Wednesday, 29 February 2012

Seorang Wanita Bertubuh Ramping

Dulu ketika aku menghadiri kursus, aku terpandangkan seorang wanita. Raut wajahnya cantik. Fizikalnya terlalu kurus kering. Kerempeng. Sesuai untuk jadi model antarabangsa dengan bodi sebegitu. Tahulah kan, semakin tiada isi semakin sesuai dengan kerjaya model. Pada mata normal kita buruk tapi itu yang didambakan oleh para pereka fesyen.

Hah, ada mau badan slim begini?
sebenarnya nis ialah wanita yang mengidap penyakit anorexia yang sentiasa berasakan diri mereka gemuk.


Adakah wanita itu mengamalkan diet yang kejam untuk mendapatkan bodi itus?? kagum jugak aku sungguhpun aku tak berkenan dengan stail kurus melidi itu. Namun pabila aku peratikan, dia makan secukupnya malah lebih banyak daripada aku. Ke mana perginya zat dan khasiat sehingga tidak menjadi darah daging untuknya...

Aku pon membuat pelbagai andaian untuk memuaskan hati. Pada firasat akus;
 
i.   wanita itu makan hati dalam hidupnya. Ada sesuatu yang terpendam di lubuk jiwa  
     yang tidak dilepaskan.... 

ii.  sakit tibi, kencing manis dan macam2

iii. sakit anorexia yang akan memuntahkan semula makanan yang dimakan.

Allahuallam....

No comments: