Wednesday, 22 February 2012

Sudirman Dalam Ingatanku

Pada 22/2/1992 beliau pergi tak kembali. Aku yang membesar dengan lagu2 dendangannya seolah tidak dapat menerima kenyataan. Memang aku minat  pada lagu2nya hingga kini.

 

 aku paling suka lagu duet ngan anita sarawak.....
bercanda di pasiran pantai kita berdua memadu asmahara....
comel dan nakal


Masih jelas di ingatanku, aku tahu berita itu melalui tv cina di kampungku.. Waktu aku ke kedainya untuk membeli barang, aku menjadi pelik kerana suasana sunyi dan suram ajer... manakala TV3 pula menyiarkan video lagu Salam Terakhir. Dia maklumkan padaku bahawa Sudiman telah meninggal. Arghh...menitis air mataku ke dalam hati dek kerana cuba mengawal emosi. Kan dikata pulak aku melankolik pulak.....

Aku suka bacer catatan Dari Dalam Sudirman yang banyak bercerita tentang pengalaman pengembaraan beliau ke serata dunia. Masih ku ingat akan salah satu catatannya tentang beliau makan mi di rumah keluarga angkat orang putihnya. 

Keluarga angkatnya tahu bahawa anak angkatnya itu beragama Islam dan  tidak boleh makan babi. Ceritanya lebih kurang gini ah, tapi dalam versi aku.....

Pada suatu hari, ibu angkatnya memasak mi ( sup ?) yang berkuah. Habis semangkuk, beliau ingin menambah lagi. Perbuatan itu adalah untuk mengambil hati... maka, demi tidak mahu menyusahkan ibu angkat, dia pon ke dapur untuk menceduk mi sendiri. Tetiber beliau ternampak daging2 dalam periuk. Lalu ditanya, daging apakah itu?....

oh, itu daging babi...
kan sudir tak boleh makan daging babi, jadi mak sendukkan elok2 agar daging tu tak termasuk dalam mangkuk.
Laa....

Hari nis, genap 20 tahun kepergiannya.  Namun, sudirman tetap abadi dalam ingatan rakyat Malaysia. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah untuknya, semoga beliau ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Semua yang hidup akan ke sana jua.



No comments: