Sunday, 5 February 2012

Wanita dan Tupperware Bercerai Tiada

Apabila tergodeh2 kat google imej, tiba-tiba aku terjumpa gambar bekas cap kesukaanku, tupperware. 


Eii, cantiknya kau! warna-warni lagih. Aku tak tahu mengapa sejak dulu hingga sekarang aku gilakan barang plastik tuh. Mula2 beli untuk diguna, kemudian dah jadi hobi pulaks. Tengok ajer katalog tupperware baru mesti nak oder satu. Lagi satu, kalau teman aku ada, aku mesti nak jugak. Begitu jugak kalau sebaliknya.... Gilos.

Pun begitu, sekarang nis, aku slow kan sikit kegilaan aku tuh. Sebabnya, kebanyakannya aku dah ada. Yang besar, yang kecik.........cumanya kalernya sajer yang lain2. Itu pun masih teringat2. Bijak sungguh strategi orang meniaga kan? Apapun aku kena kontrol pokek gak Anak2 aku pun tengah membesar, perlu simpan sedikit sebanyak wang untuk pelajaran mereka.

Aku percayalah, ramai wanita kat luar sana yang masih meneruskan hobi ini dengan jayanya. Beli mesti beli... nak guna terasa sayang. Last2 jadi koleksi hiasan gerobok@kabinet dapur sajer. 

Ada peristiwa lucu yang terjadi pada seorang teman aku , apabila berpindah rumah, baharulah dia sedar bahawa banyak stok tupperware baru tersimpan di bawah katilnya!! selama ni duk guna bekas2 aiskrim sahaja. (bukan mengata kat dia saja ni, mengutuk aku sekali... ) he, he.

Justeru, aku nak lah berpesan pada aku dan teman2 semernya; berpada-padalah dengan minat. Kan mati, tak sempat diguna barang2 cantik tersebut. Lagi stress, kalau bini baru tuan rumah yang sodaaap gunakannya!! Fikir2 kan lah.

No comments: