Friday, 24 February 2012

Penambah Perisa Makanan @ MSG

Setiap kali masak, mesti nak bubuh secubit manja msg atau popular ngan panggilan mesra tok aji. Ada orang tak pakai msg dalam masakan kerana pelbagai faktor. Ada yang kata penyebab kanserlah, darah tinggi lah, pening, skit kepala dan pelbagai lagi. ??? betul atau hanya  tuduhan sajer. Sebabnya tak der bukti...

Sebenornya, msg diguna secara berleluasa dalam hidup kita. Saper tak suker kfc, mc donak, dan aneka junk food yang digemari kanak2 tuh. Malahan keropok lekor, budu dan air tin pun dibubuh msg dengan jayanyer... oh.


Untuk lebih yakin, aku godeh2 dalam google nak cari kepastian....

1. Tahun 1987, Joint Expert Committee on Food Additives (JECFA) Jawatankuasa Pakar  Bersama Mengenai Aditif Makanan Bangsa-bangsa Bersatu (sebuah badan penasihat saintifik kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta WHO), menempatkan MSG dalam kategori bahan penyedap masakan yang selamat digunakan dan tidak mempengaruhi kesihatan. 

2. Pernyataan ini diperkuat oleh European Communities Scientific Committee for foods pada tahun 1991. 

3. Selanjutnya, pada tahun 1995 Badan Pengawas Ubat dan Makanan Amerika Syarikat menyatakan bahawa MSG termasuk sebagai bahan penambah perasa masakan seperti halnya dengan garam, merica dan gula.

Okay lah tu.

Kawan aku selalu cerita yang suaminya selalu merungut2 mengatakan masakannya tak sesedap makanan di kedai.  Amboi banyak cantikk... tau tak? makanan di kedai tuh bubuh msg dengan maharaja lela nya, sedangkan isteri dilarang guna. Menyampeh akuss...

Seorang temanku yang nih jugak tak guna msg, tapi mereka sekeluarga  jarang makan di rumah dan keraaappp makan di luar! he, he... kotnya jumlah msg sekali hadap tuh mungkin seminggu aku...huh.
So pada aku lah, guna dengan kadar yang berpatutan tak der salahnya. Lagipun kalau letak berlebihan bukan sedap pun makanan, jadi loya adalah.... sendiri mau hingat.

 
 aku lebih prefer adabi punya produk. Syarikat muslim kan...
tapi adakah msg niss kepunyaan ori adabi atau sub daripada aji no moto? ai tak tahu.

Topik hari nis bukannya nak galakkan orang guna tok aji, tapi sesajer nak puaskan hati...he.

No comments: