 dengan lenggok versinya...........

Begitulah nostalgia kuih bakul versi aku. Salam 1 Malaysia

Sunday, 22 January 2012

Mengapa aku menulis di blog?

Aku diperkenalkan kepada dunia blog semasa mengikuti kursus pada tahun lepas. Kursus Asas Blogspot begitu lah bunyinya. 

Balik ke rumah aku terus membuka satu akaun di blogspot. Tujuan aku untuk meniaga kain sutera Terengganu yang aku minati. Sempatlah jugak aku memasukkan beberapa keping gambarnya.......tetapi nampaknya, tiada orang pun melihat blog aku.. hu...hu. Malahan kain2nya lebih laris secara offline. Tak per lah kan, tak cuba tak tahu. Bukan senang nak senang kan? Mungkin aku perlu belajar lagi cara2 nak promosi blog atau pun lebih afdal jika aku teruskan dengan cara aku sendiri....

Semenjak itu, aku jarang  membuka halaman itu lagi. Sesekali sajer, sekadar menyelak kenangan kan? dok gitu eh?. Entah mengapa, bermulanya tahun baru ni aku bersemangat semula untuk hidup dalam dunia blog lagi. 

Berbalik kepada title tadi, sebenarnya dunia penulisan amat dekat di hatiku. Meskipon bukan lah aku seorang penulis tapi aku ialah pembaca tegar sebarang bentuk tulisan yang ditulis dalam tulisan rumi or jawi...Semasa di sekolah menengah, aku pernah menulis satu cerpen dan kuhantarkan pada majalah Remaja ( majalah kegilaan aku pada masa tuh!!.... ) Betapa aku mengikat perut demi membeli majalah tersebut memandangkan aku daripada golongan marhain yang miskin..hu..hu.. : - (

Masa  tuh, pengarangnya Nas (??). Tapi karya hebat aku itu dikembalikan dengan secebis nota;. Antara bait2 yang masih kuingat ialah :

cerpen adik terlalu pendek untuk disiarkan. 
Harap terus menulis. Semoga maju jaya pada masa hadapan.

Terima kasih abang Nas kerana mengarang ayat2 yang  meransang motivasi serta tidak menghina aku, insan yang tiada pengalaman apa-apa pon. Memang pun, pengarang kan bijak bermain kata-kata secara diplomasi. Very guud person.

Malangnya itu lah pertama dan terakhir aku menghantar karya hebatku kepda pihak media. Bukan lah pulaks aku berputus asa atau keciwa, tetapi masa tidak mengizinkan aku terus berimaginasi. Pon begitu, aku masih lagi menulis cerita2 rekaan. Biasanya aku menulis sekerat2.. maklumlah masa tuh menulis pakai tangan ooii. Dan aku sogokkan kepada rakan2 untuk dibaca dan dikomen. Kau tahu?? banyak rakan memuji dan teruja ingin tahu pengakhiran cerita fiksyen aku tuh. Tetapi, biasanya cecerita itu habis tergantung di situ aje... walaupun rakan2 dok tanya mana.....oh mana sambungannya. Betul, ini bukan mitos or lagenda yer, cuma ia adalah secebis kenangan manis yang pernah aku lalui.

Mengapa aku menulis di blog yer?

Ramai orang suka menulis diari untuk mencoret kisah2 peribadi, luahan perasaan, mencatat sesuatu yang rahsia yang tidak ingin dikongsi dengan orang lain, mungkin kerana malu atau takut dipersendakan kengkawan... yalah bukan semua kawan memahami perasaan kita kan?...Tapi diari sifatnya terlalu sulit dan cara menyimpannya super payah. Kalau  kita ditakdirkan menemui diari orang lain, memang membuak-buak perasaan ingin tahu kan? dan jikalau tuan empunya menyedari mungkin berlaku perebutan, memerah muka, menangis ..... dan lebih kritikal lagi berlaku pergaduhan besar. Yang bersalah tentulah si penceroboh privasi orang itu kan? silap2 dihukum tidak ditegur bertahun2 ataupun ditumbuk!! oh.. sungguh sadis. 

Gini lah gaya syok ketika berkarya.  Lagipun menulis diari memerlukan ruang yang privasi agar rahsianyer tidak diketahui orang ( penjenayah..). 
Nak syahdu lagi pada waktu dini hari. 
Kan semua orang dah tido tuh?


Sebenarnya menyimpan diari ibarat menyimpan dokumen maha penting...huh janganlah terjatuh ke tangan orang lain sama ada kawan,  apatah lagi lawan!!. Malu besar jadiknya. Berbeza pulaks halnya jika menulis di laman maya ini.

Sungguh pon ia bersifat terbuka, tapi ader ke orang membacanya ( seperti yang aku punyer nih )... sebabnya blog yang selekeh tidak menarik minat sesiapa pon untuk membacanya kecuali anak2 aku sajer yang menyibuk... Justeru, aku bebas menulis apa2 jer dengan pendekatan yang sama iaitu mengisahkan hal peribadi yang tidak keterlaluan, meluahkan perasaan dan menyatakan pendapat tentang sesuatu yang menarik... kalaupon ada yang ditakdirkan menemui dan membacanya, tidaklah ia menjadi satu bebanan yang membawa kemaluan besar...

So, berkomunikasi cara ini pun memberi kepuasan yang sama seperti mencatat diari!! puas....... Lagi pun, bukan kah  menulis juga merupakan cara berkesan menangani tekanan?? Oh, patut pun mindaku lapang ajer semenjak dua menjak ini eh...he..he. : -)

Itu kisahnya yang mampu aku curahkan pada masa ini. Mengapa aku menulis di blog.........

Maybank2u, banyak kemudahannya



 



Maybank2u

Pernah gunakan servis on line ini?? 

Selepas membayar bil guna M2U ni, tetiber rasa nak mengulas tentang kebaikannya sebagai perkongsian. Pada pendapat aku, semua pemegang akaun yang aktif perlu mendaftar dengan Maybank2u. Seingat aku, aku mendaftar pada tahun 2006. Pada mulanya, aku cuma guna untuk bayar bil2 sahaja. Tak berani nak bayar kereta lagi.......kot2 duitnyer pergi ke lain. Seram oii. 

Apabila beres ajer, so aku mula beranikan diri untuk membayar ansuran kereta. Tawakal lah buat pertama kali. Alhamdulillah selamat sejahtera. Makanya, semenjak hari itu... segala urusan membayar aku online kan. Sangat senang dan efisen. Tak perlu lagi aku atau AK beratur di pejabat pos tuk selesaikan bayarannya. Jimat masa, tenaga dan minyak kereta.

Cumanya, pengguna perlulah sangat super berhati2 dan xtra waspada selalu. Almaklumlah, pabila melibatkan wang....ada macam-macam cara orang nak mengeksploitasi memperdayakan mangsa yang sedikit cuai, aku ulang sedikit CUAI. Minta dijauhkan kita daripada jadi mangsa orang-orang jahat ini.


Antara perkhidmatan yang disediakan berguna bagi aku:
  • bayar segala macam bil utiliti
  • bayar ansuran kereta
  • pernah aku bayar zakat
  • transfer duit ( selalunya tolong orang nak hantar duit kat anak )
  • menyimpan di ASB
  • beli tudung
  • beli topup
  • beli tiket
  • pindah duit AK ke aku...yang ni best! he...he.

berhati-hati tahap maxima ketika berurusan melibatkan wang. Kerana wang kita hilang sedara,  hilang kawan dan hilang ingatan. Malah ada yang sanggup berbunuhan demi kau ......oh duit.

Tapi Awas, Jangan!!!
  • Jangan buka web guna link yer ( sesangat bahaya tuh)
  • Jangan layan bila ada orang call minta nombor akaun kononnya dari bank or kata kita menang sesuatu..)
  • Jangan bukak emel yang mengatakan akaun bank kita digantung/ dikemaskini........then 
  • mintak kita masukkan  username and pasword untuk aktifkan semula.
  •  
     
    itulah kisahnya Maybank2u.com

Saturday, 21 January 2012

Izwan Pilus meninggal dunia

Innalillahiwainna ilaihirojiun....

Sedang aku syok mereka cipta ayat2 di entri, tiba2 aku terdengan berita RTM2 memaklumkan tentang pemergian Izwan Pilus akibat jangkitan kuman kencing tikus! 



Walaupun aku bukan daripada golongan ribuan peminatnya, namun aku terkejut dengan perginya pada usia yang muda, 33 tahun. Harap takdir ini memberi pengajaran kepada orang lain termasuklah aku bahawa mati itu bila2 masa sahaja. 

Allahu Akbar, semoga Allah menempatkannya bersama orang2 yang beriman. Amin.



Nh Colla Plus, Teman Baruku

Bila nak meningkat umur ku menjadi kertu, makanya aku mencari2 kolagen cap apa yang sesuai. Ini tak lain tak bukan agar aku nampak hmmm....

Dalam google2 banyak pulak cerita pasal nh colla, lennox, nuvafemme dan aneka bagai lagi. Aku pernah gak guna Di end Han yang popular tuh, tapi nak masuk kotak kedua, tekak dah tak boleh telan. Tukar ke Nuvafem pulaks, tapi tak lama gaks sebab tak de disiplin. Tak ader salah apa pon pada kedua2 produk. cuma kesannya lambat kepada aku menyebabkan aku boring!!

Cuba gaks innershine........ada stok lagi, tak ader disiplin sebenarnya. Yeah, kali nih aku try pulak NH Colla Plus. Beli 3 tong terus, takut termiss. Rasanya cam masam2 bermadu gitu. Aku nekad kena disiplin sebab harganya mahall. oii, kira lebey RM10 sebotol untuk 2 teguk tuh.....kalo serasi aku nak jadi pelanggan tetap. Habis setong, kulit nampak sekata sikit......

Masaalahnya, regerlah mahai. Kat mana hah yang ada offer agar regernya sedikit kurang..kesian mak cik nak menten.

 ni hah dalam tong besar. Ada 16 botol. Harga RM167. Aku beli kat Watson. Hasil pengaruh blogger dan linda onn.



 botol besar ni cuma ada 2 teguk aku jer, tapi ada 5000mg kolagen. Harap berkesanlah pada aku.


Duta NH Colla. amboi, cantiknyess cik linda. Yalah tokew besar. Kalo duit banyak boleh jadi cecantekk. Lain dari minum kolagen nih, apa lagi rejim kecantikan cik yerr?? 


Gambar2 ni aku copy pes dari google image....



Bubur Lambuk Istimewa Versi Aku



Pernah makan bubur lambuk?

ai mean bubur lambuk pantai timur...

Kelmarin, adik beria2 minta aku masakkan bubur sayur katanya.... bubur lambuk lah tuh. Memang itu menu favourite aku sekeluarga lebih2 pada bulan puasa. Mesti tiga empat round dalam sebulan. tu belum kira tapauan daripada jiran2 tetangga yang sememangnya rajin memberi dan cuma aku jer yang asyik2 jadi penerima. Malu eh...
Sebonarnya, ada kekadang aku terai gaks masak lebih untuk diagih2kan kepada jejiran, tapi rasanya tak sedaps. Nanti eh dikata aku tak pandai masak...malu ah pulak.

So, hari nih menu aku ialah nasi bubur lambuk Resepinya ringkas ajer, sama nya ngan resepi orang lain. Tajuk tuh sajer je bagi nampak sdn.bhd, limited edisi......

Bubur Lambuk 


2 cawan beras dicuci dan direndam 1/2 jam. 
5 ekor ikan selayang or kembung dipanggang dan ditumbuk kasar2
3-4 ikat campuran daun pucuk midin, pucuk ubi, cekur manis dll
4 tangkai daun kesum
2 helai daun kunyit muda remaja
RM2 santan
1 sudu lada hitam ditumbuk
2 inci halia diketuk
2 kiub stok bilis
2 sudu budu ( kalu suka )
2 sudu nyiur gula ( kerisik )
1 sudu serbuk kari
2 labu bawang besar dimayang
garam, gula dan serbuk perasa

Aksesori
daging bakar dihiris nipis
cuka lada - tumbuk cili api dan masukkan garam dan cuka
taburkan blackpepper dan bawang goreng

Nyiur Gula
goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga garing. Then, tumbuklah panas2 sehingga lumat dan keluar minyaknya. Sedap dibubuh dalam masak gulai or paceri nanas.

Cecara Memasak

Gandingan daun kunyit dan pucuk ubi setela ( keledek ). Sebenarnya aku perlukan daun kunyit yang remaja, barulah besta. Tapi memandangkan daunnya dah kertu makanya aku tak perlu siangkannya. Cuma perlu carik2kan dan masuk terus ke dalam periuk. Apabila masak senanglah aku nyahkan daunnya agar tidak menyemak dalam periuk. Yang penting, rasanya masih ada.............

p/s : pucuk ubi setela tu best gaks kalo masak goreng belacan, ala .......... macam kangkung goreng belacan. Meleleh air liyo aku.

nah, dah siap dedaun ini aku proses. Kerja2 menyiang sayor mayor nih mesti dilakukan dengan lebih tumpuan dan objektif agar tidak terambik si ulat, telur rerama dan pepacat yang singgah berehat2 di atasnya. Segala bagai pucuk boleh digunakan asalkan boleh dimakan ...  ( daun ganja or ketum janganlah yer) dan yang penting tidaklah disembur racun oleh tuan punya ladang getah. Kalo nak selamat cari ajer di kebun sendiri, ataupun beli ajer kat pasar, orait...beres.


rebus beras hingga masaknya ikut sekehendak hati. Ada orang suka nasiknya berbiji-biji. Makanya aku lebih suka andainya nasinya hancus lebos macam nasi bubur beby....senang  nak makan, syruppp ajer. Jimat tenaga kinetik...

masukkan dedaun dan masak hingga layu. Rasalah masin manisnya agar sesuai ikut selera. Jangan lupo santannya nyess.... Ada orang tak suka bubuh santan sebab nak jaga kolesterol, tapi aku sukerr rasa lemak. Lupa nak beritahu, ini lah periuk kukusan emak aku yang aku tolong simpankan kat rumah. Malas ah nak beli...........

WEhhhh, meleleh2 pulak. Terkeluarlah segala zat dan khasiatnya. Tu lah, lain kali masak dok kat dapor, bukan tercongok depan komputer mek oii.
Apabila dah jadi gini tandanya dah masaklah menu kita hari ni yang puan. So, ambillah mangkuk or gelas or tempurung untuk kita isikan ngan bubur lambuk istimewa nih........
pas tuh, taburkan daging bakar, bawang goreng and blek peper. Jangan lupa cuka lada tadi..hmmm, sodappp nyes. Chef Jo Master Cheh mesti tak suka cara hidang gini kan? Kalau nak cantik, hiaskan dengan sekuntum bunga mawar merah..........gitu eh.

Selamat mencuba resepi bubur lambuk  istimewa versi aku yer....

Friday, 20 January 2012

Selamat Pengantin Baru

Cuti Sempena Gong Xi Fa Choi..hoye.

Sempena cuti raya cina ni ramai yang ambil kesempatan untuk mendirikan rumah dan tangganya sekali. So, hari nih aku sekeluorga pergi makan gulai or ngellang (panggilan) or kenduri di Felda Kerteh 3. Pukul 11.00 aku bertolak naik highway baru. Wahh, bestnya hiway ni meskipon tak berapa nak siap lagi. Thanks kerajaan atas prasarana yang disediakan..


Jauhlah pulaks rasanya perjalanan kali ni.



bebudak ni apalagi, bagai duk atas buai. Terkulai cam ayam patah tengkuk.. bangun weh, tengok tek panaurama indah kat luar tuh.



ni ha tuan rumah, duk bersedia terima salaman berkias tetamu...senyum saje. Suker nya dapat menantu baru. Berapa ekor tumbangnya mak kiah oiii...,

" hmmm 3 ekor lembu dan seekor kerbo.." jawab mak kiah dengan dada kembang kempis. Amboi...

Apapun tahniah lah sebab mampu buat lauk-pauk yang gah, gitulah kan ...taklah kita tetamu undangan nih makan nasi tak cukup lauk. Guud. Terima sih lah jugak sebab tapaukan aku gulai kawah yang sungguh sedap. . rasanya antara yang sodap yang pernah aku makan kat ngellang kot..he..he.







Memandangkan pengantin lelaki belum sapai, makanya tak dapatlah aku menyenap gambarnya. Malas ah nak tunggu sebab bukan rapat sangat....pengantin pompuan pon sibuk dicolek lagi.

Whatever, selamat pengantin baru. Semoga kasih sayang kekal selamanya selagi hayat dikandung badan...

Nilai 3, sungguh bernilai..

Baru2 nih aku sempat pergi ke Nilai 3, Negeri Sembilan. Ini  baru kunjungan kali kedua aku ke situ. Berubah sangat lah... Wow, banyaknya deretan kedai. Oh ada kedai kapet, langsir lagi...ai suker. Aku meronda2 ke kedai kapet memandangkan kawan aku nih beria2 nak belinya. Maklumlah rumah dia besarr..

Alamak, mahal giler nih. Aku berkenan amat pada selai kapet yang dipamerkan tu. Harganya amboi cekik darah..Berhempas pulas aku dan geng menawar tapi tak dpat gaks harga yang diingini. Tak per lah. Tak jadi ah. Baik terai kat lain pulaks. Akupun berlalu ke kedai tudung. Belilah selai dua buat kenangan...tapi, alih2 datang pulak pekerja kedai kapet tu ajak aku berunding lagik.

Onne rendek mendek... akhirnya mereka pon setuju ngan harga yang kitaorang nakkan tapi naikkan 50 hinggit lagi. Pulak!! tapi ok lah sebab dah berkenan kan. 





ni ha, kapetnya. Merah terang gitu...selai saje dah penuh ruang tamu rumahku. huh.. aku hajat nak bukak sikit bila cf dapat. Tapi bilerrr??? oh haji lah...


Pas tu, aku beli frem ni dan cermin. Ya lah, dinding rumah aku kan togel ajer semenjak aku duduk. Malam tadi, AK dah copy paste kan. Ha....kan berseri2 tuh.

i
 ayat 4 Qul

 ruang sempit rumah aku nampaklah sedikit lapang yer...


 
nah, dah berganding 3 frem yang cantik dan murah pada dinding. Barokah hendaknya.

Aku sesangat berkenan kat kerusi jut yang dua bijik tu. Baru ni tanya, india tu suruh angkat naik bas. Giler! ingat bas tu tak de kerusi ker.. kalau korang ada suv bolehlah beli. Cantik.



Tips membeli di sini ( kalo boleh ikut, mungkin korang lebih mahir kan) :
  • kalo boleh jadiklah orang pertama ke kedainya
  • buat tawaran hingga 75 peratus daripada harga asal.